26 Apr 2021

Mengandung Dan Bersalin Ketika Covid Kena Tabah

 Assalamualaikum Readers


Mengandung Dan Bersalin Ketika Covid Kena Tabah | Rezeki kawen tak sampai setahun dah pregnant Harraz. Nina dan hubby tak rancang untuk anak first (dikhuatiri Allah tak bagi rezeki terus). Dalam wad ramai yang deliver 1st born (bezanya kandungan sihat/ada masalah). Kena ready mental dan fizikal.


Dah bersalin masuk wad lain tapi kelas ke 3

Dia ni ada 3 anak, kena kecam dalam twitter/IG sebab statement ni. Ingat semua pompuan manja dan lembik ke? Semenjak PKP, ramai kawan-kawan yang pregnant 1st born setelah bertahun kawen.


Start dari buat buku pink hingga ke last appointment semuanya Nina drive pi sendiri. Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Dari admit wad semuanya buat sendiri sampai bersalin. Kalau tak larat, nurse boleh tolong tapi patient buat sendiri termasuk nak ke toilet untuk mandi atau tukar pad/buang air. Nina share situasi bila di wad


1. Katil wad limited

- musim covid ni, hospital agak pack dan kekurangan katil. Masa register tu masih ada kekosongan di wad kelas ke 3. Tak boleh request nak wad kelas ke 2 atau first class unless ada kekosongan.


2. Tak boleh teman / melawat

- suami dan sesiapa pun tak dibenarkan teman atau melawat even dalam LR. Semuanya sendiri. Suami hanya dibenarkan datang azan dan ambil uri untuk kesemua kelas wad bersalin.


3. Hantar barang hanya pass pada guard

- bagitau nama isteri dan wad apa. Mudahkan urusan guard. Nanti dorang tengok board saja. Hubby Nina hari-hari 3 4 kali datang hospital hantar barang dan tengok baby.


4. Suami tunggu di lobby

- Once dah register suami ikut hingga ke pintu wad untuk bawa barang. Nurse yang akan tolak guna kerusi roda hingga ke katil.


- dinasihatkan jangan bawa barang banyak. Dah masuk wad baru boleh hantar barang keperluan, makanan. Kesimpulannya A-Z memang ibu dan baby saja. Agak struggle.


- memandangkan semua kena buat sendiri. Kalau nampak jiran katil sebelah sakit terutamanya czer tolong ringankan beban jaga baby etc. Jadinya kita saling bantu membantu.



Nina tak nak stress bila pregnant. Allah uji sebab tahu Nina kuat. Buat swab test pun smooth sambil tahan sakit contraction (sedih tengok peluh doc menitik laju keluar dari baju PPE). Buat bakal-bakal ibu jangan takut atau stress bila disahkan pregnant. Doa baik-baik 💗


11 comments:

  1. Allahu Akbar!
    Memang sungguh menguji ketabahan.
    Apa pun tahniah. Yang penting ibu dan anak selamat dan sihat.

    ReplyDelete
  2. tu lah kwn2 share bersalin masa covid ni semua kena buat sendiri T___T

    ReplyDelete
  3. memang struggle dan mencabar segala urusan di klinik dan hospital musim Covid ni. Dapat bayangkan juga keadaan doktor bila bekerja dan pakai PPE tu. Allahu, semua orang kena kuat. Alhamdulillah juga Nina kuat dan semuanya dipermudahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  4. Tak berani nak komen. Cuma mampu doa semoga urusan semua orang dipermudahkn. Baik si ibu, baby, sampai ke pak guard

    ReplyDelete
  5. tak pernah pulak terfikir pasal benda ni...tapi Alhamdulillah, dalama kesulitan tu, Allah permudahkan urusan.

    ReplyDelete
  6. Nice sharing Nina. Bagus untuk bakal ibu yang sedang melalui fasa2 pregnant dan nak bersalin zaman PKP ni. Tak perlu stress pun. Kalau orang lain boleh, mesti kita pun boleh kan.. Kena positif..

    ReplyDelete
  7. sian dia... yg kecam tu mesti tak penah alami... tak pun yg kecam tu lelaki....haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies : yg kecam tu sbb pompuan ni bt statement bodoh. Dh ramai dpt rezeki masa PKP takkan nk gugur pulak

      Delete
  8. alhamdulillah..

    semoga semua baik2 saja untuk Nina :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com