16 Jul 2019

Review Filem : Spider Man - Far From Home

Assalamualaikum readers


Review Filem : Spider Man - Far From Home | Rasanya ini antara filem Spider Man yang terbaikk! Rupanya sudah 3 filem Spiderman lakonan Tom Holland telah diterbitkan. Umum mengetahui tentang apa yang berlaku dalam Avengers: Endgame. Selepas kematian Iron Man (dan Black Widow di Vormir) serta Captain America menjadi tua (menyerahkan shield kepada Falcon), dunia seakan melihat berakhirnya pasukan Avengers.




SINOPSIS :


Filem ini menjelaskan bagaimana rakan sekolah Peter yang hilang selama 5 tahun akibat petikan jari Thanos, kembali tanpa dimamah usia, sedangkan mereka yang lain menjadi tua. Ini kerana dalam Avengers: Endgame meninggalkan penonton dengan tanda tanya. 


Selepas kematian mentornya Tony Stark, untuk menghilangkan rasa sedih, Peter menyertai rombongan sekolah dengan rakan-rakan kelasnya - Ned, MJ, Flash dan Betty ke Eropah. Mereka perlu meneruskan pembelajaran di Sekolah Tinggi Midtown walaupun sudah 5 tahun berlalu. Peter merancang untuk meluahkan isi hatinya pada MJ.



Di Venice, Peter dan rakan-rakanya diserang oleh makhluk yang dikenali sebagai Elementals. Ketika bersedia untuk berhadapan dengan musuh baru itu, seorang lelaki misteri muncul dan menewaskan. Nick Fury yang mengetahui ancaman tersebut, telah mencari Peter dan meminta bantuannya. 



Di markas Nick, Peter bertemu lelaki misteri bernama Quentin Beck atau Mysterio, superhero yang datang dari dunia 'Multiverse'. Nick meminta Peter bekerjasama dengan Mysterio untuk menentang satu kuasa jahat baru iaitu Elementals. Tanggungjawab besar yang dipikul Peter dalam menyelamatkan dunia tanpa Iron Man dan pasukan Avengers.




Peter terpedaya dengan Mysterio dan menganggap sebagai mentor terbarunya. Mysterio bijak memperdayakan Peter sehingga menyerahkan cermin mata peninggalan Tony Stark yang mengandungi perisai A.I rahsia yang mampu mengawal satelit milik Stark Industries.



🌟🌟🌟🌟🌟 / 5


Jangan keluar wayang awal kerana scene kedua menunjukkan di mana Nick Fury dan Maria Hill dalam kereta, yang bertukar rupa menjadi Skrull! Rupanya sepanjang filem, mereka adalah Skrull yang menyamar dan melaporkan perkembangan kepada Nick Fury sebenar, yang berada di angkasa lepas, juga bersama-sama Skrull. Sama-sama nantikan dalam filem akan datang Marvel.

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com