13 February 2018

Sunway Hotel @ Seberang Jaya, Penang

Assalamualaikum Readers 😀


Sunway Hotel Seberang Jaya | Nama saja hotel dekat dengan rumah memang tak pernah stay even 1 malam pun 😅😂 Maceh Blogger Anies all the way from KL nak jumpa, sebenarnya p dating dulu 😆👫 Hahaha janji ada orang taja bilik hotel 1 malam.


Nama pun rajin, mesti buat entri review hotel. Recommended untuk sesiapa yang plan nak turun Penang. Boleh usha booking.com mana tau dapat harga murah macam Anies.


Bilik di tingkat 3

Tandas yang bersih, luas, air laju dan segalanya lengkap

Sabun di bilik mandi sabun. Nyanyi sambil gosok gigi

Sambil melabur borak telefon. Hahah kelakar telefon tu untuk apa letak disitu

Kebahagiaan terpancar tengok iron dan iron board

Kettle dan peti ais (dalam kabinet)

Kemudahan lain seperti tv, meja study dan kerusi

Tilam dan bantal yang empuk, lena tidur orang sebelah. Haha. Deco tak terlalu sesak dan simple

Paling suka cermin besaq ni. Ada 3 cermin boleh pilih nak mana 1. Nak makeup kena lighting secukupnya

Kotak tu berisi biskut kacang

Jeng.. Jeng

View depan hotel menghadap Hotel The Light & KWSP. Kalau menginap di sebelah belakang nampak bangunan kedai dan Sunway Convention Center


Makanan sedap, macam-macam ada. Nasi lemak paling top. Ruang lobi dan dining hall tak sempat nak snap, bateri fon tengah cas.


Receptionist memang peramah, Anies siap pinjam charger fon. Parking percuma bagi yang stay sini dan hotel dekat dengan Sunway Carnival Mall. Hotel ni memang best. Puas hati dan verangan nak stay sini lagi. Feeling vacay 20km dari rumah 😁😁


11 comments:

Shesyira As said...

Study dekat Penang selalu lalu je hahaha. Cantik jugak hotel ni.Kalau ada event dekat utara nanti boleh la try

Hans said...

cantik lah hotel nih
luas pun luas

Raydah said...

nice la. oh and btw i love ur watermark logo. cute je

nohas said...

foods at hotel 4/5-star mmg best..iron & iron board dah siap ada dlm bilik mmg mmbahagiakan..selalu guna sejadah buat alas bila nk iron baju..huhu..

Siti Yang Menaip said...

penah stay skali je mak kursus kami amek chance la golek2.. hehe.. study nak pegi next trip leeetew =D

Nona Qiyah said...

Bolehhh, bolehh singgah ni nampaknya..kalau ke sana one day...Thanks review, harga camne??

alia farhan Said said...

Amboiii..ni dekat sgt dengan rumah nina ni...ada swimmin pool dak nina?

dear anies said...

sama2 kasih eh eh ;-)

galaksi viral said...

Memang cantik hotel ini. Tapi mmg kelakar tetiba ada phone kat area tak relevan tu. huhu.

hidayu ayumie said...

cantik..
tp motif btl ltk tepon dlm bilik air..
mingkin takot time mandi xdgr bunyi tepon kott.
tu yang kene letak dlm bilik air

hainom OKje said...

Entah bila lagilah nak ke Penang agaknya.... Berapa semlm tu Nina

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com