19 September 2018

Restoran Taman Apple Cameron @ Cameron Highland


Assalamualaikum Readers


Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill Di Cameron Highland | Restoran Steamboat and Grill Pilihan Di Cameron Highland | Cuti-cuti bulan ni kemana korang semua? Bulan September tahun ini paling best sebab cuti banyak. Hahaha.. Cuti Hari Malaysia kali ni, Nina ke Cameron Highland memandangkan dah agak lama tak ke sana dalam 7 tahun lebih jugak lah. Kalau sebut nak ke Cameron Highland cuti weekends, boleh terbayang kesesakannya tapi Alhamdulillah masih boleh bergerak ke sana sini walaupun keadaannya hampir setiap hari hujan. Bila sebut pasal jalan-jalan mesti nak cari makan, mula lah dalam otak kepala nak cuba segala jenis makanan yang ada di Cameron ni. Bila lagi nak lepas gian craving tu. Restoran Taman Apple Cameron sebelum ini dikenali sebagai Taman Abang. Lokasinya di tengah-tengah pekan Tanah Rata bersebelahan dengan Hotel Cool Point.



Banner di luar entrance restoran TAC




Pasu-pasu bergantungan. Cantik buah tomato

Boleh berOOTD




Pagi Sabtu lepas, lebih kurang pukul 8.00 pagi, Nina dah gerak ke Cameron Highland, cuaca elok dan perjalanan dipermudahkan Allah dalam pukul 12.30 tengahari dah sampai di Restoran Taman Apple Cameron untuk menikmati makanan tengahari. Nina dan tunang dapat mencuba Nasi Lemak Ayam Bakar dan Kambing Bakar. Meh Nina nak kongsikan jalan-jalan ternak lemak untuk korang yang merancang nak bercuti di Cameron Highland nanti. Sebenarnya ini semua 'unplanned trip' jadi Nina ambik kesempatan untuk 'short vacay' selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland. Alang-alang ke sini, sambil tu boleh cuci mata.


Kalau mampu nak cuba semua

Tengah buat keputusan yang amat susah. Haha




Restoran Taman Apple Cameron ini boleh dikategorikan sebagai syurga makanan di Cameron Highland. Hanya stop by setempat dan nikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang akan buatkan diri rasa nak repeat makan di restoran di sini lagi. Apa yang boleh Nina simpulkan, kali pertama jejakkan kaki ke Restoran Taman Apple Cameron ni dah tertarik dengan pasu-pasu yang bergantungan bersama buah-buah tomato, strawberry dan terung ditambah bunga-bungaan yang menjalar, mana nak dapat view menarik macam ni kat Penang. Nice view sesuai dengan kawasan di tempat sejuk. I fall in love for the first time! Sangat sesuai untuk bersama keluarga, untuk honeymoon dan makan bersama pasangan. Pasti akan kembali ke sini lagi bersama yang tersayang dan akan recommended pada keluarga dan kawan-kawan. Menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.




Sebelum ke sini, Nina ada buat research, mesti lah godek-godek terlebih dahulu entri-entri blogger yang review di Google. Tempting tengok makanan-makanan yang ada. Selepas baca dari blog ke blog, Nina dapat tau Restoran Taman Apple Cameron ni ada 3 course bermula dengan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam (Steamboat & Grill).  Buat pertama kali dengar, mesti rasa excited nak cuba makanannya. Tambahan pula salah satu tarikan di sini ialah wajib cuba menu istimewanya, Nasi Lemak Serunding Strawberry dan ada juga Nasi Kukus Serunding Strawberry. Lain dari yang lain dan unik bagi Nina. Ingat Restoran Taman Apple Cameron ingat Nasi Lemak Serunding Strawberry ya!


MENU MINUMAN & DESSERT DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON



Pilihan minuman

Terliur tengok menu minuman


Pilihan menu minuman yang ke 3
Pilihan menu jus

Milkshake yang pelbagai pilihan


Minuman berasaskan strawberi





 

MENU BREAKFAST DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON



Menu breakfast

Mee rebus nampak sedap

Nasi impit yang pelbagai



Style makanan yang disajikan di restoran Taman Apple Cameron ni konsep ala macam kita pi makan di Old Town White Coffee. Menu sangat menarik, tangan pun tertarik nak tekan intercom yang disediakan. Tak perlu korang melambai-lambai tangan macam orang Hawaii nak panggil staf yang sedia menunggu. Pelangan tak perlu berjalan, staf akan layan bak puteri raja.. Order apa saja. Haha.. Paling penting, layanan mesra dan tak lekang dengan senyuman. Order tak sampai 20 minit dah sampai. Cepat betoi servis kat sini. Bak orang kata customer always right. 



Tekan butang untuk order


Restoran Taman Apple Cameron menyediakan menu makanan yang disertakan gambar dan siap display setiap menu-menu yang ada di skrin TV. Senang nak buat pilihan makanan yang ada. Gambar yang korang nak makan sama macam dalam menu ok. Jadi bersabar lah tahan air liur dari meleleh tu. Memang bukan di alam mimpi. Nina bercakap berdasarkan pemerhatian, bukan semua restoran akan pamerkan portion makanan yang sama dalam buku menu. So ini tempatnya! 




Pilihan untuk breakfast, kami berdua pilih menu Nasi Lemak Serunding Strawberry dan Nasi Lemak Rendang Ayam. Ini kali pertama Nina cuba serunding strawberry. Rasanya manis-manis buah strawberry, rupanya bak serunding ayam. Nasi lemak serunding strawberry dihidangkan bersama telur rebus, hirisan timun, ikan bilis dan sambal yang mabeles.



Nasi Lemak Serunding Strawberry & Nasi Lemak Rendang Ayam





Nasi Lemak Rendang Ayam pula paling tak menahan rendang ayamnya. Siap berebut nak habiskan kuah rendang. Sedap sungguh, terasa kesedapan rendang tak ubah macam masakan mak. Korang boleh juga cuba Nasi Lemak Biasa dan Nasi Kukus Serunding Strawberry. Kerana space perut dah tak muat, Nina tak sempat merasa Laksa Johor dan Bihun Soto. Nampak menarik jugak ni. Apakan daya terpaksa 'surrender' awal. Ada rejeki ke Cameron lagi, boleh cuba nanti.





MENU LUNCH DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON


Semua nampak menarik

 
Set lunch pelbagai makanan



Tak dapat cuba yang ini



Masa Nina sampai restoran tu, hujan lebat baru reda. Apa lagi perut pun berkeroncong mintak makan. Ada set makanan sihat, boleh cuba set lauk bakar. Tunang nak cuba Set Nasi Beriani tapi tak ada. Nampaknya nak kena mai Cameron lagi ni. Hehe.. Bagi korang yang tak makan ayam atau daging, boleh cuba menu ikan bakar, ikan pais, ikan masak tempoyak dan juga kari ikan. Belek punya belek menu makanan, akhirnya kami pilih Nasi Ayam Bakar & Nasi Kambing Bakar bersama air Strawberry Lemonade. Belum pernah cuba lagi air strawberry lemonade. Memang rasa kelainan.


Set lunch kami berdua

Nasi Kambing Bakar. Daging juicy!

Nasi Ayam Bakar pun sedap

Kesedapan kambing bakar yang juicy dan tekstur daging kambing yang dimasak begitu lembut, membuatkan tunang makan dengan berselera. Nina suka ayam bakarnya yang crispy dan saiz ayam juga besar, sepadan dengan harga. Memang berbaloi. Alhamdulillah, hilang lapar kami time hujan di Cameron Highland petang tu. Sebelum kami start ber'steamboat, Nina ke ladang the sementara nak checked in dan nak perut ada space sebelum kami dinner. Haha.. Lepas penat 'buang lemak berkrim disukai ramai' turun naik tangga di Cameron Valley, Nina pun terjah restoran Taman Apple Cameron semula untuk menikmati hidangan makan malam romantik. Haha.. Gurau saja. Make sure korang datang awal dalam pukul 5 petang ya. Kalau tak, ramai orang.



DINNER STEAMBOAT & GRILL DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON


Pilihan untuk steamboat & grill



*Kambing BBQ
*Kambing Black Pepper
*Ayam Black Pepper
*Ayam BBQ
*Ayam Kunyit
*Lala
*Ikan Dory (sedap)
*Udang
*Sotong
*Telur




Bahan-bahan untuk steamboat juga



*Cendawan Jarum
*Cendawan Batang
*Tomato Ceri
*Taugeh Cameron
*Salad Muda
*Salad Kerinting
*Jagung
*Siu Pak Choi
*Sayur Lajah
*Yo Mak Tam


Ready nak bersteamboat
Seronok bersteamboat & grill kat sini
Mix and match



Selesai checked in dan mandi manda, kami ke restoran TAC untuk dinner. Apa yang bestnya, menjadi trend di Cameron untuk makan malam mesti lah berasaskan steamboat dan grill sesuai dengan suhu sejuk di Cameron Highland. Pilihan bahan steamboat yang boleh diambil berulang kali dan terdapat banyak pilihan makanan tambahan seperti nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak pandan termasuk beraneka pilihan air panas dan sejuk bersama aiskrim dan ais kacang. Lama juga Nina tak bersteamboat ni.


 
Nasi goreng

Bihun goreng dan nasi lemak
Bihun untuk steamboat

Mee untuk steamboat. Kembang sekembangnya dalam tomyam


Pilihan sos untuk grill
  
Panas-panas bubur jagung

Oren

Tembikai manis


Bahan mentah untuk steamboat pun banyak pilihan. Perapan BBQ segera dan sayurnya juga pelbagai pilihan. Semuanya dimasak sendiri di atas dapur grill dan boleh pilih sama ada Tom Yam atau Sup. Untuk dinner ni semuanya layan diri ya. Nina pilih kuah Tom Yam dan kuah juga boleh ditambah jika perlu tanpa dikenakan caj tambahan. 

 

Pilihan air minuman panas
Pilihan air sejuk

Nak grill mesti kena ada bahan-bahan kan

Aiskrim Malaysia strawberry

Aiskrim coklat terlalu beku, tak dapat makan

Sos strawberry untuk aiskrim!

Sedap cair dimulut


Make sure datang awal, steamboat and grill ini bermula seawal jam 5 petang, datang time tu baru tak crowded. Mudah nak pilih makanan tanpa perlu menunggu dan berebut makanan. Makan pun smooth saja jika datang awal. jangan terkejut kalau korang nampak aiskrim. Nina pekena aiskrim strawberyy dan vanila bersama sos strawberry, sayangnya perisa coklat tak boleh ambil, terlalu beku la. Alaaa.. Kats sini juga ada jual aiskrim Malaysia strawberry tau. Cuba la memang sedap.



ABC buat sendiri hehe



Side dish juga ada seperti bubur jagung, buah oren dan tembikai. Tak dapat merasa sebab dah kenyang. Menarik kat restoran TAC ni ialah ada bermacam jenis kek yang buat mata Nina naik juling. Kalau korang berkunjung ke sini dan kebetulan pada hari ulang tahun atau hari lahir orang yang tersayang, tak payah susah-susah cari kedai kek. Kat sini pun ada..


PILIHAN KEK, DONUT & PAVLOVA


Disini juga ada pelbagai jenis dessert antaranya variasi kek, donut dan pavlova. Korang boleh cuba Strawberry Cheese Cake! Nina suka rasanya yang cheese yang lemak ditambah rasa masam strawberry. Kurang rasa muak.


Donut chocolate pun ada

Strawberry Layered Cake

Strawberry Cheese Cake sedap!!


Chocolate Indulgence

Pavlova crispy


*Scone Plain - RM 6.90
*Oreo Cheese Cake - RM 8.90
*Brownies Ice Cream - RM 6.90
*Red Velvet - RM 8.90
*Donut Chocolate - RM 8.90
*Strawberry Cheese Cake - RM 7.90
*Chocolate Indulgence - RM 8.90
*Pavlova - RM 7.90 


Pasti menjadi pujaan hatiku

Pavlova lain dari yang lain. Agak unik

Strawberry cheese cake paling Nina suka

DEKORASI & KEMUDAHAN DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON YANG SELESA & STRATEGIK


Di pintu masuk belakang

Meja yang banyak

Meja untuk bersila pun ada


Apa yang menarik di Restoran Taman Apple ini? Pertama mestilah strategik dan hanya 5 minit jalan kaki dari hotel yang Nina menginap. Tak tahu pun, just hentam booking saja. Nasib lah area Tanah Rata juga. Pastikan korang stay di tengah-tengah pekan Tanah Rata tau. Lepas ni tahu dah nak menginap kat mana kalau datang ke Cameron lagi. Hehe.. Tempat makan yang selesa, meja yang luas dan bersih, teratur. Banyak tempat untuk OOTD atau selfie. Ruang parking pun luas dan tak ada masalah nak letak kereta.
Kawasan restoran yang bersih

Pokok-pokok yang menjalar menampakkan suasana tenang

  
Tempat makan paling menarik

Dilarang merokok dan Vape


Tandas yang selesa dan bersih cuma lebih elok sediakan tisu sendiri. Di luar pintu masuk restoran tersedia kiosk jualan, disini ada jual Serunding Strawberry yang digunakan untuk menu nasi lemak serunding strawberry. Apa yang Nina sukakan restoran TAC ni bila terpandang papan A besaq gedabak di kaunter bayaran menunjukkan bahawa restoran ini dalam gred kebersihan premis makanan bertaraf A. Bagi perokok dan penghisap VAPE, di sini dilarang sama sekali. Korang kena keluar dari restoran.


Restoran bertaraf A

Semuanya canggih, hanya touchscreen

Waktu lunch pun ramai

Suka suasana hijau restoran ni

Kiosk yang menjual serunding strawberry

Pintu masuk hadapan


Bersama staf yang friendly ni. Nama Ika


Buat yang merancang ingin bercuti di Cameron Highland, jangan lupa masukkan Restoran Taman Apple Cameron dalam list JJCM korang ye. Recommend sangat-saangat untuk sesiapa yang dating bercuti bersama keluarga dalam group kecil atau besar. Harga makanan disini juga berpatutan.

Alamat : 891-A, Persiaran Dayang Indah,
39000 Tanah Rata, Pahang.

Waktu Dibuka : Isnin - Jumaat (Tutup pada hari Rabu)
8.00 pagi - 12.00 pagi


 

19 comments:

  1. bestnya! sha duk rumah je, hujan :3 hahahaha

    ReplyDelete
  2. Giler banyaknya makanan..terus rasa nak pi sini barang sehari dua..semata2 berehat dan makan aje..kan best kan?

    ReplyDelete
  3. Lately banyak betul makanan yang beasaskan strawberry ni. Menarik sangat tapi tak tahulah berani cuba ke tak.

    ReplyDelete
  4. wahh..sedapnya kambing & ayam bakar...mcm2 produk strawberi, serunding tu yg unik..

    ReplyDelete
  5. Telan air liur tengok semua gambar makanan.. Q_Q

    ReplyDelete
  6. dah lama tak bercuti ke cameron;)

    ReplyDelete
  7. alaaaaa tak tahu pun kewujudan restoran ni! Dah lah cantik, menu nampak best, bersih pulak tu

    ReplyDelete
  8. waah dia da sampai daa sini best ke ? ritu pegi surrender sebab ramai gila orang. hahaha x larat nak tunggu turn.

    ReplyDelete
  9. nak cuba tu yang viral tu sambal strobery eheh tapi skrng ni kalo ajak mak p lagi dia xmo da. dia malas orang ramai. hahaha normal laaaaa mak benda viral =P

    ReplyDelete
  10. dah pernah rasa nasi lemak sambal strawbery dia tu. bagi saya ok je..

    ReplyDelete
  11. dah rasa lapar and tak sabar nak pegi cameron !

    ReplyDelete
  12. macam tau2 je aku nak pergi cameron bulan depan. kena singgah ni. tapi nina tak sebut berapa harga sekepala untuk steamboat tu...

    ReplyDelete
  13. Menarik sangat TAC restaurant ni Nina, bersih memang LZ suka sangat..
    Post Nina akan LZ jadikan panduan bila ke CH nanti.
    Thank you for sharing..

    ReplyDelete
  14. semuanya nampak sedap x ada yg x sedap...pavlova plg menggoda

    ReplyDelete
  15. Sedapnya lah tengok makanan2 yg nina post ni...bila la nk pi CH ni

    ReplyDelete
  16. Ramai pula yang share pasal restoran nie.. membuak-buak perasaan nak ke sini.. Menu nya best best..

    ReplyDelete
  17. Saya tk pernah pergi 1sti tempat ini ak tahu di sebelah mn...boleh bg tahu location lengkap tak?hotel ape yg paling dekat dgn tempat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh bagi location lengkap.. berdekatan dgn cool point hotel dan starbucks Tanah rata

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com