19 May 2019

Resepi Air Ribena Selasih

  Assalamualaikum Readers
 
 
Resepi Air Ribena Selasih | Air Ribena refresher ni memang sedap kalau minum time berbuka. Hilang dahaga minum air sejuk. Sebab tu kalau tengok di bazar, minuman jus paling banyak dijual dan jadi pilihan ramai sebagai minuman sepanjang bulan puasa kan. Berderet-deret air warna warni tapi adakah selamat air yang dibeli di bazar?
 
 
Resepi Air Ribena Selasih

 
Sebelum beli apa-apa air di bazar, kena ingat tak semua dijual dalam keadaan segar ok. Bukan nak think negative tapi lepas baca kes-kes orang keracunan makanan time puasa ni terus alert. So, better buat sendiri confirm fresh dari dapur dan boleh buat banyak. Selain mudah nak buat dan boleh jimat!
 
  
Sudah siap! Boleh masukkan dalam peti sejuk sebelum berbuka
 
 
Bahan-bahan (1 jag) :
 
 
Air Ribena secukupnya (guna botol besar siap bancuh)
 
1 biji lemon dihiris nipis (buang biji)
 
5 biji asam boi (ikut suka berapa biji)
 
2 batang serai (boleh lebih, diketuk sikit)
 
1 tin laici (ambil buah saja. Boleh juga tambah nata de coco)
 
Biji selasih (sesuka hati nak tambah banyak atau kurang)
 
 
Cara membuatnya :
 
 
1. Sediakan jag dan masukkan semua bahan-bahan.
 
2. Tuangkan air Ribena tadi dan kacau supaya semua rata.
 
3. Boleh sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
 
 


4 comments:

  1. buat sendiri lg bersih dan selamat kan... sedap lak tengok lemon tu

    ReplyDelete
  2. Dapnyaaa. Dahaga tengok. Hihi

    ReplyDelete
  3. Menarik betul resepi ni, especially serai tu. Biasanya letak dlm teh, jrg dlm minuman manis. Mesti sedap & berkhasiat. Selamat berbuka puasa. :D

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com