Assalamualaikum Readers
Resepi Cucur Jagung Lembut | Cucur Jagung Segar | Sebelum ni ada juga share resepi cucur jagung tapi tak guna jagung fresh tapi dalam tin, mesti dari segi rasa dan bantuk takkan sama dan Nina baru tau nak lembutkan cucur kena masukkan butter, baru cucur lembut walaupun simpan dari pagi ke petang. Beberapa hari sebelum adik tunang nak masuk UiTM Merbok, Nina ke Econsave nampak jagung, memang selalu beli jagung kat situ sebab fresh dan helok kejadiannya. Jual tanpa dikupas kulit jagung, geram tengok kekuningan.
Maybe rezeki Aqilah, pagi sebelum gerak ke Merbok tu Nina buatkan cucur jagung untuk bekal manalah tau lapar. Masuk-masuk dalam kereta, dah tinggal separuh cucur tu (pi naik sebuah kereta, tunang tengah kelaparan, baru parking di masjid Seberang Jaya, kalut ambik tapaware masuk kereta abah dia). Nasib baik makan siap-siap kat rumah, katanya macam tau-tau Aqilah tengah kempunan nak makan cucur jagung. Alhamdulillah, cucur separa hitam laku keras.
UiTM Merbok, kawasan luas tak ada lah hulu sangat |
Mama tunang belikan masa singgah makan di Pelita, beli sorang satu untuk mak dan bapa. Hahaha kelakar, katanya tak payah berebut. Tak tau pulak YT ada keluarkan prun |
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung (cap sauh)
2 tongkol jagung diambil biji sahaja, jangan rebus
1 biji cili merah (dipotong nipis, kalau nak pedas boleh tambah cili)
Beberapa ekor udang dipotong
Sedikit lada hitam
2 sudu buttercup
2 biji bawang merah (dipotong nipis)
Sedikit garam halus
CARA-CARANYA :
1. Masukkan tepung dan gaul bersama air sampai betul-betul lembut tepung tu dan masukkan butter.
2. Dah siap adunan, boleh masukkan lada, garam, udang, cili merah, bawang dan gaul sebati. Siap digoreng!
Akak amik resepi ye...bukan apa..sebelum ni buat tapi tak menjadi...
ReplyDeleteSis suka sangat cucur jagung apatah lagi ada udang dalam tu..
ReplyDeleteLama tak buat..
Terliur akak nampak cucur jagung tu.
ReplyDeleteTak pernah jumpa pula prun YT tuh...
sedap cucur jagung..
ReplyDeletetq share resepi.. =)
campur sikit air panas... nnt boleh bentukkan cucur jd bulat
ReplyDeleteSeparuh hitam takpa, yg penting sodapp =D
ReplyDeleteermm ni memang sedap, kak ana follow sini naa :) #725
ReplyDeleteSedap tak prun YT tu.. hehehe..
ReplyDelete