26 May 2023

Review Drama XO, Kitty

Assalamualaikum readers


Review Drama XO, Kitty | The first drama ala-ala Korea yang Nina layan di Netflix. Mungkin sebab tarikan muka-muka pelakon vs dialog in English mixed Korean gitu. AMARAN : ada adegan kiss sana sini dan LGBT. So, boleh skip.


XO, Kitty ada 10 episod. Antara drama dalam Top 10 di Netflix. Kena tunggu Season 2. Apa yang jadi antara Kitty dan Min HO lepas sama-sama dalam satu flight ke Los Angeles. 




SINOPSIS :


Berkisar tentang Kathrine Song Covey (Anna Cathcart), yang tidak sabar untuk berpindah ke Seoul untuk bertemu teman lelaki jarak jauhnya, Dae (Choi Min-young). Dia mendapat biasiswa untuk bersekolah di K.I.S.S (Korean Independent School of Seoul). Ibu Kitty pernah bersekolah di sini termasuk Dae.



Yuri dan Dae


Kitty teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang ibunya yang sudah meninggal dan untuk buat kejutan pada Dae. Tetapi, hatinya hancur apabila Dae bercinta dengan Yuri (Gia Kim).


Q dan Min Ho



Pengurusan sekolah keliru dengan nama akhirnya, Song Covey, jadi mereka tempatkan Kitty di asrama lelaki, sebilik dengan Dae, Q dan Min Ho. Ibu Yuri ialah pengetua sekolah KISS, dan ibunya adalah kawan baik ibu Kitty semasa di sekolah.


Rupanya Yuri ada abang tiri

Kitty dan pengetua sekolah


Lama kelamaan, Kitty mendapat tahu Yuri dan Dae mempunyai hubungan palsu kerana ibu Yuri tidak restu hubungan Yuri dan Juliana. Hubungan Kitty dan Dae pulih tetapi bagaikan mimpi Kitty tak gembira dapat bersama Dae. Sebabnya dia jatuh cinta pada Yuri. Yess, drama ni putar belit. Sekejap suka lelaki, kejap suka perempuan. Adakah Kitty lesbian? Tidak pasti.


🌟🌟/5


6 comments:

  1. so so je la...cita ni plus tu la..byk sgt adegan yg kureng sesuai...

    ReplyDelete
  2. pengurusan sekolah keliru dengan.... apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keliru dgn nama keluarga (gabungan US+Korea)

      Delete
  3. drama ni banyak guna BI atau korean?

    ReplyDelete
  4. Aduh.. Macam complicated je.. huhuhu.. Rasanya macam adaternampak klip pendek drama ini dekat youtube..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com