3 Apr 2020

Susu Kurma FARM FRESH Sedap

Assalamualaikum Readers


Susu Kurma FARM FRESH Sedap | Apa lah nasib rakyat Malaysia bulan ni? Gerak hati mengatakan RMO akan dilanjutkan, tak ada life back to normal kalau masih ada yang ingkar PKP, masih melepak, kes covid mencanak naik setiap hari, meninggal setiap hari 😔😔 Alhamdulillah, masih sihat dan boleh jalani kehidupan macam biasa cuma bila keluar beli barang ada saja yang buat panic buying tak habis-habis. Susu kurma farm fresh ni, kalau sebelum kedatangan Covid boleh nampak bersepah tapi sekarang stok terhad.



Susu Kurma Farm Fresh hasil carian tunang rabu lepas. Susah nak dapat stok



Susu kurma Farm Fresh sangat sedap diminum sejuk-sejuk. Tiba-tiba teringin nak minum dan setiap pasaraya jual dengan harga berlainan. Di Mydin RM 7.70, Aeon RM 7.90, berapa pun harganya orang tetap membeli. Susu kurma Nestle Bliss pun ditunggu-tunggu bila tiba bulan puasa. Susu kurma sesuai untuk semua usia sebab tiada bahan pengawet, pewarna dan perasa tambahan. Rasa manisnya datang daripada gula kompleks kurma yang sangat baik. Sesuai untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.



Sejak dapat bercuti selama sebulan, Nina risau dengan kesihatan, makan tidur, duduk rumah. Jangan risau masih boleh exercise dan jaga pemakanan. Start dari 30 Mac, setiap pagi mesti workout sekurangnya 30 minit dan amalkan minum susu kurma farm fresh segelas dan 1 liter air. Hasilnya selepas sebulan, nak kongsi dalam blog. Yang teringin nak minum susu ni, stok di pasaraya sangat lah terhad. Mungkin kena beli dari agent 😌 Stay safe semua.



6 comments:

  1. setakat 4 april ni, belum ada tanda2 penurunan kes baru. berdasarkan keadaan sekarang, ambil masa 2 minggu juga kalau nak betul2 takde kes baru. rasanya maybe akan extend lagi sampai hujung april.

    ReplyDelete
  2. Dah rasa susu kurma Farm Fresh.

    ReplyDelete
  3. memang sedap kak ana pun kalau susu kurma akan cari Farm Fresh juga :)

    ReplyDelete
  4. sangat banyak khasiat ni susu je dah bagus ada kurma lagi mantap

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com