20 Aug 2020

Happy Birthday To My Cats

Assalamualaikum Readers


Happy Birthday To My Cats | Membesar bersama kucing dari lahir hingga sekarang, berjodoh dengan family yang sukakan kucing. Dah suggest kat Abah (FIL) kalau ada duit nak buka British Short Hair cat cafe , guna semua kucing peliharaan dia kat rumah. Mostly semua manja dengan Nina. Kalau tak balik rumah parents, boleh main dengan kucing FIL. 



Bulan Julai (23/7/2017) lepas genap umur kucing Nina 3 tahun. Tak silap masa kami start bela tu dari baby umur 2 bulan. Bela kucing dari baby lebih senang nak ajar dorang dari bela kucing dewasa, terutama nak buang najis. Alhamdulillah 2 ekor kucing betina tak kencing dan berak merata-rata. Disebabkan, dah tak ada nama jadi namakan Abang dengan Adik. Abang tu sebenarnya kami sangka jantan rupanya betina 😂😂 nak panggil nama lain tak boleh, nanti kucing tu tak bagi reaksi sebab bukan nama dia.


Adik (paling manja dengan Nina, macam mana tak manja pukul 3 pagi bangun susukan dia. Selang 2 jam lapar masa masih baby 😂🤣)









Abang (paling manja dengan mak, yang ni jugak paling penakut dengan orang, dia punya pesyen duduk pun lain, kami panggil style duduk kalah judi 🤣🤣)









Buat masa sekarang, kucing-kucing jadi peneman mak kat rumah, tak sunyi dan terhibur dengan gelagat kucing. Jadi terapi diri seseorang bila ada kucing ni. Harap dapat bela 2 ekor ni hingga kucing tua. Ditatang bagaikan minyak yang penuh, ceh peribahasa pulak. Kucing 2 ekor ni diawasi 24 jam. Keluar rumah pun kena ada bodyguard kalau tak merayau ke sana ke sini lepas tu tak reti balik rumah 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

8 comments:

  1. Comel betul.
    Betul itu menatang minyak penuh.

    ReplyDelete
  2. comeinye....wah....2 jam sekali...dah mcm baby....

    ReplyDelete
  3. comelnya kucing ini. sihat dan ceria pula tu. huhu.

    ReplyDelete
  4. Comelnya kucing. Jarang nampak kucing warna kelabu asap macam ni. Happy birthday!

    ReplyDelete
  5. Abang kena pakai tudung nak buktikan yang dia betina. Hehe

    ReplyDelete
  6. comei3
    mcm kucin dlm iklan friskies jaaaa

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com