29 Jul 2015

Topup Mini Giveaway By Cik Mimie


Salam Readers..

TAMAT

Bersiaran sebentar untuk join Mini GA by Cik Mimie ni. Senang je :)

Klik banner untuk join

GA tamat pada 4 Ogos 2015 !


23 Jul 2015

Souvenir From Egypt

Salam Readers..


Kejutan selepas raya bila terima sampul berat siap sticker strawberry gituw. Sweet sangat si pengirim. Excited nak tengok isi, bila buka nampak sampul duit raya Ana Muslim + 2 Fridge Magnet dari Egypt ! Confirm dari Anies The Great ! . Sayang dia ketat-ketat sebab buat kejutan. Alhamdulillah, barang yang dihantar selamat sampai ke tangan. Terus whatsapp. Siapa tak kenal blogger yang rajin review movie, share resepi, travelog ke Mesir etc :)


Souvenir from Egypt


p/s: Semoga persahabatan kita berkekalan. Entah bila boleh jumpa face 2 face. Hehe.. Takziah di atas pemergian ayah tercinta pada 10 Julai lepas dan selamat dikebumikan jam 11.45 pagi. Al-fatihah.. 


22 Jul 2015

Review Filem Ant-Man

Salam Readers..

Review Filem Ant-Man | What's up guys ! Dapat juga tengok movie yang ditunggu-tunggu. Ini movie superhero terbaru Marvel. Harini last cuti dan keluar 'beraya' kekonon. Hehe.. Kami plan nak marathon movie, tebus tiket free "Terminator Genisys" sempena birthday dan layan 'orang semut'. 


Please sesiapa nama Anthony jangan kecil hati bila jadi Ant-thony. Kelakar habis dialog movie ni. Siapa kata semut tak boleh jadi superhero. Hero boleh membesar dan mengecil sebesar semut sesuka hati. BEST ! Hari best bila dia belanja wayang dan Old Town sebab birthday.. Thanks U :)



Free Tickets !! Thank You GSC
Sementara tunggu wayang tempat wajib lepak di sini ! WiFi lajuuu

Sebelum layan Ant-Man, lepak Oldtown tak sangka jumpa ex housemate zaman study. Rindu Syaqira waka waka

Ant-Man Movie


Sinopsis Ant-Man :


Mengisahkan ahli sains, Hank Pym meletak jawatan dari SHIELD selepas mendapati usaha mereka meniru teknologi mengecut Ant-Man beliau. Percaya teknologi itu berbahaya, Pym berjanji untuk menyembunyikan selama di hidup. Anak Pym yang terasing, Hope van Dyne dan bekas anak didiknya, Darren Cross, telah memaksa dia keluar dari syarikat sendiri.




Setelah dibebaskan dari penjara kerana mencuri, Scott Lang tinggal bersama cellmate lamanya, Luis. Scott tidak dapat bekerja kerana rekod jenayah, dia bersetuju untuk menyertai krew Luis melakukan pecah rumah. Scoot memecah masuk ke rumah, berjaya membuka pintu bilik kebal tanpa dikesan dan mengambil sut baju Ant-Man.


Selepas mencuba suit dan mengecil menjadi serangga, dia menghantar semula suit ke rumah yang dipecah, tetapi ditangkap semasa keluar dari rumah. Tanpa disangka itu rumah Pym dan dia sengaja menguji Scoot. Pym melawat Scoot di penjara dan menyeludup suit itu ke dalam sel untuk membantunya keluar. Akhirnya, Scoot dipilih untuk menjadi Ant-Man dan mengajarnya cara untuk mengawal semut-semutnya dan mengecilkan badan dengan bantuan anaknya, Hope. 





Cross berjaya menghasilkan Yellowjacket dan mengadakan majlis perasmian di pejabatnya. Scott bersama-sama dengan anak-anak semut dan seekor semut terbangnya, Ant-Thony, menyusup masuk ke bangunan. Ketika mencuri Yellowjacket, dia ditangkap oleh Cross, yang bercadang untuk menjual suit Yellowjacket dan Ant-Man untuk HYDRA yang diketuai Mitchell Carson. Scott memecahkan kaca yang mengurungnya. Carson dapat melarikan diri dengan botol zarah Cross.


Cross memakai Yellowjacket dan menyerang Scoot sebelum ditangkap oleh Paxton. Fikiran Cross semakin tak menentu akibat teknologinya. Dia menculik anak Scott, Cassie sebagai tebusan untuk memerangkap Scoot. Mereka berlawan sehingga Scott mengecil dan sabotaj butang kawalan Yellowjacket dan membunuh Cross. 





Scoot hilang ke dalam alam kuantum tetapi berjaya kembali ke dunia nyata. Paxton, tunang bekas isterinya membantu membersihkan namanya dan menjaga Cassie. Melihat Scott terselamat dan kembali dari alam kuantum, Pym tertanya-tanya jika isterinya masih hidup juga selepas hilang dari misi mereka. 


4.8/5*


p/s: Orang yang keluar awal dari wayang rugi sebab tak dapat tengok trailer seterusnya. Tak sabar nak tunggu couple Ant-Man dalam Captain America : The Civil War 2016 ! 

Kad Raya Dari Eka Tikah

Salam Readers..

Kad raya ke 4 dan rasanya yang terakhir pada tahun 2015 ni dari Eka Tikah. Terima kasih sis ! Diterima pada 14 Julai. Baca lepas tu lupa nak review. Hehe.. Comel kad raya Eka yang tema serupa macam blognya :) Terima kasih sudi pos kad raya. Tahun depan boleh pos lagi kepada blogger's. Heee..




Tiket Wayang GSC Percuma

Salam Readers..


Cara Redeem Tiket Wayang GSC Percuma | Tahun ini baru daftar sebagai ahli GSC sebab nak memudahkan booking seat dan movie. Masuk awal bulan 7 haritu, pihak GSC hantar email untuk tebus tiket percuma sempena birthday ! Kalau nak free tiket kena daftarkan diri jadi ahli :) 


Tiket wayang GSC percuma sempena birthday 


Memandangkan birthday aku dalam bulan ni, dapat claim 2 tiket. Boleh tengok mana-mana tarikh yang korang suka. Contoh birthday jatuh 4 Julai, so dapat tengok movie Terminator Genisys sebab movie tu released 2 Julai. Senang je nak tau movie apa yang dipilih GSC untuk kita. Tengok wayang free lepas raya. Hehe


Kalau nak tengok movie free setiap tahun, jadilah ahli GSC, banyak benefit tau. Dah jadi ahli, boleh print out kupon ni. Masa nak claim, tunjukkan IC dan kupon yang dah siap diisi.

21 Jul 2015

Review Filem Terminator Genisys

Salam Readers..

What's up guys ! Akhirnya, dapat juga tengok wayang Terminator Genisys pada hari raya ke 4. Since movie released pada 2 Julai lepas tak dapat tengok sebab bulan puasa mana date. Menghormati bulan ramadhan. Kite terpikat dengan Jai Courtney, handsome tengok mata biru dia. Dalam movie "The Divergent Series : Insurgent" dia jahat, siap bertatu. Tak suka.. Terminator Genisys, filem ke 5 kronologi 'Terminator' since Arnold muda sampai bersara jadi Gabenor California. Filem ini box office $318.2 juta





Sinopsis Terminator Genisys :


Pada tahun 2029, John Connor melancarkan serangan besar-besaran menentang mesin dari SkyNet, sistem yang mahu menghapuskan umat manusia. Sebelum serangan, SkyNet mengaktifkan mesin masa dan menghantar balik Terminator T-800 ke tahun 1984 untuk membunuh ibu John, Sarah Connor. 


Semasa dia hampir berjaya mengalahkan SkyNet, orang kanan John, Kyle Reese, sukarela untuk menjadi pelindung ibunya. John menghantar Kyle kembali ke masa lalu (tahun 1984) untuk menyelamatkan Sarah Connor dan memastikan dia wujud. Semasa Kyle berada dalam medan mesin, dia nampak John diserang oleh seorang askar (mesin). Kyle mendapat bayangan dari zaman kanak-kanaknya tentang kejadian pada tahun 2017. 


Tentera John menyerang kubu SkyNet

John Connor dan Kyle Reese

John menghantar Kyle untuk menyelamatkan ibunya


Apabila terminator T-800 yang dihantar oleh SkyNet tiba pada tahun 1984, mesin itu dimusnahkan oleh Sarah dan The Guardian / Pops, T-800 (model 101) yang diprogram dan dihantar untuk melindungi Sarah ketika umur 9 tahun. Kyle Reese tiba dan diserang oleh T-1000. Sarah dan Pops menyertai Kyle dan menghancurkan T-1000 menggunakan asid.


Sarah dan Pops memdedahkan mereka telah membina sebuah mesin masa serupa dengan SkyNet, dan Sarah merancang untuk ke tahun 1997 - SkyNet mula diaktifkan. Sedar garis masa telah diubah, Kyle yakin masa depan telah berubah kerana amaran yang diterima dalam bayangan zaman kanak-kanaknya. Dia memujuk Sarah ke 2017 dan bukan untuk menghentikan SkyNet. 


Kyle melarikan diri dari T-1000

Sarah selamatkan Kyle dari T-1000

T-1000 tak habis-habis

Tangan Guardian selepas meleburkan T-1000 guna asid


Tahun 2017, Kyle dan Sarah tiba di tengah lebuh raya San Francisco dan diberkas oleh polis. Ketika sedang dirawat, Sarah dan Kyle tahu SkyNet dipanggil "Genisys", sistem operasi secara global akan dilancarkan tidak lama lagi. John muncul dan menyelamatkan Sarah dan Kyle, ketika itu John mengaku Kyle Reese adalah bapa kandungnya. Terkejut Kyle.


Guardian muncul dan menembak John, memberitahu John menjadi Terminator T-3000. Walaupun Kyle telah dihantar kembali melalui masa, SkyNet adalah dalam bentuk T-5000 yang menyamar sebagai askar John. Ia menyerang John dan mengubah menjadi Terminator. John ditugaskan untuk Cyberdyne Systems dan mengembara kembali ke masa untuk membantu mereka mengembangkan Genisys.


Sarah bertemu dengan John

Rupanya teddy yang Guardian bawa tu ada senapang

Kyle sayangkan Sarah dan memujuk untuk bersama

Guardian menyelamatkan mereka selepas di serang John


Sarah, Kyle dan Pops melarikan diri dan membuat persiapan akhir untuk memusnahkan Genisys. Mereka ke pejabat Cyberdyne dan John mengejar mereka. Semasa mengejar heli, Pops mengebom heli John dan terhempas. John masuk ke Cyberdyne, dan menukarkan masa Genisys dari 13 jam ke 15 minit. Ketiga mereka meletupkan bangunan Cyberdyne tetapi dihalang oleh John. 


Guardian memerangkap John dalam mesin masa. Kedua-duanya dimusnahkan, sebelum letupan, John melemparkan mayat Guardian ke dalam tong cecair polyalloy percubaan yang boleh berubah bentuk. Kyle dan Sarah berjaya keluar dari tempat letupan.  Guardian muncul, dinaik taraf dengan komponen polyalloy yang boleh bertukar bentuk.


Siapa sangka John boleh bertukar jadi Terminator

Pops tanya Sarah sukakan Kyle. Hehe


Ketiga-tiga mereka ke rumah zaman kanak-kanak Kyle, disana Kyle memberitahu dirinya semasa kecil mengenai Genisys dan mengarahkan mengulangi amaran berulang kali di cermin. Endingnya, teras utama sistem Genisys di bawah tanah terselamat dari letupan. 


4.5/5*


p/s: Ada lagi siri ke 6 Terminator.. Tak sabar nak tunggu, mungkin Kyle Reese dan Sarah Connor ada family baru. Who know? 

_______________________________________________________________

Nak dijadikan cerita basi, hari keluar tengok movie ni dengan my nephew, keluarga Mak Long konvoi beraya di rumah. Fuhh.. selamat tak ada. Itu sebab raya ke 4 selesa keluar rumah :) Sebelum ketawa tengok Arnold, makan subway dulu. Budak Lokman tu kalau keluar mesti kena belanja. Semakin pokai ku rasakan. Kakaka


Italian Bread. My fav !

Raya ke 4, takda makna nak pakai baju kurung dah, Hehe

20 Jul 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015

Salam Readers..


Entry di hari raya pertama, ke 2 & ke 3 :)


Malas nak buat part by part. Sila jangan muntah kalau tengok gambar. Tuan blog masih lagi mood raya dan ke laut. Haha.. Nasib baik lutut dah tak bengkak, nak dijadikan cerita Ramadhan ke 26, aku dan bapa jatuh moto masa otw ke tempat kerja. Raya memang konfem ayah kena bebel dengan adik-adiknya. Haa.. Nampak tak aku ni anak sedara kesayangan :)



Raya Pertama


Selalunya memang takkan pakai baju raya sebab stay rumah tunggu orang datang sampai ke petang dalam pukul 3. Lepas tu terbongkang tidoq. Yang tak bestnya, sedang syok lena, keluarga Pak Lang, abang ayah no.3 mai beraya. 


Lintang pukang salin baju 'sopan'. Kalau mai beraya maknanya sepupu Singapore aku tu balik raya Malaysia. Hee.. Rindu dia. Dah besaq anak teruna 3 orang tu. 7 tahun sekali baru balik raya, mana tak rindu. Kami ni sepupu tapi nama sendiri tak tau. Hahaha. Banyak sangat kot. Dapat duit raya tapi dalam RM. Nak Singapore Dollar kena pi rumah dia. Sadis ku rasakan.. Selfie raya semua ada dalam DSLR Irfan.



Cousin ! Menetap di Singapore bersama suami dan 3 anak teruna. Hehe

Family Pak Lang.. Dalam gambar ni aku ada 10 orang sepupu 

Handsomenya anak-anak sedara. Ada macam artis? Iqmal, Irfan, Izzan bersama mummy dan aunty. Izzan tu comel, asal jumpa mesti nak salam aunty Nina :) 


Tahun ni rasanya dah boleh kawen kot sebab pandai bungkus ketupat palas walaupun senget. Haha. Fail lagi.. Menu raya wajib ada rendang ayam :)


Ketupat palas yang berjaya di buat. Comey je

Faveret ! Makan bertambah kalau ada menu ni

Crab Filament Stick


Raya Kedua


Seperti biasa, kenduri tahlil dan makan-makan di rumah Pak Long, sebelum majlis mula Mimi ajak ke hospital hantar makanan untuk nurse dan doc di Unit Hemodialisis, Hospital Seberang Jaya. Dah alang-alang, singgah beraya rumah kawan skolah. Makan, beraya dan selfie dulu puas-puas sebelum balik rumah Pak Long makan lagi. Depa pakat dok post gambar semasa baca Yassin dan serbu makanan yang ada. Aku dan Mimi tak balik lagi time tu. Terus kami rempit balik rumah Pak Long. Hehe.. Pakai baju kurung uollss.. 


Pekena aiskrim mak teh bawa dari rumah

Bak kata 'Pha Is' baju raya macam warna asamko / asam boi. Hahaha . Selfie dulu sementara tunggu Tinie datang sebab tak tau rumah.


Boleh tahan bihun sup dia ni. Segan nak tambah. Hehe

Sebelum balik mak Datin harus selfiee dulu. 

9 tahun dah kami kawan baik. Kawan sampai berkedut 



Kenapakah kami berdua rempit lelaju? Sebab takut makanan habis dan lucky draw dah bermula. Pak ngah sponsor barang-barang dari RedONE. Boleh dikatakan semua family sebelah mak pakai telco tu sebab FREE bila gayut lama-lama. Sampai je, semua dah kenyang makan dan tengah mengunyah rambutan. Bedal buah dulu, tengah kunyah cabutan mengena. Untuk mak-mak menakan dapat periuk. Cheq dapat pen pun jadilah walaupun bukan parker. Haha.. Demand betol. Tahun ni dapat menjamu kek lapis Sarawak. Cheq oder khas untuk raya.



Sesi bacaan Yassin dan tahlil buat ahli keluarga yang telah tiada. Tiada di lokasi. Ikhsan group whatsapp family

Pulon makan, tengok gambaq ni dalam group terus balik. haha

Hadiah-hadiah lucky draw.. 

Muka tak puas hati, Pak Ngah potong stim tengah kunyah rambutan dalam mulut kot

Jadilah pen mahai ni. Nak tau pasal RedONE boleh baca 'sini'



Petang pula, balik ke kampung ayah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Orang sana memang buat tahlil di kubur. Berkumpul seramai yang boleh di kubur dan terus balik rumah sebab penat terlampau. 


Raya ketiga


Mak cik (adik ayah) dan Mak Tam (kakak ipar) bawa anak dan cucu beraya di rumah. Dah alang ayah nak balik Bayan Lepas lagi aku ikut dorang konvoi 2 buah kereta ke rumah Pak Su. Sebelum balik kazen bagi duit raya. Omaii.. suka suka ! Ke rumah sepupu pula, dia bela kambing. Geram tengok anak kambing sekor tu. Tak sempat snap, dia main-main kat tangga. Terus terbayang kambing golek ! aummm. Rumah sepupu ke 2, bedal rambutan dan kuih raya. Nasib kau la Nina. 



Kambing yang dibela sepupu. Sedap dibuat kambing golek !

Habis botak rambutan di rumah sepupu dikerjakan mak cik. Ish-ish

Kite dah ada anak sedara (anak sepupu) walaupun belum kawen. Hehe


Rumah ke 3, rumah 'arwah sepupu' yang meninggal sebelum puasa. Sebak tengok kak Hasni. Yelah, raya 3 beranak tahun ni T______T  sebelum balik bagi duit raya kat anak sedara 2 orang tu. Sedih. Dah penat beraya di Mainland, terus balik kampung Bayan Lepas sebab mak long buat open house. 


Tidoq stail baru. Alisha ohh lisha


Sepupu tua buat makan besaq guna duit EPF. Hehee.. Makan satay, bihun sup, kenduri kendara durian dan rambutan ramai-ramai. Semua gambar, video ada di DSLR sepupu. Huhu.. Nasib baik tak demam, masin mulut mak cik kata aku tak takkan demam kalau tak minum air dari pangkas durian. Hoooreyyy ! 


Orang Singapore excited dapat makan rambutan..

Asal ada kayu di mana saja boleh selfie.. Inikan raya 

Depa nak pi beraya di Baling pula, aku take over ler !! Raya pun ada flower girl. Haha

Biological dad with his sista in law. Jangan kata anak tak bagi duit pi salon T__T


Selesai sesi makan-makan, singgah salin baju biasa di rumah Pak Ndak. Dah naik miang badan seharian pakai baju kurung. Pi tengok rumah tok yang semakin lawa, yelah Pak Tam duduk situ. kalau la arwah tok dengan wan ada lagi mesti meriah rumah tu dengan lampu raya. Sedihnya.. 


Rumah pusaka gituw

Alisha ni makin besaq bermakna makcik Nina semakin tua.. Untungnya dia panggil kakak. Haha

Amsyar membuli budak. Mak cik nina sibuk selfie tak sudah

Duit raya saya berjumlah RM 61 . Not bad


Apapun raya tahun ni meriah sikit dari tahun lepas. Seronok dapat bagi duit raya + dapat duit raya ! tahun lepas sendu sebab 1 sen tak dapat. 


SELAMAT HARI RAYA ADIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN 
BUAT
SEMUA BLOGGER'S DAN READER'S 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com