13 Dec 2020

Resepi Pad Ka-Prao

Assalamualaikum Readers


Resepi Pad Ka-Prao | Dah nak masuk 7 bulan jadi isteri, jangan tanya best ke tidak. Yang penting 50% perangai parents Nina dah diperturunkan ke hubby. Salah satunya suka makan di rumah berbanding di luar. Katanya jimat dan lebih bersih. Rajin atau malas kena masak juga walaupun 1 lauk. Tambah perut nasi, hari-hari kena masak nasi dan kalau ada nasi lebih, esoknya buat nasi goreng. Tak membazir namanya. Yang utama, suami tak cerewet, merungut atau komplen bila makan apa yang Nina masak. 1 lauk pun no problemo. So legaaaa 😄


Pad Ka-Prao sepinggan untuk hubby bersama telur gedik

Wajib letak daun basil


Salah satu menu yang mudah dimasak ialah pad ka-prao. Walaupun mak keturunan siam tapi dia pun malas masak menu ni 😂😁 Banyak guna sos. Tak kuasa nak masak 2 3 jenis lauk untuk 2 orang makan. Hanya masak untuk 5 hari sahaja (kecuali balik kerja, kami keluar beli stok makanan), weekends angkat kuali. Samada makan di rumah mak (mak akan masak kari ikan untuk menantu kesayangan 😏), rumah MIL atau order delivery dari food panda/hotel. Sementara tak ada anak ni, boleh lah masak 1 lauk setiap hari. Hehehe.. Kalau tidak, confirm berjenis lauk. Tak ke pening memikirkan menu nak masak hari-hari. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?


Jenis-jenis daun basil

Guna ini 3 bahan pun sudah sedap

Ada setengah orang suka makan ayam cincang ada yang tak. Cara cincang terpulang nak hancur atau potong kecil


Bahan-bahan :


200 g isi ayam dicincang

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

2 ulas bawang merah (ditumbuk)

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap cair

1/2 sudu sos ikan 

1 sos perasa maggi (maggi seasoning sauce)

1 sudu gula

1 sudu kicap manis

1 biji telur (digoreng ala mata kerbau)

Air sedikit

1 sudu kicap manis

3 tangkai cili padi

2 helai daun selasih (optional, nina tak guna sebab bau kuat)


Kacau kesemua sos, air dan gula dalam mangkuk lain hingga sebati


Dah siap, makan bahagi dua orang. Haha


Caranya :


1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.


2. Masukkan ayam yang telah dicincang dan goreng sehingga masak dan berwarna coklat.


3. Campurkan kicap manis, sos tiram, kicap cair, sos ikan, sos perasa maggi dan gula bersama air. Kacau kesemua bahan sehingga sebati (kacau asing) sebelum di masak bersama ayam.


4. Masak kesemua bahan sehingga sebati dan masukkan cili padi. Kalau nak masukkan daun selasih boleh letak dan siap dihidangkan.


5. Boleh dihidangkan bersama telur mata kerbau. Best makan panas-panas bersama nasi putih 😃


SELAMAT MENCUBA!


10 comments:

  1. Memang senang.
    Haah sementara belum ada anak kecil dan berdua lagi bagus makan di luar. Teringat mak pun cakap masa mula-mula kahwin banyak makan di luar.

    ReplyDelete
  2. Mana kra pao nya🤣🤣🤣
    Krapao tu maksud dia daun selasih/thai basils tu...
    Bubuh tu lagi menyengattttt...
    Kena pulak teloq goreng mcm nina buat tu.. Aduhaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alia : Ka prao tak dak.. Sani tak mau makan kalau bubuh basil. haha

      Delete
  3. Comel betul hasil masakan pad ka prao tu tau!

    ReplyDelete
  4. Samalah.. Dah ada anak pun kadang akak masak satu lauk je tambah hari kerja.. Kalau weekands baru rajin masak 2,3 jenis lauk..

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap..nanti bleh la cuba...simple je kan...

    ReplyDelete
  6. Makan kt umah ni kadang2 simple macam ni pun sedap

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka makan masakan yang dimasak dirumah walaupun simple. Cukup mengenyangkan. jimat pun jimat.sesekali kalau teringin baru beli. Menarik cara masakan pad ka prao ni. Nampak sedap.

    ReplyDelete
  8. first time dgr nama resepi ni hehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com