Penatnya baru sampai rumah. Tempuh bermacam-macam angin kencang. Akhirnya setelah sebelas hari menjadi warga Pulau Langkawi aku menjadi balik warga Pulau Pinang. Awesome bukan, aku cuma dapat post story yang tertangguh saja la, story yang terbaru maybe esok baru aku cerita kat korang eh. Dukacita dimaklumkan aku tersangat la rindukan Langkawi. Masa untuk balik rumah tapi kenangan kat sana tetap tak boleh lupa. Sedihnya nak tinggalkan kenangan kami bersama. Sob..sob.
Hari Ke 6
- Hari itu berakhirnya Latihan Pembentukan Usahawan Modul 1 bersama Dr. Ahmid. Sedihnya nak pisah dengan dia. Dalam banyak-banyak pakar motivasi dia la paling baik. Seronok 5 hari belajar tentang business dengan dia. Lepas pakar motivasi tu umumkan berakhirnya Pembelajaran Modul 1, aku dah terbayang nak shopping apa kat Pekan Kuah. Ofcos la coklat!
Gabungan geng2 KPTM dgn KPM
Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh
Kolej Professional MARA, Sri Iskandar
Mulut penuh dengan makanan sebelum jelajah Langkawi
My new buddies
Terjah ke Oriental Village Langkawi
Cantikkan kabus tu
Ada pameran bercuti ke Pulau Nami, Korea Selatan
Nak main dgn arnab? masuk free
Jom kita shopping!
Lunch first! wehooo
Nampak tak cable car tu?
Hari Ke 7
- Kami dapat pakar motivasi baru untuk Modul 2. Agak tak berapa best sebab penceramah nie tak pandai buat lawak macam penceramah Modul 1. Tapi tak kisah la janji tak marah-marah kalau kami tak buat keja kira-kira. Account weyh, memang aku tak suka. Pening kepala nak buat semua tu. Yang penting makanan taip-tiap hari sangat sedap, pelayan pon cantik dengan hensem. Hehe.
Setiap kali keluar bilik tengok pool nie dulu
Hari Ke 8
- Pagi tu kami semua main 1 permainan. Nama apa entah, aku pun dah lupa. Memang have fun la :) Paling suka bila waktu makan. Mesti siap awal-awal semata-mata nak tengok muka pelayan hotel. Tak kira la laki ke perempuan ke. Biasa la, sekarang banyak pelayan wanita dari Filipina. Datang bekerja di Langkawi sebab pertukaran pekerja untuk hotel masing-masing. Kiranya pekerja tetap di hotel tu kena transfer tukar ke Filipina. Jadi tiap-tiap hari jugak kami asyik cakap bahasa Tagalog. Macam nak mengorat awek Filipina pulak. Malam tu paling seronok sebab kami dapat tengok orang kawin. Memang yang kawin pon anak-anak datuk. Last-last kami kena makan kat atas sebab kat bawah cafe dengan lobby penuh dengan pemain kompang. Makan sambil cuci mata.
Cantikkan waitress nie. Kami panggil mamy Lara bak kata Adib. From Phillipines
Yeahh.. Kami selalu pakai sedondon.
Ini la game yang aku main tu. Kena kira nombor cepat2. Kalau lambat habis.
Meja gua..
Oke la setakat nie saja dulu storynya. Penat baru sampai rumah pon tak hilang lagi. Dah la naik ferry aku asyik rasa nak muntah tapi tak muntah-muntah pon. Tunggu part last untuk adventure di Langkawi selama 11 hari. Nak tidur dulu selamat malam semua :)
hai makwe! lama tak singgah sini hihi. rinduuu
ReplyDeleteAda orang tu pergi bercuti!!! ada ole-ole tak untuk elie? hahah.
ReplyDeleteBestnya.... yang paling best, pasal makan!! hhehehe
ReplyDeletehai awk.. first time terjah sini. btw dulu nanie belaja dip kolej profesional mara melaka. hehe
ReplyDeletesalam ukhuwah dr nanie ^_^
seronoknya ...lama kat langkawi.... byk shopping coklat tak?
ReplyDelete