19 Dec 2020

Kek Lapis Sarawak Coklat Walnut

 Assalamualaikum Readers


Kek Lapis Sarawak Coklat Walnut ni jumpa masa menuju ke cashier, boleh pulak terpandang ke arah kek lapis. Terus pusing troli 😂😄 Dasar kaki makan! Kalau shopping dengan laki memang tak tenang. Perempuan memang sesuai shopping dengan sama spesis. Dah lama kempunan nak makan kek lapis. Ya Allah, tak payah susah-susah cari lepas ni. Di Mydin semua ada. Kek lapis gebu, sesedap rasa dan tebal.


Perisa coklat walnut hanya RM 11.70

Ada cop MARDI confirm sedap
Salah satu usaha nak memasarkan produk keluaran Bumiputra. Tambah musim covid ni

Patut lah sedap ada campuran Ho ho horlick


Banyak perisa, berwarna-warna mata ni. Nasib lah tangan ambil kek lapis kuda belang tanpa tengok perisa. Balik rumah, dah sedia nak makan baru belek, rupanya ambil perisa coklat walnut. Sedap weyh! Dalam masa sehari separuh kek lapis masuk dalam mulut. Berbelang hati bila makan. Nak ke Mydin semata nak beli kek lapis macam malas pulak. Tunggu next week kami anak beranak akan terjah borong makanan. Haha.. like mother like daughter. Nak beli sila ke Mydin Permatang Pauh bukan Bukit Jambul (banyak pendatang dan dalam zon merah).  


11 comments:

  1. Ini yang rasa nak ke Mydin juga membeli kek lapis. Murah pun murah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Masuk Mydin memang bahaya. haha

      Delete
  2. not a fan of cake or yang manis2 hehehe tapi nampak macam sedap jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Litah : Me too tp kek lapis ni tak 'over' manis

      Delete
  3. Kek lapis kalau ada horlick memang sedap. Bestla shopping makanan.tu pun aktiviti favret

    ReplyDelete
  4. lapis cokelat ade tak..yg btul punya cokelat cam kit kat ke...hershey ke...heeee=D

    ReplyDelete
  5. sarawakfemes dgn kek lapiskan , saya pn kaki makan shopping tk sgt

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com