21 Apr 2021

Pokok Hiasan Beracun

 Assalamualaikum Readers


Pokok Hiasan Beracun | Yang suka bercucuk tanam atau peminat pokok hiasan elok study dulu pokok apa yang sesuai untuk hiasan rumah bukan hanya cantik semata-mata. Di rumah mak jarang tanam pokok yang berdaun kecuali pokok tu boleh dimakan. Hanya pokok berbunga sahaja di tanam dan faveret mesti Petunia dan Ros.


Pokok hiasan beracun


1. Diffenbachia

- digunakan pada mata anak panah untuk memburu di Amazon. Getah & daun mengandungi Calcium Oxalate boleh menyebabkan kegatalan, masalah buah pinggang, gastrik, saluran pernafasan,  kekejangan bibir & lidah. 


2. Pokok duit-duit

- menyebabkan kegatalan pada kulit sensitif. Mengandungi racun pada bahagian tertentu pokok. 


3. Caladium Dwiwarna

- mengandungi racun Calcium Oxalate & Asparagine. Jika termakan & tergigit boleh menyebabkan cirit birit, mata kemerahan, lidah mengelembung, mulut & tekak melecur. 


4. Nerium Oleander

- sangat bahaya pada kanak-kanak & haiwan peliharaan. Getahnya ada racun yang boleh mengancam nyawa jika terhisap/terminum. 


5. Anthurium

- jika terdedah pada racun boleh menyebabkan masalah pernafasan & kematian.


6. Zamioculcas Zamifolia

- seluruh bahagian pokok mengandungi racun. Sangat bahaya untuk haiwan peliharaan & kanak-kanak. Untuk memegangnya harus pakai sarung tangan.



Tak salah nak tanam pokok, baik check dulu pokok-pokok yang ada di kawasan rumah mana tahu mendatangkan gas-gas beracun untuk ahli keluarga tanpa kita sedar dan hari-hari menghirup udara beracun, kan bahaya tu. Harap entri ini dapat beri info kepada yang belum tahu. Sharing is caring 💜💜


21 comments:

  1. pokok 1 dan 3 macam ada je kat kampung. nanti nak kaji lagi lah. kalau mendatangkan bahaya ni kena elakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : betul kena kaji dulu sebelum tanam

      Delete
  2. Alamak nama2 pokok / bunga tu tak tau langsung hehe... tq share

    ReplyDelete
  3. memang betul ada antara pokok2 hiasan ni getahnya beracun, kena awasi anak-anak kecil dari menghampirinya kerana selalunya akan menyebabkan kegatalan kulit .

    ReplyDelete
  4. Kalau ada anak kecik memang kena hati-hati tanam pokok hiasan ini..

    ReplyDelete
  5. Baru tahu pokok duit2 tuu beracun..

    ReplyDelete
  6. Selalu jugak nampak pokok-pokok ni orang tanam. X pasti plak kot pelanduk dua serupa. Hehe. Kecuali duit-duit la, tu biasa tumbuh sendiri.

    ReplyDelete
  7. no 1 dan 2 macam ada je kat kampung...

    ReplyDelete
  8. Kat rumah ni, saya suka bercucuk tanam pokok² hijau menghiasi laman rumah. Bila duduk luar, suka lihat pokok² hijau..

    ReplyDelete
  9. Semua pokok xada dekat rumah hihihi

    ReplyDelete
  10. Good info kak. GV mmg perasan ramai suka tanam pokok2x di atas di beranda rumah atau di halaman rumah. Tak semua pokok sesuai dijadikan pokok hiasan. Terbaik info kak. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV : ya ramai org tanam pokok2 tu tanpa selidik. Sama2

      Delete
  11. Pokok duit-duit kategori beracun rupanya. Masa kecik-kecik dulu suka kumpul buat main-main berniaga dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  12. sebab tu pokok2 ni byk dlm bentuk plastik je... esp yg no 1 n 3 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies : hiasan plastik tak apa lg

      Delete
    2. in case bdk2 tarik buat main x de laa rs bersalah kn... rs nk marah ada lah sbb kena beli baru hahahaa

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com