9 May 2022

Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2022

 Assalamualaikum Readers


Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2022 | Agak huru hara raya tahun ni, persediaan nak buat juadah hari raya agak kelam kabut. Kesian MIL masak sampai ke pagi. Masa pengumuman raya, kami ada di hotel Aunty Da (makcik hubby) baru lepas solat. Dia pun baru sampai Penang, balik naik flight dari KL. Ikutkan plan 3 Mei baru kami stay di homestay Batu Feringghi 😂


Kami laki bini berdesup pi ambil daging, ayam dan kambing di restoran Kapitan. Nasib baik hubby kawan baik dengan pekerja disitu. Terus ke rumah cousin ambil ketupat palas. Balik rumah rushing iron baju 3 beranak pulak 😂 Telefon mak, dia pun dalam mood terkejut. Ayam masih beku di fridge. Haha. Orang utara kata bukan kalut buat kerja tapi kalut bercakap. Nina dan hubby kalut membeli dari 27 haribulan lagi. 



27 April (Rabu)


- Baru ada masa keluar berdua beli pakaian raya, itu pun sorang tak ada size, sorang tak jumpa kasut raya, baju anak tak beli lagi. Pi Gurney Plaza naik moto lepas berbuka tak kalut cari parking. Kesian hubby nak beli seluar brand Industries sampai ke sudah stok di semua outlet habis! Hampa rasa?? 3 mall cari memang surrender. 


Hubby pilih untuk bini (kesemua 3 helai RM 147), 1 baju untuk dia (Valentino Rudy - RM 50.70)


28 April (Khamis)


- Hubby baru renew lesen 😂 Dari bulan 2 memandu secara haram. Urusan di JPJ slow, ada 10 kaunter tapi buka 2 saja, dengan kerja lagi. Tak ada masa. Waktu lunch jumpa di GAMA (area komtar) beli baju tidur anak dengan kasut raya. Ingatkan tak ramai orang tapi ramai jugak. Bayar zakat pun hari yang sama, hubby kata dah tak ramai.


Baju tidur Harraz banyak yang dah ketat. Nasib jumpa size yang lebih besaq, harga pun besaq. 2 pcs untuk RM 59

Baju jalan banyak dah, baju tidur yang tak banyak. 2 helai beli di Little Precious RM 38

SALE sana sini. Hasil tangkapan di GAMA. Larrie RM 109, Carlo Rino RM 99



30 April (Sabtu)


- Bangun awal pagi, mandikan Harraz dulu. Baru pickup mak bawa pi market Seberang Jaya. Nak cari daun palas, dodol, beli ayam, ikan, kuih raya traditional. Nina hanya beli bunga api dan mercun 😂 Dia punya feeling raya tu lain macam. Edisi petang, bersihkan kubur-kubur arwah tok dan nenek sebelah mak. Selalunya kami akan bersihkan sehari sebelum raya sebab pagi raya memang crowded.



Ini tapai. Susah nak jumpa



Habis dekat RM 26

Laki hang pi ambik moto customer, cari kain buruk kat rumah MIL juga. Ignore ja bonet yang penuh barang tu. Nasib keta kecik kalau keta besaq lagi banyak barang agaknya




Misi mencari pokok-pokok untuk ditanam lepas raya ni




2 Mei (Isnin - 1 Syawal)


- Kelam kabut siapkan anak, nak solat hari raya pun tak dapat sebab Harraz buat perangai. Dah siap pakai baju sedondon, bermaafan dan berterusan raya ke petang, kami 3 beranak tak selfie lagi 😂 Di rumah mak baru selfie dan gerak balik ke Batu Feringghi, hadap jammed! Sampai homestay minta cousin hubby snapkan gambar. Belemoih (comot) dah janji ada gambaq raya.


Jangan harap ada anak, nak dapat gambaq lawa macam artis

Pukul 7.30 malam baru selfie raya. Rambut macam ayam dah

Hadiah birthday Harraz. Tak payah sewa hari-hari boleh main kat Karpal Singh tu




3 Mei (Selasa - 2 Syawal)


- Keluar awal pagi ke Lotus Tanjung Tokong beli bahan-bahan nak marinate buat BBQ pada malam nanti. Lepas shopping balik rumah MIL, buat apa yang patut, basuh baju, ke dobi dan dah siap semua pi Batu Feringghi semula. Harraz tak buat perangai sebab ramai pengasuh bawa ke pantai. 






Paling best, cousin hubby bawa stok mercun dan bunga api satu beg 😅😆 Bukan budak yang main tapi orang dewasa, bapak dan mak budak. Haha.. bagi chance la kami main, kesian lama tak dapat raya. 


Nampak tak cousin hubby bawa 1 bag penuh mercun & bunga api. Dah nampak macam penjual. Anak dia 3 orang yang lain semua dewasa. Next year dah boleh order siap-siap. Hahah


Tengok laki sendiri main lupa anak


Menyesal beli 2 batang tapi 1 kotak harga sampai RM 80 (after discount). Terkejut mak




7 Mei (Sabtu - 6 Syawal)


- Bawa Harraz beraya di Sungai Korok, Alor Star dan Kubang Pasu, Jitra. Beraya di rumah kawan-kawan hubby. Seronok la budak tu keluar kepompong sambil collect duit raya. Plan nak beraya di Perlis tapi tak jadi sebab jalan jammed. Rayakan sebulan, boleh pi beraya puas-puas.



Titi air kalau musim hujan confirm melimpah ni

Dari jauh Gunung Keriang

Duit raya Harraz. Ini hanyalah separuh. Total semuanya tak pasti lagi (akan diupdate) 😂




Bagaimana pun suasana raya tahun ni tetap menjadi kenangan buat anak-anak. Macam Harraz umur setahun lebih dapat rasa suasana raya macam dulu. Apa pun semoga murah rezeki si pemberi duit raya, semoga murah rezeki buat Nina sekeluarga juga. Sempena raya, nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika ada terkomen yang mengguris hati semua 💕 RAYA TAHUN NI BEST SEBAB TOL FREE! Hehe.. Yang tak best semua kedai makan tutup, kedai mamak ramai orang, pukul 8 malam lauk dah habis.


13 comments:

  1. Raya mengejut tahun ni. Hahaha... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Nina, maaf zahir & batin....

    beli mercun & bunga api tu yg tak tahan tu, hahaha..mak pak nak main..hehe..wahh sonok Harraz dapat banyak duit raya...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas : Selamat hari raya juga..

      Mak pak yg excited lebih dr anak. layannn sajalah! Hahaha. Duit raya masuk asb dh

      Delete
  3. wahhh meriahnya raya! tapi kalut tu memang kalut gila!

    ReplyDelete
  4. hahahha rambut macam ayam... tak baik tau derhaka kat suami. hahaha

    dulu kat SEremban & KL pun ada GAMA. La ni takde dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi : Sejenis rambut tebal, bila tak pakai gel mcm ayam. Hahaha. GAMA dh tutup di sana

      Delete
  5. selamat hari raya.. :).Jalan sg korok memang jem sebab alternatif dari Tunjang nak ke aloq staq

    ReplyDelete
  6. kelam kabut tapi manis utk dikenang..
    sgt2 manis raya tahun ni..
    bila ingat balik boleh senyum sorg2.. haha

    selamat hari raya aidilfitri!

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya..maaf zahir batin. memang menezut sungguh but alhamdulillah, meriah!

    ReplyDelete
  8. salam aidilfitri..walaupun thn ni rata terkejut tp raya tetap raya kan

    ReplyDelete
  9. haha..Nina dah macam Nilofa lak, update duit raya anak. nasib baik ada moto ye, senang nak gi shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal : Nilofa dia dpt 14K. Haha.. shopping kena naik moto kalau tak semuanya jd lambat

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com