29 Sept 2013

Kenangan Terakhir Bersama Tester JPJ

Assalammualaikum.



Meh nak sambung part last and the lastly. Akanku rindu segala kenangan bersama 5 tester JPJ semasa ujian nie. Yea, ini semua gara-gara lari dari Ujian Kelayakan pada tahun 2008. Eh.. bukan lari tapi sambung study time tu. Rekod lesen aku ada kat JPJ lagi rupanya. Ingatkan dah buang. Patut la JPJ minta balik lesen L yang dulu. Maybe mereka ingat lagi muka aku. Muka macam kanak-kanak riang lagi. Haha.. 



Alhamdulillah, hari test tu hujan lebat jadi kena tunggu hingga hujan renyai dan tapak test banjir. Bonus buat aku sebab break mengejut tak payah buat. Hoyehh.. Orang fail menjadi orang last kena test. Aku dengan Nani (kawan baru) sembang sakan. Malas nak layan perasaan gabra. Tengah sembang, tester kereta aku jalan depan kami nak pi sembang dengan tester moto. Lepas tu, tester suka main mata tu mai sembang dengan cikgu moto pula. Hai, mereka 2 orang nie tak test budak ujian kereta kah? Ke saja-saja.




Anak Panah: Tester kereta Bahagian III yang lawak tu


Tak apa la janji senyum lebar kat mereka berdua. Masa turn aku, Nani cakap kena buat break mengejut sebab jalan dah kering sikit. Bila dapat moto dari budak india lepas turn dia, boleh cakap pula moto tak best. Panas hati aku, saja buat takut. Naik titi terus pandang depan, dah la hujan renyai. Turun titi jeans aku basah kena air. Dah serupa redah dalam banjir. 


Kenangan first:

Sampai di petak break, break mengejut hingga tayar terseret dengan jalan yang licin sampaikan adik yang tunggu turn pun boleh terjerit tengok aku dah nak terjatuh. Cikgu pula marah dia sebab menjerit. Hahaha.. Serius lawak! Tengok muka tester, dia boleh senyum tapi muka pandang tempat lain. Hampeh betoi. Tester di sebelah pula buat-buat tak nampak, tester tu juga menjadi tester masa ujian bukit aritu. 



Begini la keadaan jalan masa break mengejut. Seram kalau terjatuh..


Kenangan kedua:



Bila cikgu suruh park moto tepi pondok tester lepas tu arah aku park moto kat tempat biasa pula. Geram pula kena main-main dengan cikgu! Arghh.. lagi basah jeans sebab tolak moto dalam air. Tester senyum saja. Ohhh.. saja nak kenakan aku lettew. Huhuuu 



Bawah pokok ni lah, kena main-main dengan cikgu. Terpaksa redah air bertakung pula tu


Kenangan ketiga: 


Patah balik ke pondok tester nak amik result. Hamboi tester hensem yang test dibukit tu bangun dan senyum lebar. Ermm.. ada satu macam short current la asyik pandang muka dia. Ada budak Cina datang baru aku nak sign kertas result tu. And..and abang test tu cakap lulus. Terima kasih! Dah la masa fail aritu dia cakap aku menangis.


Rasanya lepas ni takkan jumpa dah tester-tester sebab test dah lepas! Yeahhh... Merdeka, merdeka! Mesti rindu time kena test tu dengan lawak mereka. Kalau umur panjang boleh amik lesen lain pula. Hehe.. Sayonara I.D.I Driving Institute :) Tak lupa cikgu-cikgu yang mengajar. Mereka sentiasa di ingatan. Plan nak ajak makan nanti. Wee ~~



27 Sept 2013

Lulus Ujian Lesen Motosikal

Assalammualaikum.


Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya harini bertarikh 27 Sept, lulus juga test jpj moto buat kali yang ke 2. Kecewa sebab lesen P tak dapat keluar disebabkan test moto sangkut. Maka 2 minggu terpaksa tunggu untuk test semula lepas fail pada 13 Sept aritu. Kena repeat bahagian II yang mana aku fail kat titi. Salahkan moto sebab cikgu bagi moto buruk. Huwaaa sob..sob. Tak sangka ramai juga yang sangkut kat titi. Tak apa ada geng. Hehehe.. 



Titi yang jadi mimpi ngeri



Betul la kawan lesen kata test moto kadang-kadang rasa lagi susah dari kereta. Dah kena baruku pecaya. Memandangkan semasa hari kejadian, geng FAIL nie menjadi orang last yang di test. Time tunggu turn, ada la sorang kawan nie peramah dan kami sembang pasal study dan macam-macam topik la sebab nak buang perasaan takut siap bergelak sakan. 



Tak kuasa mak nak tampal kertas macam ni. Haha


Tengah sembang baru perasan pegawai jpj yang test aku kat bukit aritu jadi tester bahagian moto pula. Alahaii... Bukan itu saja datang tester kereta aku buat-buat sembang la disusuli tester hensem yang bermain mata. Ceritanya di entri "Kenangan Bersama Tester JPJ Dalam Ingatan" . Yelah tak dapat nak dinafikan kalau aku pass konfem muka yang comel nie tak datang driving school dah. Mesti mereka rindu nak mengusik lettew. Hahaha.. Perasan! It's oke senyum saja lah. Nanti 2 orang pegawai tu tak senang hati pula nak test orang amek test kereta. Oke lah, nanti sambung lain. Maybe blog nie next week baru start edit oleh cik Aimi. Sementara blog tengah sakit boleh la buat doodle Top Komen dan BW blog korang :)


24 Sept 2013

Sinopsis Drama Fira Ayuni (Samarinda TV3)

Assalammualaikum.


Harini bermulanya drama baru bersiri 15 episod. Peminat Azlee kena tengok la. Fira Ayuni mengisahkan perjalanan hidup anak tunggal dan manja berusia 21 tahun dalam keluarga ahli perniagaan, Datuk Fahmi dan Datin Shamsiah. Sejak kecil, Fira sudah menunjukkan minat pada bidang muzik. Fira boleh bermain piano sangat aktif dalam penciptaan lagu dan bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan seperti ayahnya dan melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan. 






Di kolej, Fira (Faralyna Idris) mempunyai seorang musuh iaitu seniornya, Duqqi Amani (Azlee Khairi). Sejak hari orientasi lagi Duqqi suka mencari pasal dengan Fira dan ikut saja arahan Duqqi yang menjadi fasilitator. Selepas orientasi, Fira berubah menjadi agresif dan melawan. Duqqi, 23, berasal dari keluarga berada yang memiliki perniagaan peralatan muzik di dalam dan luar negara disamping mempunyai galeri menjual alat muzik dan studio jamming. Perwatakan Duqqi bukanlah jahat tetapi dia sangat nakal. 




Kebahagiaan Fira mula direntap selepas ibunya meninggal dunia kerana kanser. Papanya tak dapat terima hakikat dan menyalahkan dirinya kerana terlalu sibuk dengan perniagaan. Beliau juga tidak mempedulikan Fira lagi. Fira merantau untuk mencari ketenangan dan merawat kembali hatinya hingga terjumpa bekas pengasuhnya dulu, Acik Hasnah. Fira menceritakan segala perkara dan menawarkan Fira untuk tinggal bersama dengannya serta membantu Fira mendapatkan kerja di Nusantara Holding milik Hadi Herwan, abang Duqqi. Pertama kali melihat Fira, telah terbit rasa cinta di hati Hadi. Perhatian Hadi sering dilebihkan pada Fira berbanding pekerja lain. Ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati Rozita. 




Rozita sukakan Hadi tapi cintanya tak terbalas. Oleh itu, Duqqi dan Fira ditangkap khalwat di studio jamming. Ketika itu, barulah Fira tahu Duqqi itu adik Hadi. Mereka dipaksa kahwin dan masing2 hidup berasingan kerana tiada cinta diantara mereka. Hadi terpaksa melepaskan cintanya. Walaupun Fira telah menjadi adik iparnya, perasaan Hadi terhadap Fira tak berubah. Dia tahu Fira tak bahagia, dia juga tahu layanan adiknya terhadap Fira. Apakah yang akan jadi seterusnya. Tak sabar nak tengok :) 


Paling suka dalam drama ni ialah 2 lagu temanya dari penyanyi baru Mafa (Vokal Bukan Sekadar Rupa). Kalau tak sempat tengok drama ni korang boleh tengok kat TONTON ! Paling tersentuh bila heroin drama ini di dalam dunia realiti, Faralyna telah kehilangan ibu kandungnya sejak berumur 14 tahun. Realitinya, dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Sedihkan..

Lagu Tema : Mafa - Tiba Mafa - Pintu Hati 


Fira Ayuni

setiap Isnin - Rabu pukul 10 malam hanya di TV3

23 Sept 2013

Wedding Photobooth

Assalammualaikum.


Wedding dan Photobooth Props tak dapat dipisahkan lagi. Kebanyakan pengantin suka buat photobooth untuk menjadi kenangan di hari bersejarah mereka bersama tetamu. Satu trend yang popular di kalangan pasangan pengantin adalah mengadakan gerai foto di majlis perkahwinan mereka. Trend dari overseas sudah mula menular ke Malaysia.  




Apa itu Photobooth? Ada orang sudah tau apa bendakah itu dan ada setengah tak tau langsung. Ia bukanlah booth makanan tetapi menjadi satu kegilaan buat para tetamu untuk mengambil gambar. Kalau ikutkan semua majlis boleh menggunakan Photobooth tapi di Malaysia hanya dapat jumpa di majlis perkahwinan. Ia ialah sejenis gerai foto yang menyediakan topeng custom-made, rambut palsu dan topi, misai palsu yang boleh diletakkan dihadapan muka sebelum mengambil gambar. 


Tujuan Photobooth ini hanyalah memberi kenangan kepada tetamu dan pengantin disaat menghadiri majlis perkahwinan. Photobooth juga menjadi souvenir di majlis perkahwinan tersebut. Tetamu seronok pengantin bahagia. Singaa.. menawan keluarga bahagia! 






Menjawab soalan dari blogger sis Kathy yang bertanyakan macam mana nak buat Photobooth Prop ini caranya mudah saja dan boleh buat sendiri mengikut kreativiti. Cuma perlu: 


- Cari Photobooth prop di internet dan print saja coraknya.
- Selepas print, potong gambar contohnya misai dan lekatkan pada kayu.
- Kayu boleh pilih sama ada nak beli ataupun guna saja lidi bunga telur dan lilit dengan tali 
  or renda.
- Bekas untuk meletak prop boleh cari gelas panjang ataupun botol Vsoy. 



Tadaaaa !! Senang saja nak buat. Janji kreatif  :)

21 Sept 2013

Reunion Sekolah Menengah

Assalammualaikum.


Akhirnya setelah sebulan pengantin kawen baru nak story part reunion bersama kawan skolah menengah di wedding aritu. Memandangkan esok kenduri di sebelah pihak lelaki di Batu Caves, Selangor. Tuan blog tak jadi pi sebabnya rumah housemate terlalu jauh antara Batu Caves - Bangsar. Jauhnyee.. Itu tak hadap jam lagi, lagi lagi naise. Reunion 1st time kami selepas tamat SPM. 5 tahun tak jumpa!


Oke la, back to previous.. Wedding kawan bulan lepas dihadiri dengan ramai kengkawan skolah, tak kira kelas mahupun sudah bertukar status menjadi isteri dan mak budak. Yea.. kami kami memang kelas lain tapi kalau bab kend
uri mesti excited nak datang. Agenda utamanya mesti la nak bergambar bersama pengantin di pelamin yang cantik. Tak pecaya?? Percayalah pengantin lelaki kena buli dengan aku untuk jadi photographer. Haha.. It's okay, Aiman tak kesah. Akceli ada juga kawan yang balik awal dan rugi tak join. Jom layan gambar gediks sampai muntah. Hihi 


Geng Form 2

Kiri - paling rapat    |    Kanan - gorgeous mom, still maintain. kawan dari skolah rendah 

Photographer by groom.. bila lagi nak buli kan? hihi

My yayunk a.k.a suka buli aku.. Nampak bunga lagi cantik dari kami

Kiri - bini orang nie     |     Kanan - digelar twin pelakon Eja

Who will be the next bride? Jeng.. jeng
Geng SMK Convent, Butterworth



Tamat sudah kisah perkahwinan kawanku ini.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat! :)
Tunggu kenduri orang lain pulak boleh huha huha.. 


19 Sept 2013

Gambar Hantu Loker

Assalammualaikum.


Bila ada orang search pasal hantu dalam google mesti nuffnang tunjukkan bukti. Terasa macam nak transform blog aku nie menjadi blog berhantu. Tak boleh bayangkan blog pinky jadi hitam legam dengan cerita-cerita seram dan gambar model rambut panjang yang tak reti nak salin baju. Korang nakkah? Terasa rugi pulak aku tak beranikan diri snap gambar hantu yang duduk dalam loker kat asrama dulu. Rugiiiinyaaaaa... rugi! Haha.. Nak turun dari katil time tu pun dah mengigil ada hati nak jadi macam Uncle Seekers. Rasanya tiada lagi orang jumpa hantu loker, tak dapat nak dipastikan "makhluk" apakah yang suka duduk dalam loker pelajar di asrama. Maybe toyol? Yang nak selongkar duit syiling atau pakaian sensor wanita. 


Ini rupanya hantu loker! haha


18 Sept 2013

Sinopsis Dalam Setiap Sujud

Assalammualaikum.


Baru malam nie habis marathon drama Dalam Setiap Sujud arahan pengarah Raja Ahmad Alauddin (director kesukaan). Walaupun drama dah lama tamat dari bulan Februari tapi baru sekarang dapat tengok full episod kat Tonton. Maklum la masa tu, aku baru start intern. Jadi sibuk dengan LI sampai tak tengok tv. Drama yang disiarkan pada 8 Jan lalu di TV9 itu. Tengok dengan khusyuk memandangkan hero heroinnya Azlee Khairi dan Nur Fathia. 




Seriusly, bila tengok drama ni baru aku tau siapa Keith Foo, yang menjadi sepupu kepada Irham dalam Love You Mr Arrogant. Rupanya, dia pelakon Malaysia yang sudah 10 tahun menetap di Indonesia. Jadi tak hairan la dalam drama ni, Keith fasih cakap indon dan terkejut kot tengok Keith solat dalam. Eh.. dia Islam ke?


Sinopsis :


Mengisahkan Hendra (Keith) yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogjakarta. Kehadiran Jannah (Fathia), sukarelawan dari Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihat kelembutan Jannah melayan anak kecilnya, Ilah.




Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah, bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee).




Sweetkan? Ohh melting.. haha



Malangnya, Fareez yang suka berfoya-foya tak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudah mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza Ul Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan nya lebih setaraf.


Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima piihan ibunya. Jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu, Fareez berjanji akan membuatkan Jannah terseksa hidup bersamanya. Sedangkan Hendra tak pernah melupakan Jannah. 


Bila tengok keseluruhan drama ni, segala persoalan terjawab. Jeng..jeng. Antaranya, status agama Keith. Lakonan Azlee dan Keith yang best dalam drama ni hingga mereka bergandingan dalam drama LYMA. Cayalah.. Kalau tengok watak Fareez dalam drama ni mesti rasa geram sebab dia sangat jahat dengan Jannah time honeymoon kat Indonesia. Ego yang tinggi. Last sekali, rindu juga kat bini. Rasa sejuk mata memandang masa scene solat tu. Berapa kali menangis sambil berdoa. Lastly, pura2 sakit. Hehe.. Kalau tak tengok lagi, boleh tengok di TONTON ! :)

17 Sept 2013

Tips Keluar Dari Hutang


Assalammualaikum.


Semua orang berhutang. Percaya? Tiada apa yang perlu dimalukan.


Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Yang penting, berhutang ikut kemampuan dan bukan berhutang mengikut kata orang. Apabila berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang yang berpanjangan. Bagi aku bila berhutang dan tak jelaskan hutang mesti hati tak tenteram. Hati takkan rasa senang selagi tak bayar hutang. Duit takkan datang dengan sendirinya selepas kita membaca doa. Namun Nabi s.a.w telah mengajar cara untuk keluar dari beban hutang. Iaitu 5 langkah yang perlu kita buat:

Tips Keluar Dari Hutang



1. Hilangkan perasaan susah dan sedih



Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini. Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana, ada di mana-mana hutangnya. Hutang sudah keliling pinggang.



2. Tanam sifat rajin


Setelah berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin. Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.  Harus rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan. Tiada alasan, itu harus diikhtiarkan.




3. Menjadi berani dan banyak bersedekah


Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani. Jika gaji anda tidak mencukupi untuk keperluan hidup, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Yang paling penting, mesti berani dalam bisnes. Namun kebanyakan kita tidak berani sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.

Dan pada masa yang sama, banyakkan memberi sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang.. Jangan jadi bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang. Give first, earn later.



4. Bayar hutang secara sistematik


Apabila kita telah membuat 3 langkah awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat. 3 langkah sebelum ini menjadikan kita ada pendapatan lebih.

Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang dengan cepat.



5. Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang


Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan membantu dengan caraNya, bertawakallah dengan berusaha. 



Sumber: FB

15 Sept 2013

Dilema Kaki Molek Memilih Kasut

Assalammualaikum.


Selamat bercuti buat semua sempena Hari Malaysia yang ke 50! Yea, aku memang bercuti panjang mesti ada saja plan nak dibuat. Harini nak share perasaan diri sendiri yang dilihat sebagai seorang yang kurus berkaki panjang menemani kawan berbadan kecil molek mencari kasutnya. Ini entry meluahkan perasaan kesian. Sob..sob. Saiz badan tidak menunjukkan usia. Pernah tengok? saiz kasut macam budak skolah. Memang best je kan, tak payah risau gemuk ke apa. Itulah untungnya kawanku. Kecil molek orangnya dan bila bergambar rupa aku dah macam mak orang -____-"



Alkisah.. ingatkan hanya diriku saja yang mengalami masalah membeli kasut rupanya kami berdua dalam dilema dengan "KASUT" . Selalu beli kasut mesti salesgirl cakap saiz kaki aku (saiz 7) dah habis. Cari kasut saiz 4 pun takda. Pusing 1 Sunway Carnival semua kedai takda jual saiz 4. Sadissnyaa hidup.. Disitu lah bermulanya angan-angan Mat Jenin Mizz Nina yang nak buka kilang kasut sendiri. Nak buat saiz 4 dengan 7 saja. Haha..  




Hey kamu yang berkaki kecil, marilah baca berita gembira ini! Kalau berkenan, cepat masuk meminang. Toksah bawak dulang ke bunga rampai ke cuma singgah la ke Priceless Shoes! Di butik ini menjual fesyen kasut terkini dari rak kasut saiz 1 (kanak2) hingga saiz 9. Rambang mata aku tengok kasut-kasut kat situ. Kalaulah aku kaya! Mau jadi tokey kedai.. 


Tadaaa jumpa pun

*
*
*

Comel lote kan? Hihi . Aku kalau pilih mesti ada pink 

Suka susunan kasut dalam rak tu.. wahh *mata bersinar-sinar



Tapi hakikatnya, si kecil molek ini sentiasa dalam dilemma. Kenapa?? 



1) Bila berjumpa dengan rakan taulan ibu bapa, akan ada soalan yang ditanya contohnya: Ni skolah lagi ke? form berapa? Sedihkan rasanya walaupun dah kerja tapi mereka awet muda sebenarnya :)


2) Bila nak beli kasut, mesti kena cari saiz kanak-kanak yang mesti coraknya berkerlipan *twinkle twinkle little star


3) Dipandang rendah sebab salesgirl mesti gelak bila nak shopping kasut. Badan kecil molek mesti gaya macam orang tak kerja lagi. 


Tumpang lalu ~~~ Takmo sedih-sedih pasal kasut


Ohh pujaan hatiku akhirnya kita berjumpa juga harini. 
Sebelum raya aku dah mengidam.. Whooper Jr + Cheese 



p/s: Teringat arwah tok yang berkaki molek

14 Sept 2013

Cantik Doodle Dari Deno

Assalammualaikum.


Berminat nak tempah doodle? Tengok sini "Tempahan : Doodle Niena". 1st time tempah kat Deno dan hasilnya tetap cantik. Harga pun berpatutan hanya RM 10. Murah dan deno akan buat seperti yang diminta. Nak tempah boleh pm di fb Blog Dayang Deno . Doodle deno dah upgrade tau. Dulu tempah doodle pegang bunga lepas tu lupa nak beritahu nina dah bank in. Small matter jelah deno :) 


DAHULU




SEKARANG

Klik pic untuk tengok tempahan doodle lain


PEMBERITAHUAN:
Tengah bercadang nak beri doodle buat 10 Top Komentator. Jeng..jeng. Terima kasih blogger sis Kathy yang sudi memberi idea dan tunjuk ajar ;) 

12 Sept 2013

Misteri Volkswagen Kuning

Assalammualaikum.

Malam ni malam Jumaat kan? Malam jumaat mesti orang takut. Siapa berani.. jom ton..ton movie seramm. Hahaha. Meh rumah nina.. banyak movie seram housemate bagi tapi tak tengok lagi. Penakut! Bukan penakut tapi takut kena tengking dengan ayah kalau tengok malam, tengok siang tak apa kalau nak menjerit pun -_____-" Malam ni layan kisah kereta kuning. Kalau nampak kereta Volkswagen tengah malam jangan pandang kanan taw. Pandang depan je. Siapa pernah jumpa kereta tu kat highway?? Kalau nampak takda no plat baca doa. 


Tesco Ipoh, 4 Nov 2012, 11:54 pg


Masyarakat suka dengar kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang berhantu, yang sering menganggu perjalanan di lebuhraya Karak dan Terowong Menora, Jelapang, Ipoh. Kereta ini menganggu kenderaan sejak tahun 1956. Dipercayai bermula selepas si isteri membunuh suaminya dengan kejam dan merampas kereta Volkswagen milik suaminya. Kalau siapa pernah kacau itu dinamakan jin. Orang pernah kata dengar pemanggil "Volkswagen" ni call radio THR lewat malam satu masa dulu. "Dia" cerita tengah memandu 'kereta' dan terus jatuh gaung.. kemudian talian terputus serta merta apabila DJ tanya bagaimana boleh call radio sedangkan sudah jatuh gaung?? "lelaki" tersebut ketawa sinis. Wahh.. hantu dah pandai call orang. Lawak tak? Nak baca lebih lanjut klik "Misteri Volkswagen Kuning dan Gangguan Di Jalan" .  


11 Sept 2013

Terima Kasih Blogger

Assalammualaikum.


Sejak menceburkan diri ke dunia blog ia nyata berbeza. Cewahh ada gaya dialog Fareeda pulak. Straight to the point jelah ye, tahun ni memang tak sangka dapat macam-macam dari blogger. Syukur, Alhamdulillah ini yang dikatakan rezeki berblogging agaknya. Nak ucapkan terima kasih kepada 2 blogger iaitu Kathy dan PCL kerana sudi memberi penanda buku dan memilih sebagai pemenang bagi Segmen MamaD tu. 




Penanda buku comel merah nie hadiah dari blogger Kathy R'Bain buat 10 orang juri untuk blognya. Terima kasih banyak kerana pos dari jauh. Semoga murah rezeki Kathy sekeluarga dan semoga anaknya berjaya dalam peperiksaan UPSR tahun ini :) 


Kedua pula, dipilih untuk Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D anjuran PCL tempoh hari. Pemenang kategori 2. Ohh.. acane boleh taip ayat ucapan sebegitu. Tahniah buat pemenang-pemenang yang lain. Terima kasih PCL :) 






Boleh sesiapa terangkan kenapa jadi begini? Pernah tak blog korang ada LIMIT.. sedihhhh
Sabar ya new followers :'(



Gambar Ukiran Buah

Assalammualaikum.


Alangkah bestnya dapat minum jus buah-buahan kan? Feeling-feeling kononnya tengah sedut orange juice siap ada hiasan payung kat tepi pantai. Mau kena lempang kalau berangan ke laut. Herher...


#1


#2


#3


#4


#5


#6

9 Sept 2013

Happy Birthday My Blog

Assalammualaikum.


Harini my bloggie sudah genap 3 tahun rupanya. Sejak mula merepek dan merapu start tahun 2010. Ika, orang pertama tunjukkan blog yang aku rasa paling cantik. Blog Irine Nadia Marcello berjaya menarik hati nak buat blog. Tengs to Ika, budak kelas sem 1 yang tunjukkan betapa bestnya blogging ketika dalam lab. Tengok blog kawan sendiri pun cantik dan lepas habis kelas programming, balik hostel terus buat. Punya excited nak ada blog sendiri. Tak sangka buat sendiri blog dan belajar dari tutorial. Nama asal diberi prettydollie-truestory.blogspot, panjang dan akhirnya tahun ini nama ditukar selepas geram dengan stalker. Maka, nama lynathegojes diberi. Mesti orang pelik blog nama lyna tapi tuan blog nama nina. Maaf, tuan blog bukan lah seorang yang gojes apatah lagi sombong. Lyna itu pulak, nama panggilan di sebelah family ayah.  


Aku pun sudah terjebak ikut Ika yang gemar cerita story love dia. Time tu, bekas boyfriend pun suka sangat baca. Kalau ada story baru mesti bagi tau dan dia akan baca. Entry pertama "Am I Now A Blogger?" . Makin lama makin rajin blogging. Rasa seronok boleh baca blog orang. Dan ada juga blogger peramah dan kami berkawan hingga sekarang walaupun tak jumpa face-to-face. Walaupun ada kawan blogger yang dah malas nak berblog tapi aku masih lagi sayangkan blog sendiri. Harap-harap saudara mara tak jumpa dan baca blog nie. Cukuplah kawan-kawan dan ibu sendiri yang baca. Ngeh..ngeh. 
Tujuan buat blog hanyalah nak cerita kisah hidup sendiri, nak luahkan perasaan aku nie yang jauh dari keluarga. Pada mulanya aku ingat takda siapa nak baca apatah lagi nak follow? Lama-lama makin ramai followers. Takda niat pun berblog kerana nak popular, nak buat Nuffnang pun tak pandai lagi time tu. Sentiasa menghargai followers.. Sayang mereka semua. 


p/s: Nanti nina follow blog followers baru eh dengan ucapan terima kasih daun keladi :) 

8 Sept 2013

Kenangan Bersama Tester JPJ

Assalammualaikum buah hati.


Kenangan yang lucu dan dapat menutup gabra aku sebenarnya walaupun nampak agak poyo. Sambungan dari kisah "Lulus Test JPJ Kereta ! Yeayyy". Ada 2 kenangan untuk Bahagian II dan III. Tester pun ada juga yang suka mengusik. Jeng.. jeng.


Kenangan Bahagian II: 


Sampai di bukit, tunggu giliran yang panjang. Aku dah bersyukur sangat dapat kereta baru untuk test. Dalam kereta, punya baca segala macam doa. Baca sampai tiba giliran aku. Dari jauh nampak tester hensem yang beri ceramah dan aku tanya soalan kat dia. Mesti tester tu gelak tengok budak ni baca doa, baca jampi ke apa dengan mulut terkumat-kamit. Naik bukit, tester tengok je muka, ingatkan tayar depan tak masuk petak. Lepas tu angkat tangan dan tarik handbrek. Masa nak turun bukit baru nak tanya "No berapa?". Hensem sangat sebab tu asyik pandang pegawai jpj. Haha..




Bukit

Parking

3 Penjuru


Kenangan Bahagian III (Jalanraya): 


Orang kata, hari test pun gegirls pakai make up. Dari no giliran 40-48 semuanya girls. Budak sebelah siap pakai mascara, eyeliner. 7 orang gegirls semua dok sebaris didepan tunggu tester. Jiran aku tu no 32, dah terlepas ke mana. Niat dihati nak pass bukan dengan cara menggoda, menggatal dan seangkatan tapi biarlah pass dengan ikhlas. No 42 (aku), 46 & 47, tak buat test ikut giliran. Pelik kenapakah no 41 ke 43 dan seterusnya. Nampaknya borang jpj aku di tempat lain. Aku dan budak 46, rapat time ujian kelayakan. Punya sembang, gelak selama sejam depan pintu masuk bilik jpj sampai dia nampak tester hensem lagi. Memey hensem walaupun 40'an. Kami menjadi agak 'gatai merenyam' senyum kat tester tu. Kawan aku berharap sangat si hensem jadi tester dia. 


Pintu masuk driving school


Motif kami sembang hanyalah pasal tester. Nak tengok tester mana yang garang, yang tak serius mukanya. Hamboii macam boleh pilih. Siap baca doa minta dapat tester yang baik. Usha dalam bilik jpj ada 2 orang. Sayangnya bila turn kami, kawan naik kereta lain, tengok je tester hensem dengan budak lelaki. Rupanya tester dalam bilik jpj. Baru perasan dia dok dalam bilik sejak aku pass bahagian II. Malunya kalau dia dengar apa yang aku sembangkan. Maknanya tester tu tengok perangai aku kat luar bilik. OMG! Terasa macam 'dipilih'kah? Kereta test park bawah pokok je. Masuk kereta tau kami cakap apa:       


Tester JPJ: "Kita ikut jalan C" (C means jalan yang selalu ditest. Terima kasih tester tolong halakan aircond ke arah aku walaupun tingkap dibuka. Kerlass tau)
Aku: (Buat 5 step) "Encik.. encik.. encik (3x) boleh tak nak betolkan side mirror kiri?
Tester: "Silakan" (Aku tak berani tengok muka dia tengah senyum. Kereta pulak takmo jalan)
Tester: "Adik angkat cluch lagi sikit" (bila kereta jalan) "Haa.. macam tu la" 


2x simpang dan 1 selekoh.. 


Tester: "Takda kereta jalan ja, laju sikit. Ini bukan latihan, ini test. Kena laju"
Aku: "Baik Encik" (dengan senyum kambing) 


Berhenti di selekoh nampak kawan kat depan. Syok sikit. Start keluar selekoh tu tester dah start tanya macam-macam...



Tester: "Laju sikit ini 23 tahun yang bawa" (Mak aii tengok habis tarikh lahir aku) 
Tester: "Tahun awak lahir tu saya dah dapat lesen kereta tau" (Dalam otak, tengah buat calculation)
Tester: "Awak dah kerja ke?"
Aku: "Sebenarnya saya tunggu nak sambung degree"
Tester: (Tersenyap bila dengar jawapan, lepas tu baru cakap).. "Awak punya kaki panjang sangat. Tak sakit kena dashboard, nak masuk gear pun susah ja?" (Tester tengok dari kaki ke atas nampak.. Mula rasa tak selesa. Haha)
Aku: (Senyum saja) "Tak apa, dah selesa macam ni. Lutut oke ja"
Tester: "Kena apa kat tangan tu, kucing cakaq?"
Aku: (Terkebil-kebil tengok tangan, tak sedar ada luka)
Tester: "Tangan kena cakaq kucing ka? Bergadoh dengan kucing? (Sejak bila rumah aku bela kucing.. Meowww)
Aku: "Ohh.. saya tak perasan pun luka ni. Sebenarnya saya garu kot. Saya kalau nyamuk gigit memang tak tahan (rasanya kena duri bunga rose)
Tester: "Saya pun tak tahan kalau nyamuk gigit" (Tergelak aku.. Haha)


Nasib baik masa berhenti di trafic light tester dah tak tanya soalan. Masa belok, nampak tangan dia cuba nak tolong aku belok. Dalam hati tak apa encik dah masuk kawasan JPJ pun. Hee.. Geram dengan kereta plat KDP 8*** suka-suka hati pilih parking. Ada saja yang tak kena. Aku yang dibelakang sabo jelah.


Tester: "Adik bawa la tengah-tengah sikit, tak payah tepi sangat" (Otw masuk pintu driving school kereta berselisih dengan kereta tester hensem. Senyum menggoda la buat kali terakhir. Haha)
Tester: (Beri isyarat berhenti) "Awak sign kat sini" (tengok markah 17/20)
Aku: (Dah habis sign, pen takmo bagi balik. Blurr) "Terima kasih Encik" (Yang penting free gear dan tarik handbrek macam cikgu mama ajar)


Sampai driving school. Jumpa kerani untuk bagi result dan memulangkan ic dan lesen. Tahniah.. Boleh refer skolah memandu ya. Sembang lagi dengan kawan sesi II. Kesian kena tunggu 2 jam, lepas solat Jumaat baru start. Diorang siap tanya tips-tips. Ada lagi 2 3 budak lelaki yang tumpang sekaki dengar dan aku pun balik bersama jiran dan abang van. Tak sangka van berselisih dengan kereta tester aku, tester pandang tengok pulak. Bye testerku.. Terima kasih ^____^ Oke, habis sudah story test jpj kereta yang panjang berjala ini. Tunggu test jpj moto pulak. Boleh jumpa tester lagi. Haha... 
     

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com