25 Sept 2019

Unicorn Shake Di Bae Shake Bertam, Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Unicorn Shake Sedap, Korean Spicy Chicken Di Bae Shake Bertam,  Kepala Batas | Disebabkan mengidam nak minum air Unicorn Shake ni, Nina terjah buat kali kedua dengan tunang, 14 Sept lepas. Air Unicorn Shake yang dikatakan ada musimnya disebabkan stok mangganya yang unik (tak sure mangga apa, rasa macam harum manis). Alhamdulillah rezeki dapat rasa air ni.
 
 
Unicorn Shake. Recommended! Ini size medium

Iced Latte with Boba. Tunang tak nak boba tapi tak cakap.
 
 
Kali pertama mai Bae Shake ni dengan adik tunang. Boleh baca kat sini "Ramen Cheese Leleh" , menu apa yang kami order. Kali ni bawak tunang sebab dia nak makan Korean Spicy Chicken. Boleh tahan pedas dan pekat sos cheesenya. Gerenti sedap! Kalau tak sedap. tak menjilat jari lah disebabkan sos cheese tu. Hehe..
 
 
Korean Spicy Chicken
 
Tak silap ada 6 ketul ayam
 
Licin dibedal kami
 
 
Overall, air Unicorn Shake ni sedap, pekat manis berlemak. Bukan manis gula tau tapi buah, dan tanpa bahan pengawet juga pewarna. Rasa manis buah mangga dan naga. Sedapnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semua menu di Bae Shake sedap! Jangan lupa masukkan list JJCM di utara kalau mai utara. Harga bermula dari RM 7.00 ke atas.  


Lokasi :
 
Bae Shake Bertam Branch

Jalan kampung permatang tinggi,
kampung pantai kemelun,
13200 pulau pinang.
(Waze : BAE SHAKE BERTAM)
 

Buka :
 
1.00 pm - 9.00 pm
(ISNIN TUTUP - BERTAM & KULIM)
 
 
Official IG : @baeshake_bertam
Official FB : Bae Shake Bertam




8 comments:

  1. banyaknya cheese, mmg terbaik..mango + dragon fruit ke tu..terlioq cheq..

    ReplyDelete
  2. Korea spicy nmpk mcm pedas sgt ja

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak unicorn shake tu.
    Mrs. A pun tak suka boba.
    Pernah kawan belanja minum seketul dua bila air habis kawan tu tak nampak Mrs. A buang je boba tu muahhhaaa....

    ReplyDelete
  4. warna air unicorn tu pun dah terasa menggoda nak bel. mak haihh cheese leleh betul banyak terlampau tu

    ReplyDelete
  5. Cantiknya Unicorn shake tu.. Sayang pula nak makan..

    ReplyDelete
  6. uit colour dia ngancam.. nanti kot2 balik kg boleh lajak singgah.

    ReplyDelete
  7. tak nampak pun kaler unicorn. nmpk pink ngan kuning je heheheh

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com