16 Apr 2020

Resepi Aglio Olio Simple

Assalamualaikum Readers 🙋🏻‍♀️👩🏽‍🍳


Resepi Aglio Olio Simple | Menu yang dimasak pada hari MCO ke 24, Jumaat lepas tapi kita peram dulu dalam fon. Naik juling gambar makanan banyak sangat. Nina nak share sementara masih cuti. Dalam tempoh MCO, hari-hari tukar menu, melayu ke western dan rotate hingga jemu tapi nak hidup kena lah makan. Duduk rumah lama-lama pun boleh stress, harap tak bercakap dengan dinding la 😂😂 Aglio Olio ni dah lama nak buat, 3 hari sebelum mula PKP ada makan di satu restoran tapi rasanya tawar 😒 Terpaksa minta garam halus. 



Aglio Olio simple



Aglio Olio ni bahan utama cuma seafood. Campak lah seafood sikit ke banyak tetap sedap, janji kena pedas mabeles. Nina godek dalam fridge ada udang dengan sotong, jadi lah. Mak pula suka buat stok dan peram, last-last lupa apa yang dia beli 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Dah tak muat baru nak buat spot check. Okay, meh nak share tapi tak meriah sangat macam makan di luar. Janji sedap dan halal toyyiban 😬



Nina paling suka makan aglio olio sebab tak perlu guna minyak yang banyak


Letak cendawan butang sikit 




Bahan-bahan :


Spaghetti (ikut suka)
Seafood (7 ekor udang dan 4 ekor sotong pun boleh kalau tak ada kupang)
2 Ulas bawang putih (dicincang)
1 Ulas bawang merah (optional)
1 sudu kecil lada sulah
4 Ketul cendawan butang (dalam tin)
2 Sudu besar butter / minyak zaitun
1-2 batang cili padi
Serbuk cili atau cili flakes
Garam secukup rasa



Cara-caranya :


1. Rebuskan spaghetti (jangan sampai kembang)


2. Panaskan 2 sudu besar butter. Guna minyak biasa pun boleh. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Guna api sederhana.


3. Masukkan bahan-bahan seafood. Biarkan sehingga tukar warna.


4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan garam secukupnya. Dah sebati kesemua bahan boleh masukkan spaghetti dan gaul. 


Yeahh siap Aglio Olio versi PKP 😝😝😝 



6 comments:

  1. Haaaa..tgok entry ni akak baru teringat semalam masa pi beli barang dapur akak nak beli spaghetti la..lupa plak...baru teringat ni...

    ReplyDelete
  2. sedap nampak .. boleh try nanti ^_^

    ReplyDelete
  3. sedap ni. lama tak makan spaghetti :') Sebelum ni, kalau mknn western/ mediterranean, saya selalu makan luar je hehehe

    ReplyDelete
  4. meriahnya aglio olio Nina , berselera kak ana tengok :)

    ReplyDelete
  5. Paling suka. Tp dikedai sllu rasa tawar pdahal senang je bt. Klo sy suka ltk cili kering dn bwg putih byk. Aroma tu yg best.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com