6 January 2021

Resepi Paprik Ayam

 Assalamualaikum Readers


Resepi Paprik Ayam | Ini antara menu kegemaran Nina di waktu malas masak dan di bulan puasa juga macam menu 'Ayam Masak Kentang' 😍😋 Mudah dimasak dan tak lama pun. Janji sedap dimakan panas-panas. Paprik ayam ni lebih kurang macam makan di kedai cuma masak sendiri lebih sedap sebab boleh add on bahan-bahan lain. Kalau kat kedai, ayam agak kedekut sikit. Tak puas makan. 


Resepi Paprik Ayam

Antara bahan-bahan paprik ayam. Boleh juga tambahkan lobak merah


Apa yang best paprik ayam ni ialah kuahnya. Boleh masak pekat atau kurang pekat ikut selera masing-masing. Bila update resepi ni mudah Nina nak refer bila tak sure nak masak apa dan pembaca pun boleh cuba. Musim kes covid canak naik tak turun-turun ni, nak pi tapau makan pun takut. Kedai nasi campur kat Penang ni ramai macam dapat makan FREE. Lagi satu, hubby pun suka makan. Apa yang dia suka, bini kena masak ler. 


Lebih mudah campurkan kesemua sos dari tuang satu-satu


Bahan-bahan :


300g isi ayam (dipotong sederhana/kecil)

4 ulas bawang besar (dibelah 6) *optional

2 ulas bawang merah (ditumbuk)

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

5 biji cili padi (diketuk)

1 batang serai (diketuk)

1/2 batang lobak merah (dipotong kecil) *optional

100g kubis bunga

100g jagung muda

2 sudu makan kicap pekat

4 sudu makan sos tomato

4 sudu makan sos cili

3 sudu makan sos tiram

1/2 cawan air

2 helai daun limau purut (yang muda tak pahit)

2 biji limau nipis (ambil jus)

Minyak secukupnya


*Lebih mudah sediakan kesemua sos dan campur dalam 1 bekas, mudah nak masak


Bahan tumis

Potong isi ayam terpulang nak kecik atau besar

Last step


Cara memasak :


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bahan yang diketuk hingga wangi.


2. Masukkan isi ayam dan kacau rata, biarkan seketika.


3. Masukkan kesemua sos dan lebihan bersama sedikit air.


4. Masukkan jagung muda dan kubis bunga. Biarkan mendidih.


5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, jus limau dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan.  


7 comments:

  1. Tengok pun tau rasanya sedap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya paprik ayam. Lama tak masak paprik. Lauk simple macam macam ada :)

    ReplyDelete
  3. loooks yummy....thanks for the share nina...

    ReplyDelete
  4. ini menu kalau xdak idea sangat.. senang main campak2..
    insyallah akan sedap kan..

    ReplyDelete
  5. dulu sy igt lauk ni berasal dr nama paprika��

    ReplyDelete
  6. Simple dan sedap kan.. Akak pun suka... Tpi lama da xbuat😅

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com