6 Sept 2018

Review Filem : The Spy Who Dumped Me

Assalamualaikum Readers
 
 
Review Filem The Spy Who Dumped Me | Movie ke 2 lepas tengok Hantu Kak Limah pada hari yang sama, 12 Ogos lepas. Hehehe.. Marathon movie betul. Nina akan layan movie yang kelakar saja, yelah nak hilangkan stress kerja bla bla.. Movie ni kelakar juga tapi dalam masa yang sama scene bangang2 pun banyak.


 
 
 
SINOPSIS THE SPY WHO DUMPED ME




Mengisahkan Audrey (Mila Kunis) membuang segala barang peribadi bekas boyfriendnya selepas break up melalui mesej. Tanpa mengetahui, boyfriendnya, Drew seorang ejen kerajaan, kiranya spy. Drew berjanji akan pulang dan meminta supaya Audrey tak bakar barangnya.



Semasa bekerja, Audrey digoda seorang lelaki yang meminta dia teman ke keretanya dan kemudian diculik masuk ke dalam van oleh Sebastian Henshaw, dimana Audrey mengetahui Drew bekerja untuk CIA dan telah hilang. Audrey pulang dan memberitahu kawan baiknya, Morgan. Drew pulang ke rumah Audrey untuk mendapatkan trofi (tersimpan pendrive). Kemudian, rumah diserang hendap dan Drew mati. Dia meminta Audrey membawa trofi ke Vienna dan serah pada seseorang.



Drew
 
Sebastian. Awat handsome
 
Melarikan diri. Morgan ni gila tau
 


Audrey dan Morgan tiba di café yang diberitahu oleh Drew. Sebastian muncul dan meminta trofi dari Audrey sebelum seluruh cafe diserang. Audrey dan Morgan melarikan diri ke Prague bersama trofi. Morgan call ibu bapanya dan mereka suggest untuk tinggal bersama Roger, kawan bapanya. Mereka juga berjaya mencuri sepasang passport untuk ke Prague. Audrey sedar "Roger" sebenarnya telah mati dan penculik mereka hanya mahukan trofi itu. Audrey cuba masukkan pendrive ke mulut Morgan tapi tak berjaya. Mereka ditahan di gudang dan diseksa oleh Nadedja, ahli gimnas Rusia / pembunuh yang dilatih oleh pasangan yang mengaku sebagai ibu bapa Drew. Mereka diselamatkan oleh Sebastian dan membawa bertemu bosnya di Paris, disitu mereka tahu Sebastian dan Drew orang CIA & MI6. Mereka diberi tiket untuk pulang ke Amerika.


Melarikan diri dan curi kereta orang tua di Prague
 
Audrey tak reti drive kereta manual. Hahaha

Diculik. Sakit kena tendang kat hidung

Nadedja




Dalam perjalanan ke airport, Sebastian menerangkan bahawa "parents" Drew adalah penjahat. Drew berunding untuk menjual pendrive kepada mereka. Audrey mula mempercayai Sebastian dan mengaku pendrive masih ada padanya dan disembunyikan didalam vagina (kat sini gelak habis) . Sebastian berjaya membuka password pendrive dan mendapati segala maklumat berkenaan saham. Mereka menginap di motel dan diserang oleg Duffer, rakan sekerja Sebastian, rupanya ingin mendapatkan pendrive dan menjualnya. Mereka diselamatkan oleh rakan sebilik yang menyangka Duffer perompak.



Sebastian dah suka sejak kali pertama tengok Audrey

Akhirnya impian Morgan nak jadi spy berjaya




Menggunakan handphone Duffer, mereka dapat menjejaki Nadedja dan gengnya dan berpura-pura ke parti untuk menjual pendrive. Kerana perjanjian itu, Audrey dan Sebastian menyamar sebagai duta Kanada dan isterinya sementara Morgan menjadi ahli sarkas. Sebastian diserang oleh Drew yang masih hidup, Morgan berjaya membunuh Nadedja pada ayunan akrobatik. Sebastian dan Drew masing-masing menuduh untuk membuat Audrey keliru. Drew menembak Sebastian dan Audrey berpura-pura sayang Drew sebelum merampas pistol. Ketika Drew cuba menyerang Audrey, Morgan datang dan membaling bongkah kayu kepadanya. Morgan meminta kepada bos Sebastian untuk menjadi spy MI6. Audrey dan Sebastian jatuh cinta. Setahun kemudian, mereka dalam misi di Jepun. Ada part 2 ke?



🌟🌟🌟🌟🌟



4 comments:

  1. Akak renung je muka Sebastian tu - mcm kenal...rupanya hero Outlander pulak! Sayang, akak terlepas crita ni.

    ReplyDelete
  2. macam best je, sha suka jugak cerita kelakar klau tgok wayang. nak tgok cerita sedih kena sorang sorang hahaha

    ReplyDelete
  3. dah lama xtgk milla kunis kt layar perak

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. mesti lawak habis cerita ini.. Bolehlah Sha tengok nanti..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com