Assalamualaikum Readers
NEW Portuguese Chicken Burger McDonald's | McDonald's kembali dengan burger baru dengan menu Burger Ayam Portugal sempena kempen 'Discover the World 2019 McDonald's Malaysia', di inspirasikan oleh pemandangan, suasan dan citarasa Portugal maka terciptalah burger ayam Portugal yang sangat unik rasanya dan dapat diterima oleh tekak melayu di Malaysia.. Hehe. Sedap woo burger ayam Portugal bersama sos piri-piri yang unik. Dapatkan selagi stok masih ada!!
NEW Portuguese Chicken Burger McDonald's . Harga dalam RM 16.03 + Mocha Latte RM 2.95 |
Packaging pun kemas |
Burger Ayam Portugal ni rasa apa? Bagi Nina kepingan daging ayam yang digoreng enak, di celup ke dalam sos piri-piri yang unik, dihidangkan bersama camapuran sayur-sayuran dan salad segar, di kepit apit dengan roti ban yang mengandungi emping cili. Memang hidangan yang lazat, rasa dia ada rempah ratus unik ala Portugal. Sos piri-piri melimpah tu bila kunyah rasa manis-manis sikit.
Sos piri-piri yang melimpah, dah macam style nasi kandaq |
Close up sikit inti di dalam |
Burger didatangkan dalam set. Sekali dengan French Fries dan air Fanta Grape McFreeze atau pun boleh pilih nak Coke saja. Kalau drive thru McDonald's Sunway (bukan KL tau), staff akan bagi air mocha. Sengal betoi, tak pernah dapat air Fanta Grape tu. Harga dari RM 16.08. Sapa penggemar burger McDonald's, jangan lepaskan peluang nak rasa burger edisi Portugal ni. Tak sabra nak tengok menu Negara mana pulak lepas ni yang McDonald's pilih.
Not bad juga sos piri-piri tu kan...
ReplyDeletetgk iklan burger ni trs teringat cristiano ronaldo😆😆
ReplyDeleteTak rasa pun burger ini.. sekarang dah tak ada kan..
ReplyDelete