16 Dec 2020

Tempat Makan Best Di Kartel Kitchen, Penang

 Assalamualaikum Readers


Tempat Makan Best Di Kartel Kitchen, Penang | Tempat Sambut Birthday Di Penang | First time makan sini bulan 7 lepas sempena birthday Nina. Ini restoran kepunyaan kawan hubby. Kami dah 2 kali makan di sini sebelum Penang start PKPB bulan lepas. Siapa yang lalu lalang memang akan ingat resto ni tak halal 😂😋 Sabtu lepas, nak dinner di sini tengok tutup terus hubby call owner, rupanya sekarang bisnes semua dah tukar ke food delivery sahaja.


Alfredo Carbonara

Chicken Wrap

Spaghetti Aglio Olio

Banana pancake for free


Nampaknya kempunan lah kami berdua nak makan kambing panggang. Makanan western di Kartel Kitchen boleh tahan sedap dan harga affordable. Wajib try set platter, ada ayam, kambing panggang di dalamnya dan tiramisu air tangan chef. Setiap meja akan diberi plain water percuma sementara tunggu makanan sampai.



Boleh follow di official IG

Sesiapa yang berada di Penang boleh order


Harap bulan puasa 2021 boleh cuba set ramadhan dari Kartel Kitchen. Nampak sedap sangat, terliur. Owner restoran ni bukan sebarang mamak, ingat bukan hanya nasi kandar tapi boleh buat lebih dari itu. Nina suggest, pi makan sebelum maghrib sebab lepas pukul 8, restoran crowded dengan orang dan suasana bingit. Bagus owner ni, nak marah pun tak gamak walaupun the customer is not always right! 😒😅


9 comments:

  1. Wah kuliner, lezat rasanya. Oh ya apakah ada masakan padang di Malasysia (Masakan Indonesia), semacam rendang gitu.. ada?

    ReplyDelete
  2. Nampak tempting semua menunya. Terus rasa lapar

    ReplyDelete
  3. Alfredo Carbonara, Chicken Wrap and Spaghetti Aglio Olio tu nampak sedap and menyelerakan :)

    ReplyDelete
  4. Nanti kalau gi Penang nak gi lah. Sebut nama Nina harap dapat diskaun. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Sebut nama Nina confirm tak ada org kenal. Haha

      Delete
  5. Menarik betul hidangan yang ada di kartel kitchen ni. Sekarang banyak resto dan buat food delivery untuk meneruskan perniagaan sebab ramai yang kurang keluar makan di luar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Di Penang tak semua makan kt rumah.. hujung minggu bersepah JJCM.

      Delete
  6. woww..y so tempting.. asal nampak makanan ja mula la mulut mau makan something jgk haha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com