31 Dec 2020

Resepi Ayam Masak Kentang

 Assalamualaikum Readers


Resepi Ayam Masak Kentang | Ini antara menu kegemaran Nina diwaktu malas masak dan bulan puasa. Mudah dimasak dan sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Entri untuk pembaca-pembaca yang cari resepi nak masak untuk bulan puasa nanti. Kena get ready, pejam celik hujung bulan 3 dah puasa. Dah ganti puasa belum? 😃😘


Ayam Masak Kentang



Resepi ni hasil dari idea mak, ikut suka hati masak. Bila makan sedap pulak, termasuk lah hubby. Masak apa saja janji sedap. Tak banyak songeh. Sekarang ni bertambah mudah sebab kami seisi keluarga guna sambal tumis Maggi menggantikan cili kisar. Malas dah nak rebus cili dan blend. Guna sambal tumis saja. 1 paket pun dah cukup.   



Tumis bawang dahulu

Masukkan pes sambal tulis maggi dan kemudian kesemua sos


Bahan-bahan :


7 ketul ayam (terpulang)

2 Biji ubi kentang (dipotong nipis & digoreng)

1 Sudu gula

2 Ulas bawang putih & merah (ditumbuk)

1 paket pes sambal Tumis Maggi

2 Sudu besar sos tomato, cili & tiram (campur sekali)


Cara Memasak :


1. Potong ubi kentang nipis-nipis dan goreng sehingga kekuningan dan toskan.


2. Goreng ayam jangan sampai garing dan toskan.


3. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi. 


4. Masukkan pes sambal tumis Maggi dan kacau seketika.


5. Kemudian masukkan ketiga-tiga sos dan sedikit air. Kacau kesemua hingga sebati.


6. Masukkan kentang dan ayam yang telah digoreng dan kacau biar kuah sebati bersama. Siap untuk dihidangkan! 


15 comments:

  1. menu mudah senang disediakan...tp ank tk brp mkn sgt kentang..jd kalo buat lauk ayam jrg letak kentang

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah hari ni hari ke empat ganti puasa hehhe
    nampak sedap ja nina masak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Litah : Alhamdulillah.. masak biasa2 saja Litah

      Delete
  3. sedap ni. kalo xde stok kentang pun boleh je proceed resepi ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hayati : Boleh proceed tanpa kentang sedap juga

      Delete
  4. thanks for sharing. Nampak sedap 😍

    ReplyDelete
  5. Wahh sedapnya 🤩 dalam gambar nampak sedap, kalau makan lagi sedap. 😊

    ReplyDelete
  6. Ayam + kentang = kombinasi yummeh! :)

    ReplyDelete
  7. rajinnye masak.,

    selamat tahun baru 2021 ;p

    ReplyDelete
  8. Sekarang ini semua senang, sudah ada pes. Masak apapun sekejap sahaja. Macam kitorang jarang pergi kenduri sekarang, masak nasi beriani guna pes kalau teringin.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap tu Nina. boleh cuba resepi nina. Saya pun kadang kadang beli sambal pes tumis tu. Senang boleh guna bila stok cili kering kisar habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Boleh cuba tukar selera. Sambal pes ni memudahkan kerja2 memasak

      Delete
  10. Goreng2 macam ni Sal pun suka jugak. Time malas tapi nak jimat tak nak beli kat luar

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com