28 Apr 2021

Jangan Tayang Gambar Anak Baru Lahir Elak Penyakit Ain

Assalamualaikum Readers


Jangan Tayang Gambar Anak Baru Lahir Elak Penyakit Ain | Buat parents kalau ada yang tegur jangan melenting ada sebabnya. Alhamdulillah, Nina dan hubby bukan taksub nak post gambar anak on socmed. Kami simpan dalam phone untuk simpanan sendiri. Ada kawan-kawan kami yang tak faham bahasa, nak jugak minta gambar anak tapi explain dengan cara baik. Kalau tak faham bahasa, lantak hang 🤣🤣


Suka sangat tidur atas pangkuan. Kalau ubah ke tilam menangis. Bijak betul. Ingat mama hang tak ada kerja lain

Tak ada kerja macam ni lah 😂😂 kejut bapak budak dengan anak sampai ke sudah tak bangun. Hujan lebat pulak tu lagi tak bangun. Nina nak mandi pun tak boleh


Setakat ni ada a few kawan dan sepupu tengok baby thru video call termasuk blogger Anies & Sal. Awal betul dorang 🤭😆  



Ummu Sibyan pun kena tahu juga




Penyakit ain atau penyakit mata, lebih dikatakan penyakit hasad dengki akan beri kesan kepada baby. Penyakit pandangan mata manusia yang penuh dengan cemburu hingga memberi kesan kepada yang dipandang. Boleh membuatkan jatuh sakit.


Elakkan share gambar scan dan gambar anak. Nampak macam kolot tapi bila sakit kita tak sedar semua tu dari penyakit ain. Nak berubat bukan dari klinik tapi kena jumpa ustaz pula. Semoga kita dijauhkan.


20 comments:

  1. Betul tu sebab nak elakkan penyakit ain.
    Ada baby yang fresh baru lahir terus diupload gambarnya. Serammmm kita nengokk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiqah : Mungkin tak tahu atau tak percaya benda2 ni mendatangkan bahaya

      Delete
  2. Adakala benda macam ni memang harus dititik beratkan untuk kebaikkan bersama kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA : dh tegur kalau tak nak ikut terpulang. Atas diri masing2

      Delete
  3. Apa yang boleh dielakkan, kita elakkan supaya tak memudaratkan di masa akan datang. Bagus perkongsian ni Nina :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian ini.
    Saya masih ikhtiar zuriat lagi. apa pun, info mcam ni sangat2 membantu. Semoga membuka hati dan mata ibu ayah semua.

    ReplyDelete
  5. Betul tu.... moga baby nina dijauhkan dari penyakit2 jahat ni...
    Alolo... comel rambut ni tegak tu hahaha

    eh lupa.. nina dapat baby boy ke gal eh?

    ReplyDelete
  6. Biau la orang kata kita kolot. Nanti kalau sakit, kita jugak nak menanggungnya. Haha. Takde penyakit ain,ada penyakit dengki tengok baby tido je pastu kejut suruh nangis. Haha. Sory ye auntie ting tong

    ReplyDelete
  7. sha rasa bukan setakat gambar anak baru lahir je, banyak je benda yang sepatutnya takyah tunjuk kan. orang nak paham paham la, taknak lantak 😂 geram sis

    ReplyDelete
  8. Thank you sharing. Kadangkala memang terlepas pandang juga hal-hal macam ni..

    ReplyDelete
  9. btul tu..seeloknya begitula..kdg2 kita tak tau hati org kan..minta dijauhkan

    ReplyDelete
  10. baby nmpk jambul pon chomeii je kanns

    ReplyDelete
  11. seram kan penyakit ain ni..
    minta dijauhkan tapi benda macam ni susah mau elak

    ReplyDelete
  12. Wak selalu tunjuk anak lembu baru lahir aje atau anak ayam baru netas

    ReplyDelete
  13. Penyakit ain memang wujud kan. Dulu perasan kalau upload gambar family happy2 lepastu mesti dua tiga hari kemudian ada kejadian nangis2 berlaku. Sekarang banyak upload pun sebab kerja je. Terpaksa upload tapi sebolehnya banyak buat flatlay photos..

    ReplyDelete
  14. Yang niii sy setuju.. ada org ckpp. Kena tunjuk anak lepas kite abes pantang. Haha

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian. Selama ni tahu saja tapi tak tahu perincian sebenar.

    ReplyDelete
  16. rambut sama hitam hati lain2... sesuatu yg sukar dijangka... tulah hati manusia bila diselubungi kedengkian terlampau...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com