4 May 2023

Review Filem The 5th Wave (2016)

 Assalamualaikum readers 


Review Filem The 5th Wave | Habiskan masa cuti Wesak, tengok filem yang dikeluarkan pada tahun 2016 di Netflix. Sebenarnya tak tahu pun ada filem ni sebab dah lama. The 5th Wave adaptasi dari novel. Kebiasaannya mana-mana filem dari adaptasi novel ke filem, hasilnya agak mengecewakan walaupun novel best. Novel ada 3 siri tau, mungkin ada sambungan dari filem ni nanti.



SINOPSIS :


Mengisahkan tentang inovasi yang dilakukan oleh sekumpulan alien yang menyerang bumi dan terjadi dalam 4 gelombang. Serangan dari 4 gelombang telah memusnahkan beberapa bandar dan kematian di merata tempat. Serangan gelombang ke 2 dan ke 4 telah menyebabkan kematian ibu bapa Cassie Sullivan. Cassie juga terpisah dengan adiknya, Sam yang dibawa ke kawasan perlindungan tentera.



Setiap hari Cassie akan menulis jurnal perjalanan dia dalam menyelamatkan adik



Alien atau 'The Others' menyerupai manusia dan memanipulasi fikiran dan minda manusia jadi ayah Cassie bekalkan pistol untuk guna ketika kecemasan sahaja sebelum dia meninggal. Semasa mereka berada di kem pelarian, datang beberapa bas dan kereta kebal tentera. Cassie pelik sebab macam mana kenderaan boleh berfungsi sedangkan kenderaan lain tak boleh berfungsi dah. Dari situlah Cassie terpisah apabila dia turun semula dari bas untuk ambil teddy bear Sam yang tertinggal di kem. 



Tembak cip di leher

Gambaran kononnya The Other seperti ini. Tapi hanyalah tipu muslihat alien


Cassie ambil senapang tentera yang mati akibat pergaduhan di kem dan lari ke hutan. Setibanya di lebuhraya, Cassie nampak orang-orang mati yang dibunuh di tengah jalan. Dia ditembak di peha dan pengsan.



Vosch ni sebenarnya The Others tapi tak pasti mana pergi tentera yang asal. Mungkin dah mati



Kanak-kanak dan remaja di bawa ke satu pangkalan tentera, diberi nombor dan dilatih menjadi tentera. Mereka dilatih untuk musnahkan 'The Others' yang bakal melancarkan gelombang ke 5 pula. Cassie diselamatkan oleh Evan yang sebenarnya 'The Others'. Kenapa Evan selamatkan Cassie? Dapatkah Cassie jumpa Sam? Kena tengok sendiri.


Review filem :


1. Jalan cerita agak lemah dan kurang jelas, tiada penjelasan terhadap setiap gelombang yang datang. Tup tup ehh dah gelombang ke 4, gelombang ke 5 macam mana pulak.


2. Watak yang menonjol hanya Chloé Moretz dan Maika Monroe, yang lain so-so sahaja.


3. Filem ini seperti filem Twilight versi alien. Jadi Nina bagi 2 bintang saja.


4. Pelik mana datangnya watak Evan, kenapa dia jadi The Others yang baik dan boleh bercinta dengan Cassie. 


🌟🌟


4 comments:

  1. mcm twilight? alaaa... tal jadi laa nak tgk 😁

    ReplyDelete
  2. masa mak ayah cassie tu meninggal dia ada kt mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah meninggal ada dlm scene, mak dia tiba2 ckp dh meningal, tak tahu punca apa.

      Delete
  3. Wah cerita alien menyamar jadi manusia..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com