22 Jun 2022

Review Filem : Uncharted (2022)

Assalamualaikum Readers


Review Filem : Uncharted (2022) | Filem Uncharted Adaptasi Dari Game Di PlayStation | Filem kedua Nina tengok bagi tahun 2022. Setiap kali ada peluang bila anak toknya bawa keluar. Kami akan grab 'us time'. Lama tak dating berdua, kalau ada anak tak gamak nak tinggal. Patut hubby nak sangat tengok filem ni rupanya adaptasi dari game.



Bagi gamers PlayStation, Uncharted salah satu game yang telah terjual lebih 41 juta unit sejak tahun 2017 lagi. Kami decide tengok di Gurney Plaza hujung bulan 3 lepas. Baru ada masa nak review. Kalau pi hari ahad, kena naik moto kalau tak hadap lah jammed.


SINOPSIS :


Uncharted mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Nathan Drake dari seorang bartender menjadi pencari harta karun yang perlu mengembara untuk mencari harta misteri di seluruh dunia dalam masa yang sama sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.




Street-smart Nathan telah direkrut oleh Victor Sullivan, iaitu "otai" dalam dunia pencarian harta karun. Victor merupakan sahabat baik kepada abang Nathan iaitu Samuel Drake. 




Misi mereka adalah untuk mendapatkan semula kekayaan yang dikumpul oleh Ferdinand Magellan (penjelajah Portugis) yang telah disembunyikan lebih 500 tahun lalu di House of Moncada. Dalam masa yang sama, menjadi pencarian Santiago Moncada (Antonio Banderas) dan kuncu-kuncunya. 


Sangat jahat dan liat nyawa nak mati
Nathan berjaya merungkai kod di setiap poskad kiriman abangnya


Penceritaan filem ni sangat mudah difahami tanpa perlu tahu gamenya. Menarik filem ni ada banyak aksi serta 'puzzle' untuk dirungkaikan. Bukan itu saja, view laut yang cantik dan bangunan-bangunan lama yang masih utuh. Lokasi shooting sekitar Barcelona, Girona, Valencia, Berlin dan scene jumpa 2 kapal tu di Lloret del Mar sepatutnya shotting di Khao Phing Kan, Phuket tapi disebabkan pandemic tak dapat. 


Siapa suka filem aksi, wajib tengok. Nina bagi 🌟🌟🌟🌟

7 comments:

  1. biasa tiada masa untuk menonton filem atau tv

    ReplyDelete
  2. kena tengok ni..ada hero hensem poojaan hatiku iaitu Antonio Banderas

    ReplyDelete
  3. Ok tak tgkagi cerita ni... Mcm best ja.. Sat nak cari kt netflix ada dak

    ReplyDelete
  4. menarik.
    pelakon utamanya pun best, kenal la.
    aida suka movie gini. mesti ada twist di mana2.
    element seprais :)

    ReplyDelete
  5. Dah tengok movie ni. Best! Gabungan pelakon yang ngam. Ada scene comedy. ada plot twistnya.

    ReplyDelete
  6. Ian sure suka ni..kaki game.. pelakon mantap...

    ReplyDelete
  7. Memang best filem ini.. suka babak aksi mereka.. view pun cantik je..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com