11 Oct 2015

Resepi Kek Marble Cheese

Salam Readers..

Resepi Kek Marble Cheese | Untung bila ada mak yang rajin ke kelas masakan walaupun ada 2 3 buku yang penuh dengan resepi dari kelas. Sekali makan, mesti nak buat bila dah jatuh cinta dengan cream cheese yang menggoda. Pertama kali buat cheese kek ni. Nommnomm haruslah cuba masak untuk bakal hubby :P 


Kek Marble Cheese bersama ceri


Bahan-Bahan :

Bahagian Kek


250 gram butter (Buttercup)
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 setengah cawan gula castor
1 setengah cawan susu cair
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu kecil esen vanila (boleh guna perisa lain)


Lapisan Cheese :

250 gram cream cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telur


Cara-Caranya :



1. Cairkan butter, masukkan sebuk koko setelah butter cair dan kacau hingga sebati.



2. Dalam mangkuk lain pula, pukul telur dan gula.

3. Masukkan adunan butter tadi dan kacau perlahan-lahan.



4. Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda, esen vanila dan kacau.

5. Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan ke dalam loyang. Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan untuk dimasukkan ke dalam piping bag (untuk corak)


Untuk lapisan cheese :






1. Putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan telur.


2. Keluarkan brownies yang telah siap dibakar.

3. Masukkan adunan cheese di atas brownies.

4. Pipe adunan brownies dan buat corak menggunakan lidi (buat corak ikut suka hati) *nina tak buat sebab malas

5. Bakar semula selama 15 minit.



Selamat Mencuba !

16 comments:

  1. Nampak sedap tapi macam manis sangat je.

    ReplyDelete
  2. bahan2 dah ada..boleh lah cheq torai
    mtk izin nak copy resepi ye dik

    ReplyDelete
  3. adoiii melting tengok.. buat untuk kak farah satu pleaseeeeeeeee!!!!!ngeee

    ReplyDelete
  4. rajinnya buat kek.. kak aiza sekarang malas nak membaking.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Apa-apa yang ada cheese akak memang suka! Yummeh!

    ReplyDelete
  6. tengok pun dah tau sedap ... terus terliur (pantang tengok kek) :p

    ReplyDelete
  7. siap deco dengan ceri lagi ... terserlah kesedapan kek cheese tu :)

    ReplyDelete
  8. belum pernah lagi letak cheese cake atas brownies ... tq share resepi ni nina :)

    ReplyDelete
  9. peeeergh Nina !! ahaha.. please la buatkan nanti kita kekah sama2 ahaha..

    ReplyDelete
  10. Assalam nina,
    sila buat n bwk masa review job akan datang hokey :P

    ReplyDelete
  11. Wah... Resepi kek... Buatkn la nti utk kami²... hihihi

    ReplyDelete
  12. terliur doh . esok mmg plan nak buat cheese cake sbb dah janji dgn anak buah . hope menjadi ...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com