10 January 2017

Buah Nam Nam Atau Katak Puru


Assalamualaikum Readers..


Buah Nam Nam Atau Katak Puru | Khasiat Buah Katak Puru Rawat Penyakit | Salah satu buah hutan yang semakin pupus dan menjadi faveret Nina kalau balik kampung. Sampai saja terus terjah pokok nam-nam dulu. Budak-budak sekarang mesti tak pernah makan, tak pernah tengok atau dengar nama yang agak pelik. Pokok yang berasal dari Borneo dan boleh ditemui di Semenanjung terutama di Utara dan Pantai Timur. 



Buah nam-nam yang dah masak warna kekuningan


Pokok nam-nam atau katak puru



Di Utara, di panggil buah nam-nam, buah yang kaya khasiat untuk ubat kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Rasanya yang unik dan berselera untuk dimakan. Di panggil katak puru mungkin sebab kulit yang kurang menarik dan menggerutu macam katak puru. Walaupun nama dan bentuk tak secantik buah-buahan lain, bagi yang biasa makan membuatkan air liur meleleh.



Pokok kata puru mudah ditanam atau dibiarkan melalui biji. Mudah tersebar bila biji dicampak atau dibuang. Sebab itu, pokok katak puru banyak terdapat di tepi rumah yang sebenarnya tak ditanam. Buah yang berwarna coklat, rasanya masam kelat ketika muda dan berubah menjadi masam manis apabila masak. 



Buah semuanya di pangkal pokok, bunga macam belimbing buluh dan pokok ni berusia 30 tahun


Isi buah nam-nam. kecur air liur. Cicah dengan kuah rojak saja. Boleh dijadikan sambal makan bersama nasi



p/s: Raya cina nak balik kampung lagi lah, mesti banyak buah nam-nam dah masak sambil kutip siput remis 😜


9 comments:

Mrs. A said...

Oooppss Mrs. A yang dah tua ni pun tak tahu pasal buah ni ngeh! ngeh! ngeh!

Kat kampung Mrs. A takde pun, ke Mrs. A tak habis rayau pelosok kampung.

Terima kasih sharing.

Warisan Petani said...

Buahan nadir yang semkin dilupakn.
Ada nilai herba yang hebat.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Sebetulnya baru mengikuti blog anda. Sungguh menarik dengan maklumat-maklumat yang berguna melalui penyampaian yg santai..insya allah dalam waktu terdekat nanti nak pergi melawat pulau penang dan ho chi minh!

Keep blogging!

AG

el said...

pelik nama dia..n xnah dengar pung
sedap ye..boleh la bg k.el rasa nti tau

Cik Yaya said...

oh buah ke...
sekali pndng tgok 1st pic tu mcm karipuff..hihihi =p
baru tau

Shahida Dzulkafli said...

Sha pernah dapat buah nie.. tapikan, tak berani nak makan..
hahaha..

siti hazreen said...

wah...first time saya tengok nih...unik betul!!

dear anies said...

tak pernah mkn... tengok je... hahaha

Cik Ash said...

buah ni lama tak makan...

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com