16 May 2020

Dove Volume Nourishment Shampoo And Conditioner

Assalamualaikum Readers

Review Dove Volume Nourishment Shampoo And Conditioner | Sebenarnya dah lama pening dan pending bab cari solution untuk rambut ni. Pentingnya penjagaan rambut lagi-lagi wanita bertudung kan. Nina paling takut rambut berbau masam dan orang di belakang kita pun boleh hidu sebab pernah jadi, memang tak berselera nak makan. Masam tudung dan kepala orang yang Nina bau tu 😒😒 Diri sendiri tak bau lah tapi orang sekeliling akan bau. Kalau nak peluk orang siap-siap tahan nafas. Sangat secure ok. Tolong jaga rambut, yang pakai tudung ni kena rajin. Baru non-muslim tak chop kita pengotor even kat ofis lama pun ada, rasanya hindu dan cina tu tak cuci kepala. Nasib dah tak kerja 🤭😆



Tak pasti harga, rasanya dalam RM 10++


Shampoo baru Dove



Sebelum-sebelum ni setia dengan brand Johnson & Johnson (kanak-kanak), Herbal Essence (remaja/high school), Sunsilk & Dove (20++ y/o), Kiehl’s dan sekarang balik semula kepada Dove. Dalam entry lepas, ada review pasal shampoo Kiehl’s . Mesti lah lepas shampoo nak rambut bersih, wangi, tak gugur, gatal dan tak ada kelumumur. Shampoo ni tunang, main ambil dan Nina tak check cuma nampak NEW shampoo 🤦🏻‍♀️😂 Nasib baik sesuai dengan rambut. Betul-betul buat rambut lembut tapi mengerbang tu tak boleh buat apa. Rambut kalau bertambah lembut, semakin kembang la ia.







Tersangatlah penting jaga rambut eventough kita bertudung. Jangan abaikan penjagaan rambut. Pakai tudung cantik, buka tudung, masyaallah. Pengsan suami. Penjagaan rambut bukanlah kita perlu ke saloon. Itu semua memerlukan masa, wang dan tenaga. Apa kata kita jaga di rumah, suka cuci kulit kepala guna limau purut, dibiarkan sejam sebelum shampoo. Segala kegatalan akan hilang.




Warna shampoo light biru walaupun tak nampak biru




Apa yang best shampoo Dove ni?


  • Produk shampoo Dove dapat memastikan rambut lebih lurus dan terpelihara. Inginkan kesan yang lebih pantas gunakan bersama conditioner.

  • Akan merasai sendiri keberkesanannya selepas beberapa kali penggunaan.

  • Rambut lembut dan segar walaupun seharian bertudung still lagi berbau wangi. Pastikan rambut kering secara semula jadi sebelum pakai tudung barulah rambut tak berbau masam dan berbuah sekali gus mengurangkan kelumumur.

  • Tidak menggatalkan kulit kepala selepas cucian. Rambut bertambah lembut selepas pakai conditioner. Bau wangi dan lembut. Suka bau soft.


2 comments:

  1. uu, dove baru, kite skrng ni utk lembut pkai shampo dri salon, pastu klau tetiba gatal pkai diane atau loreal..gerbang ni mmg xboleh kata apa, kiki..

    ReplyDelete
  2. Suka Dove, memang bagi effect rambut lembut dan wangi je.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com