30 November 2014

Walk 4 Life by Community AIDS Service Penang (CASP) 2014


Salam Readers..


Bercharity lagi hujung bulan sempena Hari AIDS sedunia yang diraikan pada 1 Disember setiap tahun. Harini Community AIDS Service Penang (CASP) mengadakan Walk 4 Life di Esplanade (Padang Kota Lama). Berjalan 5KM beramai-ramai dengan diiringi abam2 polis yang gagah menaiki moto cross. Mula la berangan naik moto tu. *Gataii 


Berjaya berjalan dengan laju sempena World Aids Day. Acece



Seawal 6.30 pagi, gerak dari ofis menaiki van. Hanya 10 orang saja yang join sebab tempat adalah terhad. Baju disponsor dan untuk intern dikenakan bayaran RM 20. Sampai awal tu sebab nak zumba kononnya tapi kelakar tengok tukang warm up tu 'lembut' sangat tapi berpeluh. Yeahhh itu yang kita mahu. Hahaa..



Kita selfie dulu bersama intern a.k.a future bride
Walk 4 Life.. Ahaks



Best juga jalan secara pecut ni. Berjalan di kawasan street art memang ohsem. Banyak wall painting yang baru. Kami bertiga sibuk memotong secara fast motion bukannya apa cuma nak cepat sampai, nak cepat amek goodies, nak cepat duduk bawah kipas. Agak demand bunyinya. 


Previous entri, pusing mencari street art naik beskal sampai pening. Kali ni dah guna kaki, maka ambil kesempatan snap gambar sekitar jalan yang kami redahi. Amboii.. ayat nak kerlass je kan. Meh tengok camera 360 :)



At Love Lane !
Street Art Cafe
New painting
Boleh cuci mata je oke


Nak tahu apa yang excited sangat tu? Di perjalanan aku ternampak beberapa restoran2 marvelles sekitar art street. Kenapa? Kenapa? Kerana dalam twitter banyak kengkawan 'kaki makan' show off gambaq depa pi makan kat sini situ. Jeles hang tau. Menu sedap2 belaka. Oke dah keluaq habis bahasa utaqa. Heee


Toys Cafe 
Cameo Penang
Masjid Kapitan Keling
Selfie tengah jalan. Ohsem kan



Kalau ikutkan nak jelajah semua restoran ni tapi kan kan, Isnin hingga Jumaat aku kerja, acane nak mai makan. Mintak cuti boleh tapi siapa pulak nak teman. Oke sadis hidupku ini T____T tekak dah mula mengidam. Sob.. Sob


Lupakan pasal makan, kita sambung semula sesi nak menghabiskan jalan 5 KM henti-henti (snap gambar). Tak sabar nak zumba lagi. Herher.. Sesampainya kami di khemah, rehat kejap sambil minum sunquick pastu tengok show bebudak gadoh dengan buluh, abang2 bersilat.  


Fort Cornwallis area
Little India
Merehatkan diri yang fenat ini.. Hap hap mintak kipas
Don't try this at home.. Nak try buat kat rumah jiran
Abang dan kakak silat dari Kedah
ZUMBA Time ! Dah tension zumba dalam keadaan sesak


Part spoil bila terpaksa Zumba di tempat sempit. Ingatkan nak zumba kat padang perbandaran tu. Hurm.. ditambah budak kenit dok menari-nari di sebelah. Anak sapa la tu. Charity tamat sebelum tengahari. Haa.. Elok sangat la time untuk lunch. Asyik ingat nak makan je. Sempat la berselfie lagi sementara tunggu van datang ambil. Perut tak yah cakap. Memulas nak nasi..



Goodie dan Certificate
Feeling's macam ada kat London. Kah..kah
Berteduh di bawah pokok ketapang
Boleh makan 4 benda je.. rezeki jangan di tolak


p/s: Best dapat join charity. Rasa insaf dan lebih hargai hidup :) 


7 comments:

Khai♥Rin : anies said...

since injured sy lama tggl kn aktiviti ni. thn dpn nk join blk! jom nina! mai KL kita walk2 together2 ;-)

Liza Licha said...

such a nice one :) dah lama tak g jalan-jalan penang

Mime MF said...

wah...1 satu negeri fav sy..Penang!! memang suka dgn street art gini..hehe btw, mcm best je walk for life ni..setiap tahun ada event ni ke?;p

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Dalam 5km peejalanan tu dapat lalui pelbagai tempat menarik yer Nina...

Invisible Me said...

Wahhh. Bestnyaaaa..

Deanna Morni said...

best kan bila dpt join charity program :)

ros_reeza said...

best kan kalau dapat join aktiviti macam ni..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com