22 November 2014

The Hunger Games : Mockingjay Part 1


Salam Readers..

Review Filem The Hunger Games : Mockingjay Part 1 | Petang sabtu memang sesuai berdating. Yes! Finally i watch this movie. Agak kecewa tak dapat jadi ahli GSC sebab letak email company dan tak boleh book on9. Nevermind, bagi sesiapa yang follow movie ni dari The Hunger Games dan The Hunger Games : Catching Fire mesti tak sabar nak tengok sekuel ke 3.






The Hunger Games : Mockingjay Part 1 kali ni dah takda games macam dulu lagi untuk setiap district. This time mereka kena training jadi army gituw di district 13. Still berharap Katniss akan bercinta dengan Gale.



New Team


Setelah diselamatkan dari arena 75th Hunger Games, Katniss Everdeen bersama-sama Finnick Odair dan Beetee dibawa ke District 13, tempat tersembunyi di bawah runtuhan daerah itu dan bertemu semula dengan ibu dan adiknya, Prim.


Walaupun dalam proses pemulihan, Katniss diperkenalkan kepada Presiden, Alma Coin dan ingin Katniss menjadi "Mockingjay" - The Simbol Rebellion. Katniss menolak kerana mereka meninggalkan Peeta Mellark di arena. Dengan cadangan Plutarch Heavensbee (bekas Gamemaker) yang mengambil alih District 12 selepas di bom oleh Capitol. Selepas melihat tayangan LIVE Peeta dipergunakan Capitol, sedang cuba untuk meredakan pemberontakan itu, Katniss bersetuju untuk menjadi Mockingjay dengan syarat Peeta dan fellow yang lain akan diselamatkan dan diberi keampunan. 



District 8


Bermulanya misi Mockingjay dimana Katniss ditemani Gale bersama team baru yang diketuai Cressida Dormer (bekas tentera Capitol yang lari ke Distict 13). Mereka keluar ke District 8 untuk melawat hospital. Malangnya, Presiden Snow mendapat tahu bahawa Katniss dan teamnya berada di sebuah bangunan untuk melawat penduduk dan mendapatkan sokongan mereka untuk berjuang bersamanya dan Capitol menghantar skuadron mengebom hospital.


Hebat Katniss dengan Gale. Target pengebom Capitol. Memang style !

Fire is Catching ! and If We Burn, You Burn With Us !

District 12 dibom teruk dan banyak penduduk yang mati



Dalam kemarahan, Katniss membuat video ucapan untuk propaganda di Capitol. Team kemudian kembali ke District 12, dimana Gale menceritakan kisah kemusnahan dan Katniss menyanyi lagu "The Hanging Tree" semasa berehat di tasik dan lihat burung mockingjay berterbangan. 


Laju  betol pekerja panjat pokok dan meletupkan Capitol Peacemaker ! Ohsem


Selepas kedua-dua video itu disiarkan tanpa pengetahuan Capitol, pekerja di District 7, mengebom peacemaker dan stesen janakuasa hidroelektrik Capitol diserang hendap pada waktu malam dan Capitol tak berupaya menyiarkan propaganda mereka.


Malam itu, Peeta ditemu ramah oleh Caeser Flickerman dan siaran Capitol 'diganggu' oleh tayangan video Katniss, tiba2 Peeta menjerit memberi amaran Capitol akan menyerang District 13. President Coin mengarahkan penduduk berlindung di tingkat 40 bawah tanah. Katniss mendapat tahu Peeta Mellark dan beberapa orang tribute telah ditawan di Tribute Center di Capitol. 


Perpindahan penduduk District 13 dari serangan Capitol

Team District 13 ! Superb la mereka punya strategi

Peeta telah di "brainwash" untuk menyerang dan membenci Katniss


Nak tahu kesudahan Mockingjay Part 1 kena tengok cepat ! Scene cemas bila pintu bawah tanah hampir ditutup dan Prim berusaha menyelamatkan kucingnya. Nasib Gale ada. Adakah team Mockingjay berjaya menyelamatkan tribute yang ditawan di Capitol?




Mockingjay


Ada beberapa scene yang menyentuh hati contohnya Cinna, he's gone sebab dia sangat rapat dengan Katniss dan sempat siapkan baju mockingjay, bila hospital di District 8 kena bom, Gale and the team hampir kena tangkap masa nak selamatkan Peeta. Sangat suspens. Kelakar tengok aksi Buttercup main cahaya torchlight dengan Katniss.


Hunger Games Fanatic ! Hihi


*The Hunger Games : Mockingjay Part 2 tahun depan !

*4/5     

13 comments:

Belog Santai said...

Hai nina..singgah lunch kat sini...

Kathy R'bain said...

Terbaik..

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Macam best aje... Nak tengok laa ^-^

Farrah MF said...

Wah,..bestnya ngedate tgk movie :)
Akak baru plan nak tgk hujung minggu ni.

tiga lalat said...

Salam. Hee sudah tengok movie Hunger Games yang original dari Jepun bertajuk 'Battle Royale'? Hmmm.

jeBateja said...

Kawe mmg tak paham tgk citer ni....uhukz

aRzMoHa said...

gambar kembaq ka tu

rajinnya review movie

tahniah

Scha Nazri said...

memang peminat hunger games ni. hehe. nk tunggu part2!

LYAfrina said...

pompuan tu.tatoo smpai kepala

Khai♥Rin : anies said...

sy bc sinopsis je nina...nk tgk mmg laaa x dpt.. ;-)

Ezad Skytech said...

memang da lama tunggu movie ni keluar di pawagam...scene masa katniss dan gale panah jet Capitol tu memang awesome kan...hee

huh, tunggu part 2 pula november 2015...nak tahu apa akan jadi seterusnya...hee

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Macam 'heavy' je akak rasa movie ni.

Puteri Wanita said...

cerita macam ni memang syok tengok wayang. tapi sejak kawin x pernah pergi wayang dah :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com