9 Jan 2023

Abg Jit Ikan Bakar HQ, George Town

Assalamualaikum readers


Abg Jit Ikan Bakar HQ, George Town | Memula dulu masa baru buka, kami tak berani nak makan takut mahal. Sehinggalah, hubby buang tebiat ajak makan di sini bulan Disember tahun lepas. Ingatkan tak ada menu nasi goreng 😅 Rupanya adaaa. Kalau nak makan kat sini kena puasa dulu sebab portion nasi banyak. Alhamdulillah kami makan sehingga licin. Meh tengok apa yang kami order. Minta tahan air liur. 


Nasi Goreng Seafood (Pilihan mak tok, 6 ekor udang)

Nasi Goreng Daging Kunyit (Pilihan hubby, tak menyempat nak snap gambar)

Nasi Goreng Ayam Kunyit (pilihan Nina)




Kalau makan di Abg Jit ni, elok book atau datang awal, lepas maghrib dah penuh dengan orang. Jangan tanya harga ikan bakar atau set shellout. Rasanya nampak sipi-sipi harga starting dalam RM 45.00. Kalau tak betul, abaikan sebab tak belek sangat buku menu. Selain set ikan bakar, terdapat sup, tom yam dan nasi. 




Selain lokasi di George Town, Abg Jit Ikan Bakar ada di Permatang Nibong, Permatang Pauh. Boleh pilih nak makan di mana berpandukan destinasi yang dituju. Boleh masukkan ke dalam list JJCM kalau singgah utara!


Alamat :

216, Jalan Ayer Itam 10460 George Town, Pulau Pinang


Tel : 011-1539 8910

9 comments:

  1. berbaloi...besar portionnya..lengkap dgn sup & cili potong...terbaik..

    ReplyDelete
  2. mcm ni sy suka sbb ada sup sekali. ada sesetengah resto kena request sup...

    ReplyDelete
  3. puas hati nasi goreng mcm ni...nampak 'ikhlas' jual nasi goreng tu...ada tu...isi ayam pun boleh kira...lain2 nasi semata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati makan dekat sini sbb portion byk

      Delete
  4. Nampak sedap tu ha yang mak mertua punya order tu...terliur..tapi kena tahan akak tengah diet...hehehehe

    ReplyDelete
  5. Wah, boleh tahan harga tu. Baiklah makan ala carte je di zaman ekonomi mencabar ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Menarik..leh try ni.. Lama tak jalan2 Penang

    ReplyDelete
  7. Mengancam nasi gorengnya.. Kuantiti pun banyak.. terbaik..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com