16 Mar 2020

Baru KFC Zinger Cheezilla

Assalamualaikum Readers
 
 
Menu Baru KFC Zinger Cheezilla | Siapa yang perasan burger edisi terhad dari KFC ni? Sebut sahaja Zinger pasti ramai sudah teruja menantikan menu baharu yang akan 'kick' deria rasa semua. Nampaknya KFC mendengar permintaan pelanggannya untuk kembalikan semula menu ini dan menu terbaharu bermula 11 Februari 2020 untuk edisi terhad sahaja. Burger Zinger Cheezilla dikeluarkan semula selepas 2 tahun, merupakan burger kombinasi luar biasa filet Zinger Hot & Spicy disusun bersama kepingan keju mozarella yang digoreng.
 
 
KFC Zinger Cheezilla


 
 
 
2 kali Nina makan dan tak mengecewakan, tekak masing-masing tak sama sedangkan tunang dia rasa tak sesuai kombinasi Cheezilla tu, rasa pelik. Nak tahu kena cuba sendiri, Nina tak nak review lebih-lebih. Serius cakap, makan burger ni separuh pun dah rasa kenyang. Rasanya yang tak pedas disebabkan cheese yang penuh. Zinger Cheezilla ini diletakkan kepingan roti, kepingan isi ayam tanpa tulang, salad, mozzarella cheese, kepingan cheese dan sos cheese. Bayangkan ada 3 jenis cheese dalam 1 burger, tak rasa muak langsung.
 
 
 
Set A la carte (RM 19.50 upgrade air Milo, harga up sikit)
 
Cheese meleleh
 
Amat puas hati makan, ayam dan cheese padat dalam burger
 
 
 
KFC turut memperkenalkan menu baharu, Zinger Stacker (2 ketul filet Zinger Hot & Spicy dilimpahi sos keju Jalapeno dan Mayo, kepingan keju cheddar yang disusun bersama salad segar dan diapit kepingan ban bijan). Keduanya burger Zinger tetapi berbeza dengan penyediaan cheese yang berlebihan dan biasa. Kedua-dua menu ini dihidangkan A la carte atau kombo bersama fries dan juga minuman. Jadi siapa yang dah rasa tu, rasanya Cheezilla atau Stacker yang sedap? Nina tak cuba lagi stacker.              


5 comments:

  1. Saya berminat pula nak cuba burger Jalapeño Cheese

    ReplyDelete
  2. Tengok youtuber Isaac osman makan. Terasa nak try jugak!

    ReplyDelete
  3. dah lama sangat2 da tak makan burger KFC.. asyik ayam jaa hehe..

    ReplyDelete
  4. looks yummy...naseb baik kawasan rietta KFC sudi delivery...yg lain lain xsudi...katanya xmasuk kawasan liputan....

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com