6 Jun 2013

Filem Jurassic Park 3D

Assalammualaikum.


Minggu lepas habiskan masa yang berlebihan keluar tengok wayang. Itulah wayang yang pertama dalam bulan nie. Sebenarnya lepas majlis pertunangan Zura 1 Jun aritu, aku terpaksa balik ke Padang Serai kerana ada kenduri. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Plan nak balik ke Kulim naik bas sebab aku ter lupa bawak helmet masa pegi rumah kawan tunang tu. Last-last sedih tengok bas takda langsung dari Sungai Petani ke Kulim. Memang sadis time tu, dah la hujan. Nasib baik mama zura bagi pinjam helmet, jadi balik naik moto ke rumah yana dulu di Labu Besar, Kulim. 



Meredah hujan lebat sepanjang jalan, basah kuyup berdua, jalan yang rosak dan dipenuhi air bertakung. Memang banjir setiap jalan. Seumur hidup ini 1st time aku rasa susah dan bahaya yang teramat. Terpaksa tahan sejuk, air hujan tu bila kena kulit memang sakit. Jalannya masuk ladang kelapa sawit keluar pokok getah masuk kampung memang rasa tak mahu lagi pegi tempat tu. Bab jalan, eh asal ikut daerah Baling lepas tu masuk daerah Kulim. Memang jadi jakun atas moto. Tengok kenduri dalam estate. Bau wangi nasi minyak dari ladang. Betul la tempat sendiri tak sama dengan tempat orang. Walaupun aku sedar risiko accident tu amat tinggi tapi hanya tawakal semoga selamat sampai. Dalam keadaan mengigil tu aku takut sebenarnya. Pengalaman mengajar erti kepayahan.



Alhamdulillah, sejam perjalanan sampai dirumah Yana. Baju spare yang kering jadi basah dan terpaksa pakai baju lembab. Text mak minta bawak baju dan seluar lebih. Lagi sekali pertolongan datang, abang yana sudi nak hantarkan aku. Sampai di rumah, semua mak saudara tanya asal baju basah dengan pakai seluar tidur. Mereka bising sebab aku balik dalam keadaan hujan. Nak buat acano lagi, main redah jelah. Oke sebelum balik ke Butterworth dah plan nak keluar tengok wayang dengan Mr. Syammir. Rumah dia pun area Padang Serai. Boleh dikatakan dia berani datang pick up aku kat rumah kenduri.




Jurassic Park 3D mengisahkan para-para saintis yang ingin mengkaji Pulau Nubar yang dikatakan didiami makhluk species dinasour yang telah pupus. Seorang dermawan yang kaya dan sekumpulan saintis genetik telah mencipta satu taman tema klon dinasour, Jurassic Park. Taman tema ini diadakan untuk menjadi sebuah pulau lawatan terkenal kepada peminat-peminat dinasour di dunia. Namun perancangan tersebut gagal apabila mereka menjadi mangsa keganasan spesies itu. Keadaan menjadi buruk apabila sistem keselamatan taman tema dimatikan semasa pencurian embrio dinasour. Kesemua pagar elektrik taman tema telah ditutup dan seekor Tyrannosaurus Rex terlepas. 




Kali ini, cerita dikembalikan dalam format 3D dan diterbitkan untuk menyambut ulang tahun filem ini yang ke 20. Filem ini masih mengekalkan jalan cerita dan pelakon yang sama tetapi terdapat sedikit perubahan pada dinasour. Dinasour nampak lebih "real" dan seolah-olah ada bersama didalam filem. Jadi kepada peminat dinasour jangan lupa tengok versi 3D pulak ya. Maaf, dapat tengok separuh sebab mak gua kacau daun. Hihi.. Itulah gatal nak tengok wayang midnight sangat. Apapun sporting la beb! :) Sedar tak sedar sebelum kami keluar bersama nie dah masuk 2 bulan, 2 minggu tak jumpa sebenarnya. Ohh memang lama kan.


Terasa macam kat Lost World of Tambun pun ada.. Hee

16 comments:

  1. cm bestt jeee.. :)) tapi seram un ada je ..ekekeke >.<

    ReplyDelete
  2. Kesiannya dia bermandi kan air hujann. Nasib baik tak demam naa. Untung dpt tgk wayang walaupun separuh. Hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu.. Itu la nasib baik tak demam.
      Rugi duit sebab tengok separuh. haha

      Delete
  3. wah..seronok tengok jurassic park ye?

    ReplyDelete
  4. akak dah lama tak gi tgk cinema :)

    ReplyDelete
  5. dah lama akak tak tengok wayang..

    ReplyDelete
  6. wowwww.. mcm best :) fav movie sy ni

    ReplyDelete
  7. Cam best je versi 3D ni. Hehe~ Lama sangat tak tengok wayang. Masa study dulu boleh kata tetiap minggu keluar tengok movie. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..memang best aida. nampak real dinasour tu.
      Ohh sama la kita. hehe ;)

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com