26 Apr 2015

Minyak Wangi : Perbezaan Di Antara Parfum, EDP, EDT Dan EDC

Salam Readers..


Istilah Minyak Wangi | Perbezaan Di Antara Parfum, Eau de Parfume, Eau de Toilette dan Eau de Cologne. Sudah hampir sebulan GST. Meroyan macam mana pun kena juga. Meh nak kongsikan tips kalau nak membeli minyak wangi. Mesti nak tahan lama dan jimat duit beratus-ratus beli minyak wangi berjenama. Mana kerlass pakai minyak atar. Hahaha



Siapa kaki minyak wangi angkat ibu jari ! Yeahhh kita sama team.. Ada lagi yang tak tahu makna disebalik botol-botol wangi tu. Benda ni sudah diajar dari zaman sekolah. Kalau dulu sembur Eau de Cologne ke skolah. Dulu pakai Disney tak pun Avon. Hihi



Parfum (Pure Perfume)

- Kadar pati mencapai 20%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit. Jika mengenakan wangian ini, bau harum boleh dihidu dari jarak jauh. Jangan semburkan ke baju kerana teksturnya yang berminyak meninggalkan kesan. Cukup oleskan di nadi dan belakang telinga. 


Eau de Perfume 

- Kadar pati 15%-20%. Mengandungi pati yang kurang pekat dari Parfum. Tahan sehingga 4-5 jam. Mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. 


Eau de Toilette 


- Kadar pati 2%-4% . Minyak wangi tahan sehingga 2-3 jam. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang tahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya lembut.


Eau de Cologne 

- Kadar pati cuma 3%-5% . Minyak wangi paling lembut dan kebiasaannya sesuai untuk lelaki. Tahan sehingga 2 jam.


My Fav - EDP Estee Lauder Pleasure Intense

13 comments:

  1. sis lah org plg tak tahu pasal minyak wangi ... baca kat sini baru tahu ...

    ReplyDelete
  2. sis lah org plg tak tahu pasal minyak wangi ... baca kat sini baru tahu ...

    ReplyDelete
  3. Baru tahu segala perbezaan dia. Selama ni memang tak tahu pun.

    ReplyDelete
  4. Assalam nina,
    iols paki minyak wangi cap sendiri sajork he3

    ReplyDelete
  5. Terperinci penerangan Nina. Akak biasa pakai EDP :)

    ReplyDelete
  6. sy tgh giler VS bombshelll perrghhhhhhh

    ReplyDelete
  7. pernah jugak buat entry pasal perfume nih.. ermm kalau orang yang suka pakai perfume, harus tau semua nih..

    ReplyDelete
  8. rupanya ada beza eh Parfum, Eau de Parfume, Eau de Toilette dan Eau de Cologne..baru kome tahu

    ReplyDelete
  9. sy suka pakai EDP....bau dia tahan lama...tp betul ikut jenis kulit....lain kulit...lain bau...hihhihhi

    ReplyDelete
  10. yeaah !! i suka parfum n EDP.. hehehe.. tapi kite tak pakai mahal2.. kite pakai body shop nye je.. boleh sembur banyak2 wakakaka..

    ReplyDelete
  11. hehehe... aku jual perfume. nak beli. kih3... seronok juga bila ada org buat entri psl perfume.

    ReplyDelete
  12. Sy ada jual original perfume tester.. berminat boleh laa pm

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com