Assalamualaikum Readers
Resepi Kerabu Epal Ikan Bilis | Resepi Kerabu Berasaskan Epal Hijau Dan Ikan Bilis | Pernah cuba makan kerabu epal? Ini first time Nina makan dan belajar cara nak membuatnya. Apa yang mak belajar di kelas masakan mestilah nak cuba buat. Kalau tak resepi tu jadi pekasam, tak pun jadi makanan lipas, lipas kat rumah makan kertas woihhh. Hahaha.. Sedap makan kerabu epal dengan nasi panas, makan bertambah-tambah. Resepi ni belajar 18 Julai lepas. Rugi peminat kerabu tak cuba buat.
Kerabu Epal ni kategori kerabu sihat jugak lah, semua bahan fresh, setakat ni dah 3 kali buat kerabu epal. Jadi faveret pulak, maybe sebab senang nak buat dan tak perlu simpan lama-lama dalam peti ais. Buat kerabu mesti habis dalam satu hari. Sesuai untuk hidangan 4 orang makan.
Kerabu Epal Ikan Bilis |
Kerabu epal bersama halia dan daun pudina |
Kerabu Epal ni kategori kerabu sihat jugak lah, semua bahan fresh, setakat ni dah 3 kali buat kerabu epal. Jadi faveret pulak, maybe sebab senang nak buat dan tak perlu simpan lama-lama dalam peti ais. Buat kerabu mesti habis dalam satu hari. Sesuai untuk hidangan 4 orang makan.
Dah ready nak gaul kesemua bahan |
BAHAN-BAHAN :
2 Biji epal hijau
150gm Ikan bilis (di goreng & di tumbuk halus)
4 Biji bawang merah
3 Biji cili padi (boleh tambah jika nak lebih kick)
1 Biji cili merah
*Bawang merah, cili padi dan cili merah di mayang halus
1 Batang serai (ambil bahagian tengah)
3 Batang daun pudina
*Serai dan pudina juga di mayang halus
1 Biji limau kasturi (ambil jus)
150gm Kacang tanah (di tumbuk, biarkan kasar)
Sedikit garam halus dan gula secukup rasa
CARA-CARANYA :
1. Masukkan halia dan daun pudina yang sudah di mayang halus ke dalam mangkuk besar
2. Goreng kacang dan ikan bilis biar sehingga sejuk baru di tumbuk, pastikan ikan bilis di tumbuk halus dan kacang sedikit kasar
3. Masukkan garam, gula, bawang merah, cili merah, cili padi dan gaul bersama halia dan daun pudina bersama jus limau kasturi
4. Sagat epal memanjang halus, boleh pilih nak kupas kulit atau tak
5. Gaulkan epal hijau bersama kacang dan ikan bilis. Siap untuk dihidang!
Nampak sedap tu ha...nanti nak cuba buat la..tak pernah cuba lagi
ReplyDeletesedap nih, masam2..
ReplyDeleteterliur. serious terliur!
ReplyDeletenak sikitttttttttttt
ReplyDeleteAduhhhh duhh duhh sedapnya kerabu.
ReplyDeletewahh rare ni, 1st time kak ana baca kerabu epal. boleh lah cuba nanti kan :)
ReplyDeleteSedapnya.. selalu makan kerabu mangga je atau betik..
ReplyDeleteMenarik pula bila nina guna epal nie.. siap buh daun pudina..
Wah! menarik resepi ni tk pernah makan lagi kerabu epal hijau.
ReplyDeleteKerabu mangga dah biasa ya idok!
sedap !! kakak sedara penah buat. sedap dok korek epel hijau hehe.. itu yang buat sedap tu masam2 tu macam ganti mangga =D
ReplyDelete