25 April 2019

Kenapa Nak Pakai Tudung?

 
Assalamualaikum Readers
 
 
Tiba-tibaaaa terpanggil nak buat entri ni untuk simpanan diri sendiri, family dan sesiapa saja hamba Allah yang sudi nak baca. Lately banyak kes artis buka tudung, kawan Nina follow di social media jugak buat benda yang sama. I totally don't know why? Tu antara dorang dengan Allah Ta'ala saja.  
 
 
Alhamdulillah, my Parsian cat can be a model for my blog. Hahaha
 
 
Officially start pakai tudung lepas balik dari kursus MARA Perak dalam bulan Disember 2012. Entah macam mana boleh dapat 'hidayah' nak istiqomah terus pakai tudung pun tak tahu lah. Dalam 11 hari di Langkawi tu, macam-macam jenis perangai dan orang Nina kenal. Maybe sebab almost 18 hours pakai tudung, sampaikan mandi pool pun still pakai. Alhamdulillah sampai sekarang.
 
 
 
Tipu lah masa mula-mula pakai tu banyak cobaan, ada yang pandang kiri kanan tepi belakang, ingat Nina bajet alim konon tiba-tiba pakai. Yelah ke sekolah pakai, kokurikulum tak pakai, keluar rumah tak, pi kolej pakai. Time tu ada kenal sorang mamat tapi tak declared apa-apa, dia mintak Nina buka tudung bila keluar, jadi baik tak payah keluar terus.Haaa.. parents nasihat berbuih-buih tak jalan pun. Nina cakap biarlah bertudung sebab Allah dan hati ikhlas bukan sebab paksaan sesiapa.   
 
 
 
Pernah juga cakap orang pakai tudung labuh pun tak semestinya baik. Hehehe.. Tapi itu dulu sekarang tak nak sibuk-sibuk dah hal orang. Diri sendiri pun masih belajar lagi. Harap di luar sana, bertudung sebab Allah, sebab sayangkan bapa kita, sebab nak jaga kehormatan diri.


9 comments:

  1. semoga kita istiqomah sampai ke akhir hayat..yg bahayanya, kesan kpd generasi BBNU, artis jd idola mereka..baca alasan mereka - tak nak jd hipokrit, nak jdi diri sendiri, tak bersedia lagi...

    ReplyDelete
  2. Moga terus dengan kebaikkan.Kita doakan semua oang sentiasa istiqhomah dalam kebaikkan..moga hidayah sentiasa mendekat dan diusahakan.Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Kenapa nak pakai tudung kerana bertudung (tutup aurat) itu wajib.

    Mrs. A pun lambat jugak bertudungnya tapi janganlah kita mengata orangkan dugaan masing-masing. Bila dah bertudung tu harapnya istiqomah sampai ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum... sis dtg sini jalan2 ternampak entry ni. Bagi sis soal pakai tudung buka tudung ni kita cuma bole lihat dan tolong doakan je. ye lah hati orang kan? manalah kita bolh nampak.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Niat dan perlakuan kerana Allah

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah perbetulkan niat kita Lillahi taala.. comelnya model Nina tu hehe :)

    ReplyDelete
  7. ada org ckp pakai tudung tuh biar lah sbb allah & tak da paksaan. ada jgk org ckp pakai tudung tuh biar terpaksa dulu nanti baru ikhlas sendiri.

    ReplyDelete
  8. Mcm cheery dulu, pakai tudung sbb xsuka owg tarik2 rambut. Huhu. Masa sekolah rendah, rambut lurus panjang ikat tocang, Ada ja tgn2 gatal nak tarik. Menci!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com