Assalammualaikum buah hati.
Entry bergambar: hari raya pertama dan kedua :')
Baru ada masa sikit..sikit je untuk story hari raya tahun nie. hehe
3 hari sibuk beraya saja. Makan free la katakan.
Selamat hari raya semua! macam mana raya tahun nie? Oke ka? Aku punya oke lah, better than previous year as ramai saudara mara yang gather at one place untuk beraya macam tahun lepas dan tahun nie juga lebih bermakna bila aku kali pertama beraya bersama hijab. Tetap meriah! cuma raya tahun nie duit raya makin merosot. Mendadak weyh masa malam raya pertama sebelum tidur tu aku terbayang anak panah macam kat index bursa saham malaysia tu rajah turun mendadak. Haaa lebih kurang macam tu la. Hewhew..
Raya tahun nie pertama kali bangun awal dan bangun sendiri weyh. Alarm tak bunyi lagi tapi aku dah bangun. Ada perasaan bangga disitu. Suddenly bila gosok menggosok mata pintu terbuka dengan senyuman my mummy! hoho.. Tengok anak dara dah bangun sendiri sebabnya malam raya aku tidoq awal. Itu la pasalnya. Text masuk pon aku dah tak heran sebab mata dah terlelap. Syawal tahun ini menyaksikan pegaruh besar baju Peplum terhadap golongan wanita di Malaysia tapi masih belum mampu menyaingi baju kurung dan kebaya. Well, my faveret always Baju Kurung :)

Baju kurung moden kaki kembang ala Saloma by Salim Wahab D'Boutique
Menu hari raya pertama tahun nie mak dah tak buat lontong macam tahun lepas cuma menu tahun nie ialah nasi beriani bersama ayam masak merah ditambah kek pelangi buatan aku. Orang puji gebu kek tu. Haha. Makan sambil tengok rancangan tv drama OMG Hero Kampung kat tv3 tu. Tak sangka kawan kolej aku berlakon sebagai pelakon tambahan. Salute Deder ! Kalau sapa tengok ingat tak ada budak gegirl kat scene dalam bas kenyit mata dan scene budak menangis dalam rumah. Haa itu lah kawan sama course cuma kelas lain-lain. Lepas habis beraya, apa lagi petang tu tidoq la. Nak buat apa lagi. Heee...
Kek Pelangi by Me.. sedia untuk dimakan
Nasi Beriani + Ayam Masak Merah
Menu hari raya kedua pula bertempat di rumah Pak Long, menunya nasi beriani bersama ayam masak merah dan ayam goreng kampung (ayam kampung). Sedap lagi kazen aku buat air sirap limau. Perghh sedap sirap tu sebab limau banyak dan manis seperti orang yang membuat. Hehe.. Ayam kampung tu pula ialah ayam peliharaan anak pak long dimana 5 ekor disembelih untuk menjamu sedara mara. Aku tengok reban ayam ada pulak 5 ekor anak ayam belanda. Nice :)
Ini la rupa ayam kampung.. sama saja macam ayam biasa cuma isinya liat sikit
Aktiviti malam raya kedua pula, macam tahun lepas buat BBQ di rumah Mak Teh tapi tahun nie menunya Bihun Sup Ayam dimakan bersama Sambal Udang dan ayam panggang. Tapi aku prefer makan sup ayam dengan nasi panas-panas fuhhh sedap dengan ayam panggang tu. Dah puas makan, makan pulak ketupat palas dengan kuih kapit share dengan my pak long. Takut tak habis. Aku manja sebenarnya dan kalau di rumah sedara mara memang muka tak tau malu lah. Yelah buat apa nak malu, nak makan banyak mana pun orang tak marah. Itulah kesudahan menu yang aku makan selama 2 hari berturut-turut untuk raya tahun 2013.
Saudara Mara sebelah my mum.. raya dirumah Mak Lang at Nilam Baiduri, Kulim, Kedah.
Boleh tak nak sambung sikit part hari raya ketiga.. boleh la boleh la. Oke, harini dalam kul 10 pergi pula menjamu selera di rumah mak jang. Makan Roti Jala with Kari Ayam & Kuah Durian bersama Cucur Jagung. Makan puas-puas sebelum aku keluar dating raya dengan kengkawan. Tak sempat pun nak pegi open house rumah kawan kat Pokok Sena. Nantilah.. nak restkan perutku dulu.
Nampaknya raya tahun nie aku kerja makan AYAM selama 3 HARI berturut-turut. Hah Amekaw! Bulan puasa punya lah tak teringin nak makan ayam last-last ayam jugak menjadi menu untuk OMP iaitu Operasi Memboncitkan Perut! Aku tengok wayang Percy Jackson. Nanti lah part story penuh hari raya ketiga eh. Nak tidoq dulu. I need my beauty sleep. Ngeh..ngeh..
Tahun nie Merah Hati ❤
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN