16 May 2020

Resepi Sedap Spaghetti Carbonara Ayam

Assalamualaikum Readers



Resepi Sedap Spaghetti Carbonara Ayam | Siapa setuju kalau masak spaghetti kena guna banyak bahan baru sedap 🙋🏻‍♀️ Selalu tengok orang masak, letak sos prego dan sosej dah selesai. Terlalu boring bagi Nina 🤪😝 Terlalu simple dan nampak tak menarik. Spaghetti carbonara perlu gabung dengan bahan-bahan yang meriah baru lah sedap. Ini resepi ke 3 edisi carbonara yang Nina masak semasa PKP bulan lepas. Gambaq peram dalam fon buat apa tak tau. Kalau ikutkan nak tambah fishball, fishcake. Tak boleh buat niaga, orang kata mahal sangat 😝 Puasa minggu depan boleh masak sebab dah jemu makan nasi.



Spaghetti Carbonara Ayam



Bahan-bahan :


Spaghetti (ikut suka)
1 tin Prego mushroom carbonara
1/2 ayam cincang Ramly (boleh guna juga daging cincang)
8-10 ekor udang
1 1/2 cawan susu full cream Dutch Lady
5 biji cendawan butang
2 batang sosej
2 sudu lada hitam
Oregano (jika ada)
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 ulas bawang merah
Setengah batang lobak merah
1/2 cawan whipping cream (optional)



Bahan-bahan yang diperlukan



Cara-caranya :


1. Panaskan minyak, boleh guna minyak zaitun atau minyak masak/mentega. Bila minyak dah panas, tumis bawang putih sehingga naik bau.


2. Masukkan ayam cincang dan tumis sehingga air ayam itu kering. Kemudian masukkan lada hitam, cendawan butang, daun oregano dan sosej yang dihiris nipis. Jangan masuk udang awal sebab akan jadi keras.



Meriah kuali. Putih tu ayam cincang 



3. Masukkan sos prego mushroom carbonara dan kacau rata. Kemudian masukkan susu full cream dan whipping cream, kacau sehingga sebati. Jangan ada ketulan. Masukkan garam secukup rasa dan tunggu hingga kuah carbonara mendidih.








4. Boleh masukkan udang dan lobak merah dan biar sehingga bertukar warna boleh diangkat.


5. Untuk spaghetti, rebus sehingga lembut. Jangan rebus terlalu lama bagi mengelakkan spaghetti jadi terlalu lembik dan kembang. Nina tak suka makan spaghetti kembang bersama sos prego. Tekak akan rasa mual.


6. Dah nampak spaghetti lembut boleh toskan dan biar sejuk. Siap untuk dhidangkan.


3 comments:

  1. Sedapnyaa. kita nak try lah resepi ni

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, sedapnyaa.. Mommy suka carbonara

    ReplyDelete
  3. shedapnyer, kite ritu buat kuah yg sama cuma letak dlm popia, ihiks..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com