26 Jun 2023

Tips Melegakan Sakit Tekak Dan Batuk

 Assalamualaikum readers


Tips Melegakan Sakit Tekak Dan Batuk | Saban hari kalau lalu depan klinik mesti ramai tengah tunggu nak dapatkan rawatan disebabkan cuaca yang kejap hujan dan panas non stop. Tak nak batuk dan sakit tekak melarat ke selsema dan demam kena lah jaga kesihatan.


Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk dari klinik atau farmasi adalah :


#1 Kumur dengan air garam


Campurkan sesudu garam dengan segelas air suam dan kumur air garam tersebut. Cara ini dapat melegakan gatal-gatal pada tekak. Buat ketika datang tanda-tanda nak batuk atau sakit tekak.


#2 Air limau + madu


Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah yang ori lagi bagus. Amalkan minum 3 kali sehari. 


#3 Asam jawa


Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapis. Minum jus asam jawa kerana ia elok untuk menyejukkan tekak.


#4 Jus timun


Kisarkan timun dan ambil jusnya. Tambah dengan sedikit garam. Timun ini antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit tekak sekali gus boleh hilangkan kedutan di muka.


KALAU MAKAN PANADOL!!

Panadol akan disimpan dalam badan selama 5 hingga 6 jam sebelum disingkirkan. Cuba bayangkan kalau kita makan panadol sehari berbiji-biji semata-mata nak hilangkan demam. Dah berapa banyak bahan kimia tersimpan di dalam badan?


25 Jun 2023

5 Jenis Checkup Penting Buat Wanita

 Assalamualaikum readers


5 Jenis Checkup Penting Buat Wanita | Pada 8 Mac setiap tahun, tarikh ini sangat bermakna kerana ia merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia. Wanita memainkan peranan yang penting di dalam keluarga terutamanya sebagai seorang ibu, kita harus memandang serius soal kesihatan. Sangat penting untuk rajin bawakan diri masing-masing untuk buat pemeriksaan kesihatan walaupun nampak remeh dan rasa badan masih sihat.

Terdapat 5 saringan kesihatan yang di sarankan untuk dibuat melalui tweet Dr. Kamarul Ariffin. Ini penting untuk memastikan korang sihat dan dapat jalani hidup dengan lebih berpotensi. 


1. Pemeriksaan Payudara


Wanita perlu memeriksa payudara mereka sendiri setiap bulan untuk memastikan tiada benjolan atau perubahan pada bentuk payudara. 


2. Mammogram


Wanita berusia 40 tahun ke atas disarankan menjalani mamogram setiap dua tahun sekali untuk mengesan kanser payudara pada awalnya. Walaupun ianya tidak menyenangkan, tetapi dapat mengesan kanser pada peringkat awal.


3. Pap Smear


Pemeriksaan ini untuk mengesan kanser serviks. Ia perlu dilakukan setiap tiga tahun sekali setelah usia 21 tahun atau mengikut nasihat doktor. Jangan malu untuk melakukan pemeriksaan ini. 


4. Pemeriksaan Kesihatan Reproduktif


Wanita disarankan menjalani pemeriksaan ini secara berkala. Ini membantu mengesan masalah seperti kanser ovari, cyst, endometriosis dan fibroid pada peringkat awal dan untuk menjaga kesuburan wanita.


5. Pemeriksaan Darah


Pemeriksaan secara berkala untuk mengesan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Membantu mengesan masalah kesihatan lain melalui darah.


Dalam banyak-banyak pemeriksaan, tak pernah buat lagi mammogram. Yang lain, alhamdulillah Allah masih berikan kesihatan. 

24 Jun 2023

Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki?

Assalamualaikum readers


Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki? | Terfikir jugak sebab ada anak teruna yang dah masuk 2 tahun 2 bulan. Bila tanya bapaknya, dia kata awal lagi tapi tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk bersunat? Lagi pun, tak nak terikut dengan anak orang lain.


Sunat bayi lelaki sudah menjadi kewajipan dalam budaya masyarakat Melayu beragama Islam. Namun, amalan sunat anak lelaki tidak lebih daripada sekadar memenuhi tuntutan agama dan budaya.



Maksud Sunat Bayi Lelaki


Sunat atau khatan bermaksud satu prosedur yang dilakukan bagi membuang kulit kulup yang terdapat pada kepala zakar bayi lelaki. Apabila kulit kulup ini dibuang, maka bahagian hujung kepala zakar akan terdedah.


Di negara-negara Amerika Selatan, kebanyakan bayi lelaki akan disunat dalam tempoh 10 hari pertama selepas kelahiran. Biasanya, ia hanya dilakukan dalam masa 48 jam sahaja selepas dilahirkan. Manakala dalam budaya masyarakat Melayu, amalan sunat bagi lelaki lebih kerap dilakukan apabila mereka sudah mula mencapai umur kanak-kanak.


Umur yang sesuai untuk sunat anak lelaki


Untuk pengetahuan semua, sunat anak lelaki ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Ini bermaksud, anak boleh disunatkan tanpa mengira tahap umur mereka.


Memandangkan proses berkhatan ini sedikit menyakitkan, doktor akan berikan bius setempat (local anesthetic) untuk memberikan rasa kebas pada bahagian kulup yang akan dibuang.


Peranan ibu bapa penting kerana anak semakin dewasa dan akan mengalami kesan psikologi berkenaan prosedur berkhatan yang menyebabkan mereka berasa takut.



Kebaikan sunat anak lelaki


Ada beberapa kebaikan jika mengkhatankan anak lelaki sewaktu mereka masih bayi iaitu memudahkan proses pembersihan kemaluan bayi.


Apabila bayi lelaki telah disunatkan, zakar mereka akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan, membantu kurangkan risiko jangkitan bakteria dan jangkitan saluran kencing (UTI) sehingga 90%.


Cara berpantang selepas sunat anak lelaki


Bayi atau kanak-kanak yang telah berkhatan masih perlu menjalani beberapa pantang untuk memastikan mereka cepat sembuh dan tidak mengalami masalah lain. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa ialah:


* Pastikan mereka berehat sepanjang tempoh berpantang. Elakkan anak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang bersifat lasak seperti menaiki basikal/motosikal.

* Berikan anak (kanak-kanak sahaja) ubat tahan sakit seperti paracetamol jika perlu.

* Pastikan hujung kepala zakar sentiasa dalam keadaan kering dan bersih. Bengkak pada peringkat awal selepas bersunat akan surut dalam beberapa hari.


Kesimpulannya, terpulang pada ibu bapa masing-masing. Dengan teknologi perubatan moden, tidak perlu risau untuk mengkhatankan bayi lelaki lebih awal daripada biasa. 

23 Jun 2023

5 Jenis Febreze Dan Berbeza Fungsinya

Assalamualaikum readers


5 Jenis Febreze Dan Berbeza Fungsinya | Benda wajib patut ada di setiap rumah, sekarang dah ada untuk kereta. Tahukah setiap fungsi Febreze atau beli sebab wangi. Orang perempuan asal wangi mesti beli kannn. Tapi bukan setakat nak wangi, mestilah dapat hilangkan bau hapak dalam rumah tu.


Ada pelbagai jenis Febreze dengan Ambi Pur dan fungsinya berbeza ikut pada warna botol. Lepas ni boleh beli ikut pada keperluan bukan tangkap muat. So far Febreze Attar tak habis guna lagi. Ini pun berbaloi tau. Meh nak share jenis-jenis Febreze dan fungsinya :






22 Jun 2023

3D Art Museum Langkawi

Assalamualaikum readers


3D Art Museum Langkawi | Part last makan angin di Langkawi dan sambungan lepas keluar dari SKYREX. Kami habiskan masa selfie puas-puas dalam LARGEST 3D ART MUSEUM IN MALAYSIA! Tiket flight malam, ada masa nak shopping sebelum balik. Yang kelakarnya masuk sini, kami laki bini round 2 kali sebab time masuk tu dah ramai orang. Gigih tunggu orang semua dah ke area lain baru selfie tanpa gangguan.



Struggle bergambar dengan Harraz yang kejap hilang, kejap lari. Dia ajak main cak cak pulak. Cuak jugak kalau budak ni hilang betul-betul. Tak pasti museum ni ada berapa bahagian tapi lukisan sana sini. Rambang mata nak selfie. Layan jelah gambar-gambar yang sempat snap.



Ada show macam dalam video ni di kawasan lapang (gambar atas)

Layan sajalah

Semuanya gelap tapi lukisan macam dalam glow in the dark


Kalau masuk sini wajib cas bateri fon penuh ya. Tambah yang ada anak tu, kena layan. Haha.. Sebab banyak lukisan-lukisan menarik dan show yang ada. Tak pastilah berapa lama kami habiskan masa dalam ni, yang pasti lebih dari 2 jam. Setiap bahagian, ada lukisan tersendiri.


Selfie di sini pun berkali-kali snap gambar sebab Harraz tak bagi kerjasama
Paling menarik!

Akhirnya jumpa jalan keluar

___________________________________________________________________


Dalam lewat petang, kami pun menyusur ke Underwater World semula sebab nak borong coklat dan parfume. Compare harga di HIG dan pilihan coklat tak banyak macam di Coco Valley. Dalam masa yang sama MIL beli kain pelikat dan Nina beli kain batik untuk mak. Design cantik, kami terus beli. Akhirnya, Nina terpaksa beli luggage sebab semata-mata nak letak barang shopping. Part susun, hubby kata dia nak buat di airport. Fuhh lega.  


Selesai check in luggage, MIL panggil suruh pilih gelang

Rupanya nak belanja. Pilih saja yang berkenan di hati

Biasalah kalau naik AA, delay tu perkara biasa. Pukul 9.40 pm baru fly, view biasa di Langkawi waktu malam. Mencandat sotong.

Pukul 10.01 pm baru nampak jambatan ke dua. Selamat mendarat
Hasil yang di borong untuk parents

Tersadai tak dapat grab! Setengah jam juga tunggu


Berakhir sudah cuti-cuti perabis duit di Langkawi, ada rezeki, umur panjang kita jumpa lagi. Itu pun kalau ada tempat tarikan baru. Hehe.. Kos cuti di Mesia lagi mahal dari masuk Hatyai 😂 Siapa setuju?

21 Jun 2023

McDonalds McFlurry Lotus Biscoff

 Assalamualaikum readers


McDonalds McFlurry Lotus Biscoff | Nampak iklan terus ter-order 😂 Sebab lama tak ke McD. Entah tengok makanan/burger macam sooo boring. Duit pun jimat sebab kurang makan fast food ni. Sekali sekala boleh lah, itu pun kalau ada menu best. Siapa dah try menu baru ni?



Kenapalah dorang tak kembalikan menu-menu yang best macam ni 👇


* Green Tea McFlurry

* Mango Sundae

* Aiskrim Cheesecake

* Aiskrim Hersheys

* Durian McFlurry

* Aiskrim Cendol


Banyak lagi menu-menu dessert yang sedap tapi berjanggut nak tunggu 'comeback' tu. Baca review, ada kata best, ada yang cakap tak best. Kita cuba dulu aiskrim terbaru dari McD ni.



Rasa McFlurry Lotus Biscoff ni biasa-biasa saja. Sama macam aiskrim vanila lain yang dicampur dengan Biscoff crumbs. Tiada yang istimewa aiskrim ni, hanya nama saja WOW! Selera tekak masing-masing lain kan, terpulang. 


Crumbs cuma ditabur atas aiskrim. Bukan di blend dengan aiskrim. Nasihat untuk mak-mak diluar sana, kalau sayangkan duit RM 7.00, elok pergi beli aiskrim vanila dengan biskut biscoff buat sendiri. Boleh makan berulang kali. Boleh buat menu rahmah kat rumah kannnn 😆

20 Jun 2023

6 Barang Mekap Wajib Ada Dalam Handbag Ketika Pergi Beraya!

 Assalamualaikum readers


6 Barang Mekap Wajib Ada Dalam Handbag Ketika Pergi Beraya! | Tup.. tup minggu depan dah nak sambut Hari Raya Haji pula. Ada yang nak korbankan lembu ke? Musim raya kali ini dalam cuaca yang tak menentu. Kadang hujan, kadangkala panas takut nanti habis mood raya bila baju raya dan mekap raya kebasahan takpun cair!



Buat korang yang akan pulun raya tahun ini dan bercadang nak ziarah keluarga atau sahabat. Jangan lupa kekalkan solekan supaya nampak luar biasa meletop tiptop 💥 Siap sedia dengan barang mekap dalam handbag.


#1 Setting Spray


Dapat membantu hidratkan semula solekan dan kulit. Ia mampu mengemas semula kawasan mekap yang kering atau crack. Malah akan terasa lebih segar untuk berkunjung ke rumah seterusnya walaupun bersilat dengan anak kecil.


#2 Blotter Tissue


Siapa yang kulit cepat berminyak, memang wajib simpan satu kit blotter tissue. Minyak berlebihan akan diserap tanpa comotkan solekan.


#3 Lip Balm


Mungkin bibir akan kering, jika pakai lipstik matte. Jadi sapukan lip balm mampu kembalikan kelembapan kulit.


#4 Bedak Kompak


Cara klasik jaga mekap supaya tahan lebih lama!


#5 Lip Liner


Ramai lupa yang lipstik akan comot bila dah makan. Jadi sediakan lip liner untuk menggaris semula bentuk bibir yang tersasar.


#6 Maskara


Sebenarnya bukan untuk menambah maskara pada bulu mata cukup sekadar merapikan kembali bentuk kening. Bawa maskara yang dah kering atau hampir habis.


Selamat mencuba dan selamat beraya!


19 Jun 2023

Review Filem Extraction 2 (2023)

 Assalamualaikum readers


Review Filem Extraction 2 (2023) | Sambungan dari Extraction. Nasib lah kedua-dua filem ada di Netflix boleh layan dalam masa satu hari. Di akhir filem, rasanya akan keluar sekuel ke-tiga pula. Kalau dah ada peminat tersendiri producer a.k.a Chris Hemsworth yang akan tentukan 😁



Sinopsis :


Diberi peluang untuk hidup buat kali kedua, nampaknya Tyler Rake tidak tenang selepas bersara, menghabiskan masa menonton televisyen bersama seekor anjing dan dua ekor ayam.


Kehadiran Heimdall 😂 Eh terbawa-bawa penjaga Asgard pulak. Maaf, Alcott, memberi sinar baru kepada Rake sebagai bekas seorang askar upahan yang mencari matlmat hidupnya.



Misinya sangat mudah, menyusup masuk, membebaskan pakej - seorang wanita dan dua anaknya dan membawa mereka keluar dari penjara. Bayangkan suami masuk jail, siap bawa family lagi. Geram dengan si budak Sandro yang merasakan dia juga adalah keluarga 'Nagazi'. Sedangkan pakcik, tak pernah ambil peduli tentang dia, adik dan maknya. 



Membalas dendam kerana adiknya dibunuh


Kali ini, Rake tidak boleh menolak misi, kerana ia berkait rapat dengan ex-wifenya yang mengupah untuk menyelamatkan adiknya, senang cerita Rake selamatkan bekas adik iparnya. Bila Rake cakap Georgia baru Nik tahu siapa sebenarnya orang yang mereka selamatkan. Semestinya Rake dan Nik berjaya dalam misi mereka. 


🌟🌟🌟🌟/5*

18 Jun 2023

3 Idea Mudah Untuk Tajuk Entri

 Assalamualaikum readers


3 Idea Mudah Untuk Tajuk Entri | Siapa yang tak buntu bila nak update entri baru. Yes, Nina pun sejenis otak yang mudah sangat kekeringan idea dan kadang bila dah ada idea tapi tak tahu nak huraikan. Kadang, guna cara tulis tajuk entri dulu, baru cari idea untuk update entri tu.


Sekurang-kurangnya tak lari dari tajuk utama, dan bukan merapu-rapu. Bila dah ada tajuk post senanglah nak fokus pada isi kandungan. Kalau dah mati akal sangat, save draft tu nanti boleh sambung taip entri. Tahu tak sebenarnya tajuk entri ni boleh mempengaruhi readers untuk baca post korang tu. Sebab tu ada surat khabar letak headlines panas tapi isi kandungan biasa saja. Betul tak?




3 Idea Mudah Untuk Tajuk Entri



1. Cara Untuk (Dengan Tutorial / Tips)


Kalau entri tutorial/tips ni sebenarnya sangat popular sebab readers memang suka baca guideline untuk mencuba sesuatu atau menyelesaikan satu masalah.

* Cara untuk hilangkan jerawat dengan mudah

* Cara untuk cepat dapat jodoh

* Cara untuk memikat hati ibu mertua


2. (Nombor) Sebab

Pembaca suka baca entri simple tapi kadang-kadang tak kisah berapa panjang entri itu. Nombor pun memainkan peranan penting. Manusia kan suka nombor.

* 10 Sebab Anda Patut Beli Toyota Yaris

* 10 Sebab Perlu Melancong Ke Taiwan

* 20 Sebab Kena Menyimpan Di Usia Muda


3. (Adjective) Saya Untuk

Kalau ada sesuatu perkara yang mungkin beruna pada orang lain, In Shaa Allah pembaca lebih berminat untuk membaca entri tersebut. Benda tu kan sangat berguna, tak salah pun share.

* Rahsia kekal awet muda

* Cara DIY Kad Raya

* Mudahnya Buat Jus Buah


Jadi, macam mana idea ni? Rasa boleh follow tips-tips di atas? Hopefully, ianya sangat membantu untuk dapatkan tajuk entri yang bernas lagi umphhhh!


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com