29 November 2016

Resepi Murtabak Maggi Cheese


Assalamualaikum Readers..


Resepi Murtabak Maggi Cheese | Makanan ni termasuk dalam list breakfast + lunch di ofis. Jimat banyak dah duit since bawa bekal. Mak naik geli nak beli apa-apa makanan di kantin kilang. Kebersihan tu penting. Mungkin orang cakap makan maggi tak elok. Hey hey bukan selalu. Terasa sedapnya makan panas-panas cicah sos cili 🙊 perghh !



Murtabak Maggi Cheese


Bahan mudah murtabak maggi



Murtabak Maggi Cheese ni pula dah ada peminat, "awek MFH otherwise pakwe dia peminat nasi lemak mak bf" . Entah apa yang sedap dengan masakan Nina pun tak tau. Dibuat dengan penuh kasih sayang kot. *Sila muntah 🙈 Ok meh nak share.





Bahan-Bahan : 


2 bungkus Maggi (perisa kari)
Minyak (untuk menggoreng)
Sedikit garam & lada sulah
5 ketul sosej Ayamas (digoreng)
2 keping keju
3 biji telur



Kesemua bahan dah di campur



Cara Memasak :


1. Rebus terlebih dahulu maggi. Rebus maggi hingga separa lembut.


2. Toskan dan gaul bersama perencah. Nina tak guna perencah maggi pun boleh.


3. Potong sosej yang telah digoreng, keju yang dipotong segi empat, sedikit garam dan lada sulah.


4. Pukul telur dan masukkan ke dalam maggi.


5. Gaul sehingga sebati



Maggi dah digaul dengan telur


Murtabak maggi cheese meleleh leleleh



6. Panaskan minyak


7. Guna jari pun boley nak bulat-bulatkan adunan maggi tu sebelum campak dalam kuali. Make sure cheese dan sosej dalam maggi.



Nak tukar menu kepada seafood pon boleh, ikut citarasa. Selamat mencuba 🙋



20 comments:

Unni Anje said...

saya suka cheese!!

el said...

sekali je penah k.el buat pas2 mcm xleh nak mkn sgt
muak je huhu

Farah Wahyda said...

Sedap ekk..okok nanti bole try..jgn lupa tapau bawak pi medan sekali na..heheh

Pha Is said...

memasak pulak dia.. hahaha

Adam said...

Kebersihan bukan saja perlu kat makanan termasuk pakaian dan minda.

Ahmad Hasif said...

Fuh.. Yg menengok ni pun sdp juga rasanya... Apatah lagi rasa dia kan..

Intan Saffyna said...

ya allah.. tetiba lapa ni.. rosak kan diet betul.. hehe :)

husna zahidi said...

peewit! maggi oat..hihiihi.. husna tgk iklan hari tu terkezut sbb masa zmn diploma dulu kalau tak silap pernah ada org reka inovasi pd maggi jd maggi oat.. hahaha..

Mummy Julia said...

wow yum yum! mummy pun buat gak kadang2 kat umah Murtabak Maggi..Sedap kan.. :D

nohas said...

sedap ni..belum cuba lagi oat mee maggi..

dear anies said...

nak sekepingggggggggggggggggggggg!!!!

sofie adie said...

sedapnya! nyum1 nyum! boleh try time balik rurmah nanti nih...mana tau mengidam tgh malam...heheheh

siti hazreen said...

wah-wah, masak dengan kasih sayang tu yang jadi sodap, hehe

ayunie ramli said...

dulu pernah try dekat u. pastu sampai laaani tekak tk dpt trima. aiyakkk. hlg satu nikmat.

LYAfrina said...

dapp ermmmm..
letak cheese, lg terangkat

nOe suhaimi said...

ada cheese...mesti sedap ni

Pha Is said...

rajin masak dah nina skrg ni..

Cik Yaya said...

wahh resepi maggi lagi..
nk copy..
try nyer nth bile..haha
xpela..hehe thanks share nina =D

Cik Ash said...

sedap nampak ni

Anonymous said...

I think the amin of this site is in fact working hard iin favor of his web page,for the reason that
here every stuff iis quality based information.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com