6 June 2020

Resepi Ayam Mentega Telur Masin

Assalamualaikum Readers



Resepi Ayam Mentega Telur Masin | Resepi ni ala chicken buttermilk tapi lebih kepada ayam dan telur masin. Resepi mak yang Nina cuba, menjadi dan senang nak masak. Tak susah nak masak ni. Hidangan untuk resepi ni sesuai untuk 3-4 orang makan. Boleh kurang atau tambah sukatan ikut selera masing-masing. Telur masin terpulang, nak rebus dulu atau campak mentah pun boleh.



Ayam Mentega Telur Masin



Sekali sekala masak macam ni, memang terangkat. Bertambah-tambah nasi. Tapi tak boleh makan kerap nanti kena darah tinggi pula, makan telur masin banyak. Hehe.. Sebab itu, Nina guna sebiji telur masin pun dah cukup. 



Bahan ayam goreng :


2-3 camca besar tepung goreng

atau

1-2 camca serbuk kari



Seeloknya goreng ayam jangan sampai garing macam Nina buat

Tumiskan semua bahan sampai naik bau wangi



Bahan masakan :


3 ketul isi dada ayam (dipotong dadu)

1 batang kayu manis

Sedikit cengkih

4 camca mentega

2-3 helai daun kari

4-5 batang cili padi

3 biji telur masin (hanya guna sebiji)

4 ulas bawang putih (dicincang)

1 cawan susu cair

2 ulas bawang merah (dipotong)

Minyak untuk menggoreng

Sedikit bahan perasa, serbuk kari, garam & lada




Guna sebiji telur masin pun dah cukup

Masukkan telur masin dan kacau, tak nak berketul

Masukkan susu tapi Nina ada masukkan setengah cawan whipping cream, dia punya berlemak tu perghh






Cara memasak :


1. Goreng ayam dan toskan.

2. Dalam kuali lain masukkan mentega sehingga cair sebelum masukkan bawang putih, merah, cili padi, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari sehingga naik bau.

3. Apabila naik bau, masukkan telur masin yang dipecahkan dan tunggu sehingga naik buih.

4. Kemudian masukkan susu cair, garam, serbuk kari, lada dan perasa. Apabila berbuih, masukkan ayam goreng dan gaulkan. Siap untuk dihidangkan. 




No comments:

Post a comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com