28 Oct 2019

Review Filem - Rambo Last Blood (2019)

Assalamualaikum Readers

 
Filem Rambo : Last Blood (2019) | Movie first untuk bulan Oktober ni. Walaupun sibuk tetap luangkan masa. Ehh.. Sebenarnya tak plan pun nak tengok wayang dengan tunang movie ni. Yelah, siapa yang layan movie Rambo dari mula sehingga ke movie terakhir Rambo oleh Sylvester Stallone. Dah umur 70 tahun lebih tapi masih kuat berlakon. Filem ini dikatakan siri terakhir filem Rambo. Tak sesuai untuk kanak-kanak, pesakit jantung dan ibu mengandung sebab NGERI!!
 
 
Review Filem - Rambo Last Blood (2019)

 
 
SINOPSIS : 


Filem yang mengisahkan John Rambo yang merupakan seorang veteran Perang Vietnam. Kali ini, dia perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan anak angkatnya yang dijual kepada kartel dadah Mexico. Kisahnya dimana Rambo sudah menjalani kehidupan seharian dengan cara positif kemudian kembali diuji dimana dirinya terheret untuk berhadapan dengan kumpulan bapa ayam dari Mexico yang menjadikan anak angkatnya Gabrielle sebagai pelacur. Gabrielle memandu ke Mexico untuk berjumpa dengan ayahnya dan kemudian dijual kepada bapa ayam oleh kawannya.
 
 
John Rambo
 
Gabrielle sebagai anak angkatnya
 
Dating ke tu?
 
 
Apabila Rambo ke Mexico untuk menyelamatkan Gabrielle, maka bermula aksi-aksi memukul, konflik dan pelbagai jenis kejutan. Banyak babak-babak pertempuran, letupan dan adegan ngeri. Banyak darah sana sini terutama plot Rambo membalas dendam diatas kematian Gabrielle dan konco-konco dadah Mexico datang ke rumah ladangnya untuk membunuh Rambo.
 
 
Rambo diserbu konco-konco bapak ayam
 
Gabrielle diugut

Adik beradik bapak ayam


 Filem yang boleh berdiri sendiri walaupun tak pernah menonton filem-filem terdahulu tetapi Nina faham plot ceritanya. Filem ini penuh dengan mesej menarik salah satunya menghormati kasih sayang dan kepercayaan insan tua yang benar-benar menyayangi kita. Watak Gabrielle yang terlalu mengikut kata hati dan keinginannya sehingga mengkhianati kepercayaan yang diberikan Rambo dan neneknya sehingga akhirnya menerima pembalasan yang menyayat hati.
 
 
Rambo menunggu konco kartel dadah
 
Teringin nak rambut tunang macam ni. Haha 
 
Matilah geng-geng dadah di tangan Rambo


Dari segi mesej pandangan penjenayah tahap atasan dimana mereka melihat wanita-wanita sebagai benda dan bukannya manusia. Itulah jiwa penyenayah tidak berhati perut ini berfikir. Kita sedia maklum, Mexico merupakan negara pengeluar dadah di benua Amerika Latin dan kerajaan mereka tak berupaya nak membasmi kartel-kartel dadah. Jangan lupa saksikan (kalau masih available lagi di pawagam).  


🌟🌟🌟


8 comments:

  1. Okay, Rambo kali ni tak se-gruesome rambo yang sebelum ni. Takut nak tengok sampai habis sebab gut-wrenching and brutal sangat tapi managed jugaklah tengok sampai habis haha

    Suka tengok lelaki yang rambut panjang tu berlakon, Óscar Jaenada. Mula2 minat dia berlakon masa filem The Losers, then tengok dia dalam The Shallows sebagai pelakon pembantu. I like his style.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak tengok movie sebenarnya..macam best je cerita ni:)

    ReplyDelete
  3. best kan citer ni...hero sorg je...mmg kena dengan paggilan rambo tu dr zaman kecik lg....

    ReplyDelete
  4. citer ni x sesuai untuk cheqqq cepat neves tengok citer2 macam ni..

    ReplyDelete
  5. Aduhh, kalau ngeri kita tak nak tengok lah. takut nak tengok

    ReplyDelete
  6. Ini baru betul makin tua makin berisi 😂

    ReplyDelete
  7. tgk trailer pun rs mcm dah seram...

    ReplyDelete
  8. Lama gak tak layan rambo ini.. antara cerita yang menarik ditonton..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com