Assalammualaikum.
Holla people, I'm back to blogging world. Nak habiskan kesudahan kisah aku lari dari rumah. Akceli aku lari untuk menuntut ilmu masakan. Haha, sila gelak kalau rasa lawak. Kalau tak lawak baca sampai habis tau. Nampakkan tajuk entry lebih kepada moonhoney or bulan madu tapi saja terbalikkan ejaan. Malam rabu lepas, aku dengan Sha bermalam di rumah K.Faizah (staf) di kuarters matrik. Memandangkan hubby dia bekerja di Klate, jadi boleh la ber ber gedik satu malam. Bergumbira sebelum kami-kami berpisah, Sha tu dah nak habis sem, aku dah nak habis LI jadi lepas nie mesti jarang dapat jumpa.
Menunggu eisya di Taska. Kita snap dulu
Menunggu kak beli bahan2. Kami snap lagi. Kesian eisya separuh.
Dalam bulatan DUN Kepala Batas - Dato' Seri Reezal Merican
Eisya memang manja. Mommy to be.. Aminn
Model PLA.. Tunggu aku dukung nie.
Oke, back to story.. kak selalu cakap pizza dia tak menjadi. So malam tu kami buat sampai menjadi. Haa, memang menjadi. 3 dulang untuk dibawa ke opis pagi khamis. Dengan bantuan aunty bread maker, tak lenguh tangan nak meng-uli tepung. Nak resepi? Bolehhh. Meh nak kongsikan saat-saat kegumbiraan di dapur membuat pizza mozarella bercheese. Ayat tak boleh blah..
Eisya tengah fikir, nak main iPad ke nak main tepung?
Sapa la calit tepung kat pipi dia. Hihi
Bread Maker dari Cosway. Harga 200++
____________________________________________________________________________
Bahan Roti:
2 cawan besar tepung high protein
1 sudu teh Yis
1 sudu teh gula
2 sudu susu segar
1 sudu teh garam
2 sudu mentega
Air secukupnya
Bahan Pizza Topping:
Isi ayam dan daging (hancur)
Nanas (tin)
Cendawan butang (tin)
Tomato Puree (Prego)
Oregano
Garam
Lada Putih
Lada Benggala
Sosej
Keju mozarella (diparut)
Mayonis
1. Tadaaaa! bahan yang diuli oleh auntry bread
2. Canaikan doh menggunakan penggelek. Disini la part paling umpphhhh. Gelek satu badan.
3. Sapu mentega di atas dulang dan masukkan pizza, kena penuhkan permukaan.
4. Pizza yang telah masak selama 15 minit dan biarkan sejuk.
5. Sementara tunggu pizza masak, potong bahan-bahan untuk buat topping dan goreng isi ayam dan daging.
6. Setelah pizza sejuk, ratakan pes tomato diatas. Hias ikut kreativiti sendiri.
7. Setelah siap hias, bakar pada suhu 200 darjah selama 5 minit.
Dah siap! Hehe... Pizza yang dibuat dengan penuh kasih sayang.
Tak habis2 staf menyakat aku. Dah pandai buat pizza dah boleh kawen. OMG :)