28 Aug 2025

Toastie Bask Bear Coffee Sedap

Assalammualaikum readers


Toastie Bask Bear Coffee Sedap | Lama betul tak beli BBC, last beli air tahun 2023. Kadang suka tengok offer dan bandingkan harga antara FP dan Grab. Alang-alang tak pernah lagi rasa toastie BBC terus order dua jenis, beli makan mesti teringat anak.


Toasties Bask Bear Coffee

Most ordered


Rupa toastie Bask Bear Coffee ni memang menarik perhatian Nina untuk beli. Ada 14 jenis pilihan toastie yang sedap. Packaging pun comel, sayang nak makan. Hehe.. Jujur cakap lebih tertarik nak cuba semua jenis toastie dari air BBC. Memang sedap, sos pun tak melimpah, tak macam makan burger tepi jalan. 


Hash Brown Chicken Slice - RM 14.06

Cheese Melt & Chicken Slice - RM 9.34

Ini lah size nya, tak besar tak kecil

Nak tengok menu boleh klik gambar di atas


Dari segi packaging, memang menjaga kualiti makanan, dibungkus dengan berhati-hati dan sampai ke tangan dalam keadaan baik, tak terbalik. Nak try makan recommended beli time ada offer, berbaloi dan murah. 

25 Aug 2025

Makanan Sedap Di Penang

Assalammualaikum readers


Makanan Sedap Di Penang | Kalau ada rezeki lebih, duit di habiskan pada makanan, dah makin berusia ni tak minat shopping kecuali barang dah rosak, habis atau expired. Pulau Pinang memang banyak tempat makan tapi dalam banyak-banyak tu ada beberapa kedai yang kami laki bini kerap repeat. Di bawah ni kedai makanan yang di bahagikan kepada dua iaitu dalam pulau dan tanah besar. Kedai makan yang di bawah ni semuanya untuk golongan B40. Bukan nak riak tau, kalau kita tak support bisnes Bumiputera siapa lagi. Yang fast food tu abaikan 😂 makan sebab teringin.


PENANG (dalam pulau)


Maap chakap, ayam goreng dia buat ketagih

Roti canai ni kalau boleh tiap-tiap minggu mama ajak pi makan

Tiap kali gaji, tapi servis slow sikit, kedai pakistan ni kekurangan staf

Pecah rekod bulan ogos saja 3 kali. Pening dengan Hussaini

Yang ini kena beli bahan, baru Hussain goreng


_______________________________________________________________________________________

SEBERANG PERAI (tanah besar/mainland)


2x sebulan sebab sambal gajus sedap!! Kuah gajus tu masin, kena gaul dengan sambal, baru sedap. Cawangan di seluruh negeri

Daging blackpepper sedap!! Lokasi belakang UiTM Permatang Pauh.

Kedai mek klate ni bersebelahan Chabai & Co. Mee celup daging kat sini saja yang Nina rasa sedap. Pure Kelantan.

_________________________________________________________________________________

Fast Food

Nak murah beli hari Rabu, minggu ke 3, pukul 1 petang-7 malam. Diskaun sehingga 33%

1 bowl RM 6.99, makanan Rahmah zaman kerja Watson's. Nak jimat punya pasal. Sebulan dalam 6 bowl.

Menyesal buat member lagi banyak membeli

Ini sebulan sekali. Kadang order thru Grab lagi murah. Simpan esok pun donut masih lembut lagi

Tiap kali ikut abah singgah solat Masjid Ibadur Rahman, Kepala Batas mesti beli. Ada bermacam flavour.


Kekerapan makan di tempat yang sama dalam sebulan 1 atau 2 kali dan fast food tu setiap 2 bulan sekali. Makan tempat yang sama salah satunya sebab kena dengan selera tekak, harga tu tolak tepi. Janji makan mesti pinggan licin. Setiap kali makan, snap gambar. Bila scroll separuh dari tahun 2025 ini banyak dihabiskan di restoran yang sama. Kalau mai utara, singgah lah makan di kedai-kedai yang Nina listkan, mana lah tau menepati selera.

21 Aug 2025

Review Norma : Antara Mertua dan Menantu (2025)

Assalammualaikum readers


Review Norma : Antara Mertua dan Menantu (2025) | Filem yang mengundang kebencian penonton sama seperti Ipar Adalah Maut (2024). Di adaptasi dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2022 di Serang, Banten.



Sinopsis :


Norma Risma (Tissa Biani) seorang guru dan tinggal bersama ibunya, Riena (Wulan Guritno). Bapanya bekerja di Jakarta sejak Norma kecil dan hanya pulang sekali sekala menjenguk isteri dan anaknya. Norma manja dengan Abdul (Rukman Rosadi), ibunya lebih suka berkurung dalam bilik jika tiada pesanan untuk mi ayam, perniagaan itu dijadikan pendapatan sampingannya. Hubungan kedua orang tuanya dingin.



Riena kadangkala menemani anaknya pergi mendengar tazkirah di masjid. Suatu hari, Norma berkenalan dengan Irfan Wardhana (Yusuf Mahardika) Ketika mengambil barang sagu hati untuk anak-anak yatim.



Terpikat dengan kesungguhan Irfan yang serius dengan hubungan mereka, Norma meminta restu dengan bapanya untuk berkahwin. Perkahwinan Norma dan Irfan tidak direstui oleh Riena namun mereka berdua tidak putus asa. Mereka berdua juga membuka warung Mi Ayam Miriena untuk Riena berniaga sepenuh masa. Malangnya, tanpa pengetahuan Norma, Irfan dan Riena curang bermula di warung hingga ke bilik tidurnya.


Babak kecurangan tidak jauh beza dengan babak dalam Ipar Adalah Maut. Kalau Aris tergoda bila nampak Rani pakai seksi masa berada di rumah, Irfan juga tergoda dengan kecantikan Riena dan bau wangi dari losyen yang dipakai. Norma risau Irfan curang di pejabat walhal musuh ada di rumah.



Lakonan Tissa bagus tapi kelemahan skrip ketika Norma tuduh Irfan curang dengan Etni (Naura Hakim), padahal suaminya pulang ke rumah dalam keadaan penat dan basah lencun sebab hujan. Siapa pun marah kalau kena tuduh lepas balik kerja. Riena yang tolong sapukan ubat untuk Irfan. Irfan ada mommy issue, dengan mudah dia terharu dengan layan lemah lembut Riena berbeza dengan layanan isteri.



Masa Riena bagi tahu dia benci dengan hidup, Abdul lebih kisah dengan penganiayaan Norma daripada faham penderitaan Riena yang stress sejak berpantang. Abdul patut dipersalahkan sebab dia tidak jalankan tanggungjawab seorang suami dan bapa. Bukan salahkan Riena 100% sebab tak pedulikan anak. Banyak lagi review tapi cukuplah setakat itu saja.


🌟🌟🌟🌟/10

19 Aug 2025

Selesai Badal Haji Mak Bersama Al Ridzuan Haramain

Assalammualaikum readers


Selesai Badal Haji Mak Bersama Al Ridzuan Haramain | Alhamdulillah dengan ini apa yang arwah mak hajat telah dilaksanakan. Hubby lah yang bertanggungjawab cari company buat Badal Haji ni sebab sekarang kan ramai scammer. Di masjid area rumah pun ada banner BH tapi tak nak ambil risiko.


Semalam sampai parcel cenderahati - sijil haji, buku surah, minyak wangi (strawberi), sijil badal haji versi ukiran kayu dan beg)



Disebabkan kami kerap suka tukar-tukar channel radio kereta, dengar iklan di Sinar FM maka hubby terus check dulu background Al Ridzuan Haramain, once confirm terus WhatsApp staff. Segala urusan dan pembayaran Badal Haji selesai pada bulan Disember 2024. Benda baik InshaAllah, Allah permudahkan.



Minyak wangi strawberi tu bau semerbak


Tiba musim haji, sepanjang masa staff akan inform aktiviti-aktiviti jemaah dalam group. Jemaah yang laksanakan haji ni kebanyakannya orang Indonesia. Selain tu, ada bermacam jenis perkhidmatan yang ARH sediakan. Yang mana ada rezeki lebih dan berniat nak buat amal jariah tu boleh refer perkhidmatan yang disediakan.

18 Aug 2025

Makan Di Me'nate Steak Hub, Penang

Assalammualaikum readers


Makan Di Me'nate Steak Hub, Penang | Sebenarnya ini entri kepam, pi makan Dec 2023 😂 dah setahun post dalam TikTok lepas tu lupa nak edit gambar dan hapdate dalam blog. Kat tt banyak edit pasal video masakan 😆 masak untuk husbank, mak terlalu dahagakan pujian dari suami. Ehh tiberr


Wagyu Fullblood (Ribeye) RM 140


Nak tengok menu boleh juga klik sini

Boleh tengok daging Wagyu macam mana. Chef pun rajin layan pertanyaan kami


Okay back to story, tajaan makanan di sponsor oleh biras, ada bonus lebih katanya, itu pasal belanja in laws makan steak. Masih  terasa juicynya di mulut. Masa mola-mola buka dulu, Me'nate ni di popularkan oleh Azwan Ali. Bila buka branch di Penang, rasa syukur sangat sebab tak perlu lagi ke KL. Bab harga jangan risau, ada buku menu, boleh tengok harga dulu sebelum memilih steak untuk di masak.


T-Bone RM 39

BBQ Lamb Shank - RM 21

Pilih bahagian yang nak dimakan, tak pasti boleh tanya staf. Staf akan suggest ikut bajet customer

Lamb Leg Steak RM 62.32



Lokasi Me'nate area town, jadinya bab parking tu agak limited sikit. Kami sampai lepas maghrib, itu pun dah ramai tapi sebab dah booking tak kelam kabut. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak, semoga murah rezeki Syuk. Mola-mola ingatkan Me'nate ni harga T-20, rupanya ada menu makanan lain, steak pun banyak pilihan dari yang murah hingga ke mahal. Ada rezeki lebih boleh mai makan sini lagi.


Me'nate Penang

20, Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 George Town.

Tel no : 04-227 7201 (untuk booking)

Waktu Operasi : 11 pagi-11 malam (setiap hari)

17 Aug 2025

Temuduga Dan Kerja 4 Jam Di Econsave

Assalammualaikum readers


Temuduga Dan Kerja 4 Jam Di Econsave | Nak cari kerja di negara sendiri pun banyak kena scam. Harap kisah scammer ini menjadi panduan pada sesiapa yang berminat nak bekerja di Econsave tapi rasanya tak semua cawangan kot. Sebab kawan kerja department finance di branch lain ok saja. Tak tau nak ketawa ke nak sedih lepas keluar tu. Nak publish pun fikir 44 kali.




Saja suka-suka apply sebab main reason nak buat as 'part-time job'. Ingatkan iv company yang Nina aim tu tak berjaya, rupanya dapat call dari dorang sebelum lunch. Bukan nak kondem tapi once dah interview dan company tu nak hire kita sepatutnya offer letter dah disediakan. Sebagai ex HR, benda tu wajib buat seminggu sebelum pekerja masuk kerja. Kalau tak bagi ol silap-silap kena saman dengan JTK.


25 Julai - datang iv


Interview hari jumaat, hari rabu minggu depan masuk kerja. Call suruh masuk kerja cepat. Maaf cakap, HR ada 2 orang, iv dengan melayu tapi yang call suruh masuk kerja tu india. Satu pejabat tapi yang sorang lagi tak di inform/tak tahu Nina dah masuk kerja as cashier 😤 Nampak tak permainan? Dalam application form letak position stor clerk. Ehhh


Rasa kena scam sebab apply position Data Entry Clerk tapi masuk kerja buat kerja lain. Dalam keterpaksaan, kerja lah 4 jam (dalam hati dah berapi) sebelum hubby datang ambil, oh ya sebelum balik, tunggu HR melayu tu masuk kerja shift petang sebab nak 'reject' position cara professional. Di sebabkan tiada surat tawaran kerja, maka HR tiada hak untuk menghalang. Gaji 4 jam tu anggap sajalah buat kerja-kerja amal.


Kena sidai tunggu HR India tu. Siapa yang tak punctual sebenarnya

Keluar dari Econsave terus balik rumah mama naik feri sekali nampak view ini. Apakah yang terjadi??

Feri lama sudah jadi besi buruk


Kalau management pun merepek, rasanya ini bukanlah company yang sesuai untuk cari rezeki. Kalau stay juga, kerja orang lain pun kita kena take over. Toxic culture is everywhere. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com