24 Sept 2013

Sinopsis Drama Fira Ayuni (Samarinda TV3)

Assalammualaikum.


Harini bermulanya drama baru bersiri 15 episod. Peminat Azlee kena tengok la. Fira Ayuni mengisahkan perjalanan hidup anak tunggal dan manja berusia 21 tahun dalam keluarga ahli perniagaan, Datuk Fahmi dan Datin Shamsiah. Sejak kecil, Fira sudah menunjukkan minat pada bidang muzik. Fira boleh bermain piano sangat aktif dalam penciptaan lagu dan bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan seperti ayahnya dan melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan. 






Di kolej, Fira (Faralyna Idris) mempunyai seorang musuh iaitu seniornya, Duqqi Amani (Azlee Khairi). Sejak hari orientasi lagi Duqqi suka mencari pasal dengan Fira dan ikut saja arahan Duqqi yang menjadi fasilitator. Selepas orientasi, Fira berubah menjadi agresif dan melawan. Duqqi, 23, berasal dari keluarga berada yang memiliki perniagaan peralatan muzik di dalam dan luar negara disamping mempunyai galeri menjual alat muzik dan studio jamming. Perwatakan Duqqi bukanlah jahat tetapi dia sangat nakal. 




Kebahagiaan Fira mula direntap selepas ibunya meninggal dunia kerana kanser. Papanya tak dapat terima hakikat dan menyalahkan dirinya kerana terlalu sibuk dengan perniagaan. Beliau juga tidak mempedulikan Fira lagi. Fira merantau untuk mencari ketenangan dan merawat kembali hatinya hingga terjumpa bekas pengasuhnya dulu, Acik Hasnah. Fira menceritakan segala perkara dan menawarkan Fira untuk tinggal bersama dengannya serta membantu Fira mendapatkan kerja di Nusantara Holding milik Hadi Herwan, abang Duqqi. Pertama kali melihat Fira, telah terbit rasa cinta di hati Hadi. Perhatian Hadi sering dilebihkan pada Fira berbanding pekerja lain. Ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati Rozita. 




Rozita sukakan Hadi tapi cintanya tak terbalas. Oleh itu, Duqqi dan Fira ditangkap khalwat di studio jamming. Ketika itu, barulah Fira tahu Duqqi itu adik Hadi. Mereka dipaksa kahwin dan masing2 hidup berasingan kerana tiada cinta diantara mereka. Hadi terpaksa melepaskan cintanya. Walaupun Fira telah menjadi adik iparnya, perasaan Hadi terhadap Fira tak berubah. Dia tahu Fira tak bahagia, dia juga tahu layanan adiknya terhadap Fira. Apakah yang akan jadi seterusnya. Tak sabar nak tengok :) 


Paling suka dalam drama ni ialah 2 lagu temanya dari penyanyi baru Mafa (Vokal Bukan Sekadar Rupa). Kalau tak sempat tengok drama ni korang boleh tengok kat TONTON ! Paling tersentuh bila heroin drama ini di dalam dunia realiti, Faralyna telah kehilangan ibu kandungnya sejak berumur 14 tahun. Realitinya, dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Sedihkan..

Lagu Tema : Mafa - Tiba Mafa - Pintu Hati 


Fira Ayuni

setiap Isnin - Rabu pukul 10 malam hanya di TV3

3 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com