3 Mar 2020

Resepi Ayam Buttermilk Mudah

Assalamualaikum Readers
 
 
Resepi Ayam Buttermilk Mudah | Resepi Chicken Buttermilk | Sempena mood kerajinan memasak datang bulan ni, marilah layan menu-menu yang boleh dimasak untuk bulan puasa yang akan datang. Wahh.. kena ganti puasa yang masih berbaki 3 hari. Haaa.. 3 hari je pun macam 3 bulan. Nak kawenkan kena lah asah skills memasak untuk lebih ummphhh. Nak dijadikan cerita, dah janji nak masakkan untuk tunang sabtu lepas tup tup kena pi ofis ada kerja tak settle. Apa lagi wasap Ahmad (tunang) suruh beli ayam, sekali beli 4 ketoi dada bersamaan 2 ayam. Hah amekaw!



Resepi Ayam Buttermilk Mudah

Chicken Buttermilk



Faktor utamanya ialah nak Ahmad asah skills jadi suami yang 'superboleh' . Boleh mintak beli macam-macam kalau nak suruh bini masak tapi haruslah berserta dengan gambar. Hehee. Silap beli naya. Ahmad nak makan gulai (kari) tapi sangkaan meleset, bukan gulai ayam tapi ayam buttermilk. Hahaha.. Sabtu depan pulak la. Stok ayam banyak. Jom layan resepi yang mudah dan lebih ringkas, bahan-bahan pun tak banyak.


 
Bahan-bahan nak masak ayam buttermilk
 
 
 
 
BAHAN-BAHAN AYAM :

 
500 gram isi ayam - potong kecil
1 pek tepung goreng berempah
 
 
 
Filet ayam yang siap digoreng
 
 
 
BAHAN-BAHAN BUTTERMILK :
 
 
4 Sudu besar mentega
6 Ulas bawang putih - dicincang
4-5 Tangkai cili padi - hiris halus
2 Tangkai daun kari
200 ml susu cair
1 1/2 sudu besar tepung jagung - (dibancuh sedikit air untuk pekatkan kuah)
Garam & gula secukupnya
Sedikit ajinomoto (penambah rasa)
Kacang gajus (optional)
 
 
 
CARA-CARANYA :
 
 
1. Masukkan 5 sudu besar serbuk tepung goreng berempah bersama air dan kacau rata kemudian masukkan isi ayam dan goreng sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing.
 
 
2. Selesai goreng kesemua ayam dan toskan.
 
 
3. Menggunakan kuali lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair.
 
 
4. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau dan bawang berwarna sedikit kekuningan.
 
 
5. Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan daun kari, garam, gula dan ajinomoto. Setelah secukup rasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
 
 
6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan siap!
 
 
SELAMAT MENCUBA


 

11 comments:

  1. mmg mudah menu ni tp slalunya buat udang

    ReplyDelete
  2. salam nina..

    this recipe mmg pilihan semua lah kan..

    ReplyDelete
  3. Beli banyak ayam tu suruh masak lagi tu.

    ReplyDelete
  4. lapar pulak bila tengok gambar tu

    ReplyDelete
  5. rajin ciksu masak ayam buttermilk .. ;p

    ReplyDelete
  6. Sodap.. sodap.. meh lah anta sini sikit..

    ReplyDelete
  7. Rajin betul Nina..
    Bahan-bahan mudah in shaa Allah sis cuba resepi ni satu hari nanti..

    ReplyDelete
  8. semalam nak buat guna udang, sekali pi kedai udang habis. hahaha tawa dalam tangisan :P T_T

    ReplyDelete
  9. mmg mudah tp slalunya buat udang buttermilk

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com