26 Jan 2024

Makanan Meransang Pembesaran Cyst Dan Fibroid

 Assalamualaikum readers


Makanan Meransang Pembesaran Cyst Dan Fibroid | Perasan tak lepas cucuk vaksin sampai dose ketiga ni macam-macam jenis penyakit yang hinggap. Imun badan pun auto tak kuat macam sebelum Covid. Kadang bila batuk mesti berpanjangan, letih walaupun buat kerja-kerja ringan dan paling ditakuti sel-sel kanser mula tumbuh di dalam badan.



Tak dinafikan makanan adalah faktor UTAMA menyumbang kepada penyakit ini terutamanya perempuan sebab kita ada hormon yang meransang tumbesaran cyst, fibroid dan kanser. Setakat ini Alhamdulillah once dah boikot semua makanan keluaran Issrahel, jimat duit, kesihatan terjaga sebab tak makan fast food dan dalam masa yang sama dapat jihad kecil.


Senarai makanan-makanan di bawah ni tak digalakkan makan secara berlebihan, boleh amal tapi jarakkan. Nina kalau teringin dalam sebulan sekali sahaja. Lebihkan makanan organik walaupun harga agak mahal. Ini senarai makanan yang kena elakkan jika pernah ada cyst dan fibroid :


#1 Kacang Soya



Mengandungi PHYTO ESTROGEN yang boleh menggalakkan pembesaran CYST jika diamalkan secara berlebihan.


#2 Evening Primerose Oil


Juga mengandungi PHYTO ESTROGEN yang boleh menggalakkan pembesaran Cyst jika diamalkan secara berlebihan.


#3 Ayam - yang disuntik



Sangat kurang makan ayam dan lebihkan daging/kambing/ikan dalam makanan harian. Amalkan ayam organik atau ayam kampung, ia lebih baik.


#4 Ikan Keli - yang dibela



Risiko adalah disebabkan makanan yang diberikan kepada ikan tersebut sama seperti ayam yang disuntik. Ia juga boleh merangsang pembesaran Cyst jika diamalkan berlebihan.


#5 Kolestrol Berlebihan



Penyebab kenaikan hormon estrogen dan precursor estrogen.


Lebihkan makan sayuran hijau, bebas suntikan dan makanan yang diproses. In Shaa Allah dalam masa yang sama berdoa kepada Allah diberi kesihatan yang sihat. 

8 comments:

  1. dulu jaman dok asrama ikan keli tu laaaa terpaling favourite!
    mkn dgn sayur bayam goreng + nasi putih + keli goreng
    cukup heaven da
    hahaha

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun makan berpada-pada…
    Kita ada hak untuk makan makanan yang sihat

    ReplyDelete
  3. Terimaksih sudah membuat postingan ini, saya jadi tau mana makanan yang tak boleh di konsumsi berlebihan, terutama ayam suntik dan kacang kedelai,karena kedelai berupa makanan olahan tahu/tempe dan susu lumayan sering di konsumsi.

    ReplyDelete
  4. jom amalkan pemakanan sihat dan makanan sunnah,, semoga kite terlindung dan terjaga dr penyakit merbahaya.. ameeennnn

    ReplyDelete
  5. alamak dah la mmg ambik EPO hari hari

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsi info.
    In syaa Allah akan cuba kurangkan sumber makanan yang kena suntik ni....

    ReplyDelete
  7. Ikan keli tu favourite..sejak TTC ni memang kurangkan

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com