13 Oct 2021

Resepi Air Bunga Telang Lemon Madu

Assalamualaikum Readers


Resepi Air Bunga Telang Lemon Madu | Siapa kata bunga telang hanya boleh buat nasi kerabu sahaja? Dengan bunga telang boleh buat air, roti, roti jala dan lain-lain ikut citarasa sendiri. Macam orang utara kureng sikit bab nasi kerabu ni tapi boleh la makan sekali sekala. Baca 'kebaikan bunga telang'.


Air bunga telang Lemon Madu


Nampak ada 2 jenis kelopak bunga telang

Jangan confuse antara bunga telang dan morning glory, petunia . Jauh beza bentuk bunga

















Kalau rajin nak buat roti jala bunga telang, mesti cantik 😅 Ok resepi air ni sangat mudah, dah bagus diamalkan sebab bunga telang salah satu anti kanser untuk tubuh badan. Dah boleh bercucuk tanam pokok ni. Di rumah ada 2 jenis bunga telang. Best diminum sejuk-sejuk.




Bunga telang dah bertukar jadi putih dan air biru. Lepas perah lemon air bertukar ungu. Cantik!



Bahan-bahan :


10 kelopak bunga telang

2 helai daun pandan (simpul)

Ketulan ais

2 sudu gula

1 biji lemon

1 sudu madu

Nata de coco

2 sudu besar biji selasih (direndam dalam air suam)

1 tin laici


Caranya :


1. Basuh bunga telang dan rebus bersama daun pandan selama 15-20 minit (sehingga warna bunga tukar putih).


2. Tapis air rebusan bunga dan masuk ke dalam jag.


3. Masukkan kesemua bahan ikut citarasa dan siap untuk diminum.


13 comments:

  1. Cantik plak letak dalam cawan goblet tu...menarik...

    ReplyDelete
  2. Cantik warnanya tu. Baiklah lepas ni kita tanam bunga telang. Curious nak tahu rasa air bunga telang ni.

    ReplyDelete
  3. sedapnya...kaler pun menarik..

    ReplyDelete
  4. wahhh menarik utk diminum! kaler pon cantik..

    ReplyDelete
  5. menariknya air ni nina..boleh cuba!

    ReplyDelete
  6. macam eksperimen zaman sekolah pulak. letak elemen berasid, warna berubah jadi ungu. nampak sedap

    ReplyDelete
  7. sy nampak nasi kerabu je heheheheh

    ReplyDelete
  8. Wahhhh nampak menarik ni. Warna biru penyejuk mata. Letak pula dalam gelas macam tuh. Nampak eksklusif

    ReplyDelete
  9. Oo bunga utk colour nasi kerabu original tu nama telang 😅 baru sy tau

    ReplyDelete
  10. yg dalam cawan tu nampak purple..cantik.
    apsal ammi tak pernah nampak bunga ni? ke tak kenal sebenarnya kalau jumpa sendiri hahah

    ReplyDelete
  11. Banyak khasiat yg ada dalam bunga telang ni

    ReplyDelete
  12. Sellau tengok bunga telang ni orang buat nasi kerabu. Curious rasa dia jadi air macam mana agaknya

    ReplyDelete
  13. akak tak pernah minum ni, nina.
    bunga tu akak tau utk kaler nasi kerabu aje.
    pernah dgr air ni, just tak pernah try.
    kalau jumpa, surely nak try.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com