23 Oct 2020

Pokok Roselle Berbuah

 Assalamualaikum Readers


Pokok Roselle Berbuah | Anak Pokok Roselle Beli Di Lazada | Sejak jadi bini orang ni dia punya aura jadi pekebun makin menjadi, dah jadi macam mak. Tanam apa saja in shaa Allah menjadi 👍🏼 Bukan nak bangga tapi nak tanam kena ada ilmu dan tips-tips membaja. Anak pokok roselle ni harga RM 25 tak termasuk postage.




Pokok roselle berbuah


Pokok roselle ni beli di Lazada hujung bulan Ogos. Gambar berbuah ni 15 Oktober lepas. Ada dalam 24 biji kesemuanya. Disebabkan Nina hantu air roselle. Sedap jus buah ni 😋 Khasiat pun banyak. Alang-alang banyak pasu FIL yang kosong, idea tu terus ting ting 😜 Nak beli anak pokok pun kena baca review, bukan sebarangan beli, tak pasal pokok mati.


Ini kutu bena, datang dari semut. Musuh utama pokok. Tengok bena ni tak geli tapi geram dan terus tenyeh sampai pecah. Bena ni akan hisap nutrien pokok akhirnya pokok mati. Pokok kari, pandan dan ros memang kerap ada. Sebab itu kena rajin tengok pokok roselle.


Alhamdulillah setakat ni beli pokok atau biji benih memang menjadi pokoknya. Hehe.. harap hobi baru ni sampai ke tua. Like mother like daughter. Rasa happy boleh makan hasil bercucuk tanam. 


4 comments:

  1. Heee.. Bestnya dapat roselle supplies sendiri.. Payah nak jumpa orgjuai ayaq roselle woo

    ReplyDelete
  2. Banyak juga buah yang ada. Puas minum air roselle.

    ReplyDelete
  3. lepas ni bolehlah semai daripada biji benihnya

    ReplyDelete
  4. Wah.. sejuk tangan dia.. Menjadi je pokok yang ditanam..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com